Atap Hijau Rss

Haji Mabrur, Penghayatan Kabur?

3

Posted by amrullah | Posted in Akidah, Ibadah, Tazkirah, Tazkiyatun nafs | Posted on 05-11-2011

Labbaikallahumma labbaik….!

Sayu terasa mendengar kalimah suci itu dilafazkan.Panggilan haji tiba lagi, khusus buat mereka yang mampu untuk menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima itu. Jutaan umat Islam berkumpul di tanah haram yang dipeliharai Allah, bumi Anbiya’ tempat sejarah Islam terlakar.

Telah termaktub dalam sirah, betapa Rasulullah saw berusaha untuk memastikan para mukminin dapat menunaikan haji pada setiap musimnya.Hal ini terbukti melalui termeterainya Perjanjian Hudaibiyah antara umat Islam Madinah dan musyrikin Makkah.Umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji di Makkah pada tahun berikutnya dengan tidak membawa sebarang senjata kecuali yang bersarung.

Namun, apa yang sedang berlaku sekarang adalah amat kontrari dengan tahap pengorbanan Rasulullah saw.Umat Islam semakin leka dan alpa, ibadat haji tidak lagi dihayati sepenuhnya, ia hanya berlegar-legar di bibir tanpa membuahkan makna.Habis saja musim haji, habislah warak dan alimnya.Golongan ini pulang tanpa membawa haji yang mabrur, akibat daripada penghayatan yang kabur. Setiap inci amalan semasa ibadah haji tidak difahami dengan betul serta kurang penghayatannya.Perkara inilah yang telah saban tahun melahirkan haji dan hajah yang terus bergelumang dengan maksiat, bukan sahaja berlaku di kalangan selebriti, seperti yang selalu digembar-gemburkan, malah juga berlaku di kalangan orang biasa.

M engapakah perkara ini berlaku?

Ketika kita menanggalkan pakaian yang berjahit untuk ihram haji, adakah kita juga berniat untuk menanggalkan pakaian maksiat dan menggantikannya dengan pakaian taat?

Ketika mandi , membersihkan badan sebelum memulakan ihram, adakah kita juga berniat untuk membersihkan diri daripada segala dosa?

Pada saat berniat ihram, adakah kita juga berniat untuk mengharamkan diri daripada perkara-perkara yang Allah haramkan?

Pada saat kita mula mengikat diri dengan haji, adakah kita juga berazam untuk melepaskan ikatan selain daripada ikatan Allah?

Ketika sampai di kota Makkah, adakah kita berniat untuk menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan?

Ketika bertawaf, adakah kita berniat untuk berjalan dan berlari menuju keredhaan Allah?

Pada saat memandang sumur zamzam dan meminum airnya, adakah kita berniat untuk menujukan pandangan kepada semua bentuk kepatuhan kepada Allah, serta memejamkan mata terhadap setiap keingkaran kepadaNya?

Pada saat kita menunaikan Saie di antara Safa dan Marwah, adakah kita menempatkan diri di antara harapan dan ketakutan kepada Allah?

Ketika wukuf di Arafah, adakah kita benar-benar menghayati ma’rifatullah serta mendalami pengetahuan tentang hakikat ilmu yang akan menghantarkan kita kepadaNya?

Ketika solat dua rakaat, adakah kita meniatkannya sebagai solat syukur, pada malam menjelang tanggal sepuluh Zulhijjah, dengan mengharapkan tersingkirnya segala kesulitan serta datangnya segala kemudahan?

Ketika menuju Muzdalifah, dan memungut batu-batu di sana, adakah kita berniat untuk memungut pahala banyak-banyak untuk bekalan di akhirat?

Pada saat melempar Jumrah, adakah kita meniatkan dalam hati, bahawa kita sedang melempari musuh ketat, iaitu Iblis, serta memeranginya dengan sepenuh hati?

Pada saat mencukur rambut, adakah kita berketetapan hati bahawa dengan itu kita telah mencukur diri daripada segala kenistaan; dan bahawa kita telah keluar dari segala dosa-dosa seperti ketika baru lahir dari perut ibu?

Pada saat memotong haiwan kurban, adakah kita berniat memotong urat ketamakan dan kerakusan, dan berpegang pada sifat mulia Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail?

Ketika kembali ke Makkah, dan mengerjakan tawaf Ifadhah, adakah kita meniatkan berifadhah dari pusat rahmat Allah, kembali kepada kepatuhan terhadapNya, berpegang teguh pada kecintaan kepadaNya, menunaikan segala perintahNya, serta bertaqarrub selalu kepadaNya?

Jika jawapan pada setiap persoalan itu ialah TIDAK… maka kembalilah …. kembalilah . . . . sebab anda sesungguhnya belum menunaikan haji anda!!!

No related posts.

Comments (3)

moga haji mabrur kita miliki dan bersama kita doakan para jemaah haji pulang seperti bayi yg baru lahir..

hajj. i miss it even though i haven’t done it. why does the saudi government has to waste millions of dollars for things Allah never asked us to do – the clock tower and now, the 20 million saudi riyal kiswa for our beloved kaaba. Islam does not promote extravagance. millions of muslims around the globe is suffering with poverty. don’t they know that if their mineral supplies run out, they’ll be left in destitute. o ALLAH, forgive us for we know not about prioritisation.

hajj. i miss it even though i haven’t done it. why does the saudi government have to waste millions of dollars for things Allah never asked us to do – the clock tower and now, the 20 million saudi riyal kiswa for our beloved kaaba. Islam does not promote extravagance. millions of muslims around the globe are suffering with poverty. don’t they know that if their mineral supplies run out, they’ll be left in destitute. o ALLAH, forgive us for we know not about prioritisation.

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau