Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous | Posted on 12-06-2011
KAHWIN LEWAT DAN CARA MENGHADAPINYA
Firman Allah S.W.T.:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21)
“Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.” (Maksud Surah al-Qasas (28):27).
Adakah fenomena kahwin lewat ini merupakan sesuatu yang tabi’i atau pula suatu penyakit? Bagaimanakah penyelesaian Islam dalam perkara ini dan bagaimana pula mengatasinya?
Tidak diragui lagi bahawa berkahwin lewat dan banyaknya kaum wanita yang belum memperoleh peluang untuk berkahwin merupakan masalah yang besar dan sangat berbahaya dalam masyarakat. Ini kerana, ia meninggalkan kesan terhadap psikologi, sosial dan material yang sangat jelas bagi pengkaji dan penyelidik. Individu yang lewat berkahwin terhalang untuk memperoleh kasih sayang dan ketenangan yang dinikmati oleh keluarga. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Maksud Surah al-Rum (30):21)
Dalam menangani fenomena kahwin lewat ini, Islam menyeru supaya langkah-langkah yang berikut diambil:
- Galakan supaya berkahwin dan seruan supaya segera berkahwin, kerana Rasulullah S.A.W., bersabda “Wahai pemuda, sesiapa antara kamu yang sudah mampu untuk memberi nafkah (biaya pernikahan dan jima’) maka hendaklah ia berkahwin dan sesiapa yang belum berkemampuan, maka ia perlu berpuasa, sesungguhnya puasa itu sebagai benteng untuknya.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih.)
- Galakan supaya memudahkan jalan untuk berkahwin dan meringankan atau mengurangkan mahar serta mengelakkan tidak melampau. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling mudah,” (Riwayat Abu Daud.) dan Baginda S.A.W. juga bersabda, “Wanita yang paling tinggi berkatnya ialah yang paling mudah biayanya.” (Riwayat Imam Ahmad.)
- Islam mengingatkan supaya tidak menolak pinangan orang yang soleh, kerana sabda Rasulullah S.A.W, “Jika datang kepada kamu orang yang kamu reda akan agama dan akhlaknya, maka kamu berkahwinlah dengannya, jika kamu tidak melakukan (hal sedemikian), maka akan berlaku fitnah di muka bumi.” (Riwayat Tirmizi.)
- Harus bagi seorang bapa untuk menawarkan anak perempuannya kepada orang yang soleh dan ini termasuk sunnah yang telah hilang. Malah, ia dianggap luar biasa yang telah ditinggalkan oelh sebahagian besar umat Islam.
Sunnah ini termaktub dalam al-Qur’an, iaitu apabila seorang lelaki tua yang soleh menawarkan anak perempuannya kepada Nabi Musa A.S. dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”.” (Maksud Surah al-Qasas (28):27).
Seorang penduduk Madyan menawarkan anak perempuannya kepada Musa A.S. Baginda datang sebagai orang asing dan juga orang yang berhijrah, namun penduduk Madyan ini tidak keberatan untuk menawarkan anak perempuannya ini. Dia juga tidak mensyaratkan agar Musa datang daripada kaum, bangsa atau juga warna kulitnya. Sebaliknya cukuplah hanya dengan syarat agama, akhlak dan kufu’nya.
Sunnah menyokong tindakan seseorang yang menawarkan anak perempuannya kepada lelaki soleh. Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Bab “Penawaran Seseorang Akan Anak Atau Saudara Perempuannya Kepada Orang yang Memiliki Kebaikan,” bahawa ‘Umar ibn al-Khattab R.A., ketika anaknya yang bernama Hafsah, menjanda setelah berpisah dengan Khanis Ibn Huzafah al-Sahmi dan beliau ialah seorang sahabat Nabi S.A.W. yang meninggal dunia di Madinah, mengatakan, “Aku menemui ‘Uthman untuk menawarkan Hafsah, beliau menjawab dengan mengatakan, ‘Aku akan lihat dulu urusanku,’ lalu berlalulah satu malam, kemudian beliau menemuiku dan mengatakan, ‘Aku rasa, aku tidak akan berkahwin pada hari ini.’ Lantas ‘Umar berkata lagi, “Lalu aku menemui Abu Bakar al-Siddiq dan kukatakan kepadanya, ‘Jika kamu mahu, aku akan mengahwinkan kamu dengan Hafsah binti Umar?’ Abu Bakar terdiam, beliau tidak membalas kata-kataku dengan sesuatupun dan kurasakan sama seperti yang kurasakan pada ‘Uthman. Lalu berlalulah beberapa malam, kemudian Rasulullah S.A.W. melamar Hafsah. Maka aku mengahwinkan Hafsah dengan Baginda S.A.W. Kemudian aku berjumpa dengan Abu Bakar, beliau mengatakan kepadaku, “Barangkali kamu merasakan sesuatu ketika kamu menawarkan Hafsah kepadaku dan aku tidak memberikan reaksi terhadap apa yang ditawarkan kepadaku kerana aku mengetahui bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menyebutnya, maka aku tidak ingin menyebarkan rahsia Rasulullah S.A.W., seandainya Baginda S.A.W. meninggalkannya maka pasti akan kuterima tawaranmu.” (Riwayat al-Bukhari)
No related posts.






Ehem ehem…penulis pun bila lagi?? dah lewat dah nih.. hehe..=)
Just nk tanya, adakah Lelaki tua yg menawarkan puterinya kepada Nabi Musa itu Nabi Syuaib??
Pada pandangan saya, ramai wanita tidak berkahwin kerana tak ramai lelaki yang soleh yang boleh dibuat suami. Daripada hidup susah berkahwin, baik sendiri. Berkahwin bertujuan untuk membahagiakan hati, bukan untuk menambah derita. Ada sahabat saya sblm berkahwin aktif dalam dakwah dan tarbiah, tetapi seleps berkahwin suami tidak membenarkan isteri kerap keluar rumah. Ada juga yang berkahwin tetapi tetap perlu menanggung segala isi rumah. Susahnya nk jumpa org yg bahagia selepas kahwin..
Apa pendapat antum sekiranya seseorang itu berkahwin muda…?
Kebanyakan mereka belum bekerja dan belum mampu untuk membiayai pernikahan.
Antara sebab mereka yg berkahwin muda adalah untk menutup pintu-pintu maksiat..
Memang ada kebaikannya berkahwin muda atas sebab berkenaan.Tapi apakah ilmu didada tentang bahagia membahagiakan itu cukup?
Adakah cinta kepadaNya lebih drpd cinta kepada si dia?
Hemm..mohon penjelasannya.
wallahualam.