Atap Hijau Rss

Keutamaan Perkahwinan

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 11-11-2011

KEUTAMAAN PERKAHWINAN

Firman Allah S.W.T.:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21).

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” (Maksud Surah al-Nahl (16):72).

Syari’at Islam yang tinggi menyeru kepada usaha memenuhi tuntutan fizikal manusia dan memelihara kecenderungan fitrahnya terhadap jenisnya. Islam tidak membiarkan manusia terjerumus dalam perkara yang haram, bergelumang dalam kejahatan perzinaan, merosakkan kehormatan dan harga diri. Islam juga tidak mengabaikan tuntutan seks, lalu cenderung kepada zuhud, membujang dan menjadi perawan tua.

Bahkan syari’at Islam menyeru untuk memenuhi kecenderungan seksual melalui perkahwinan yang disyari’atkan, yang dapat merealisasikan kebaikan serta kebahagiaan bagi individu, keluarga dan masyarakat. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21).

Islam menentang pemikiran yang mengajak menjauhi wanita sehingga Rasulullah S.A.W. membantah orang yang mengatakan, “Aku akan menjauhi wanita, aku tidak akan berkahwin selama-lamanya,” dengan bersabda, “Sesiapa yang membenci Sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Riwayat al-Bukhari.) Baginda S.A.W. juga bersabda tentang orang yang sudah mampu untuk berkahwin, namun tidak berbuat demikian. “Sesiapa yang telah memiliki kecukupan untuk berkahwin tetapi belum berkahwin, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Riwayat al-Bukhari.)

Islam menetapkan pahala yang sangat besar melalui perkahwinan, dengan sabda Rasulullah S.A.W., “Pada bahagian kemaluan kalian (jima’) ialah sedekah.” Sahabat-sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah S.A.W., adakah salah seorang kami memenuhi syahwatnya, ia memperoleh pahala bagi perbuatannya itu?” Rasulullah S.A.W., “Tidakkah kamu lihat apabila seseorang meletakkannya pada yang haram, adakah ia akan mendapat dosa?” sahabat-sahabat menjawab, “Ya!” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Begitu pula apabila ia meletakkannya pada yang halal, ia akan memperoleh pahala.” (Riwayat Muslim.)

Jika dibandingkan antara kesan atau hasil daripada perkahwinan dengan akibat perlakuan dosa, jelas bagi kita hikmah serta rahmatnya untuk manusia. Antara faedah dan hasil daripada perkahwinan ialah :

  • Memelihara keturunan, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” (Maksud Surah al-Nahl (16):72).

  • Menyelamatkan masyarakat daripada krisis akhlak kerana perkahwinan, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W., “Akan menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.” (Riwayat al-Bukhari.)

Bantu-membantu antara suami isteri dalam melaksanakan tanggungjawab keluarga. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W., “Dan lelaki merupakan pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Dan wanita pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari.)

  • Melahirkan zuriat yang baik, yang akan memuliakan ummah dan meninggikan darjatnya. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Kahwinilah ibu-ibu bagi anak-anak, sesungguhnya aku akan berbangga dengan mereka pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad.)
  • Memberikan ketenangan rohani dan jiwa selain menyelamatkan individu serta masyarakat daripada penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W., “Tidak ada bahaya dan membahayakan.” (Riwayat Ibn Majah, Malik dan Imam Ahmad.)

Perkara yang menyelamatkan keinginan terhadap syahwat daripada terjerumus dalam perkara yang haram dan melakukan perbuatan dosa di luar jalan yang disyari’atkan, melakukan hubungan seksual tanpa ada peraturan dan batasan, maka orang yang terlibat dalam perbuatan ini akan memperoleh kesan dan akibat yang berbahaya terhadap individu serta masyarakat.

Antara bentuk bahaya ini ialah:

  • Bahaya terhadap kesihatan yang melanda orang yang melakukan hubungan seksual haram seperti penyakit kelamin seperti kencing bernanah, siplis, bisul di kemaluan dan AIDS.
  • Bahaya terhadap psikologi atau jiwa dan akhlak, seperti penyakit keanehan seksual, homoseksual, lesbian dan penyakit halunisasi seks. Mereka yang dilanda penyakit ini sentiasa sibuk setiap saat dengan khayalan nafsu seks, seperti melakukan hubungan intim, bercium, memeluk dan lain-lain.
  • Bahaya terhadap masyarakat seperti ancaman kehancuran pada sesebuah keluarga dan ia adalah kerana ketiadaan fikiran terhadap kewujudannya dan kezaliman terhadap kanak-kanak. Mereka ini berada di tengah-tengah masyarakat tanpa nasab dan tanpa keluarga yang sebenar. Orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan, menjadi orang yang melakukan kejahatan di tengah-tengah sanak saudara dan keluarganya.
  • Bahaya terhadap ekonomi dan agama. Cukuplah dengan sabda Rasulullah S.A.W., “Tidaklah seorang penzina ketika ia melakukan zina berada dalam keadaaan beriman.” (Riwayat al-Bukhari.) Perlakuan dosa tidak akan bersatu dengan keimanan.

No related posts.

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau