Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Miscellaneous | Posted on 05-01-2011
deviantart.com
Tiga hari lagi umat Islam akan meraikan Aidil Adha. Tahun ini, sekumpulan chef dan doktor akan mengadakan rumah terbuka untuk semua warga Malaysia yang bermastautin Cork. Aku dan isteri merancang untuk ke Limerick hari itu untuk berjumpa dengan beberapa sahabat di sana dan kembali ke Cork esoknya untuk membantu sahabat-sahabat menyediakan makanan untuk rumah terbuka.
Kami bertolak jam 230 petang selepas menunaikan solat asar. Dalam perjalanan, kami singgah di beberapa kedai untuk membeli sedikit makanan dan barang anak. Ketika hampir keluar cari pusat bandar Cork, aku berasa agak tidak selesa akan perjalanan ini. Aku nyatakannya pada isteriku. Dia mengambil tindakan memasang tali keledar walaupun selalunya itu bukan sesuatu yang kami amalkan jika duduk di kerusi belakang. Entah kenapa hari itu lain sedikit.
Sepertimana yang ramai tahu, jalan Cork-Limerick memang sudah di kenali dengan banyak kejadian kemalangan. Kami lalu jalan yang bersimpang siur selepas Mallow menuju ke bandar kecil Buttevant. Pada selekoh terakhir, tiba-tiba kereta bergerak ke kanan (ke jalan bertentangan) dan kemudian bergerak ke kiri, berlanggar dengan tebing di tepi jalan, berpusing kemudian terbalik. Allahu akbar!
Sejujurnya, aku tidak ingat banyak apa yang berlaku. Segalanya berlaku begitu pantas. Banyak memori ini diceritakan oleh isteri. Aku berasa seolah-olah ia suatu mimpi. Sudahlah begitu, kereta yang kupandu adalah milik sahabatku. Aku terpaku. Tidak tahu nak berkata apa.
Kami sekeluarga (termasuk anakku yang baru berumur 1 tahun) diletakkan dalam sebuah kereta yang berhenti di belakang kereta kami. Mereka cukup membantu. Kemudian 2 orang anggota Garda (polis) datang dengan 2 kereta peronda. Kami dilayan dengan baik oleh anggota polis berkenaan. Kemudian tiba sebuah ambulans yang membawa kami ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.
Kami tiba di Cork University Hospital lebih kurang jam 630 petang dengan satu lagi ambulans untuk pemeriksaan yang lebih rapi. Sungguh tersentuh hati kami, ramai sahabat-sahabat datang melawat. Belum lagi bilangan panggilan yang kami terima. Terasa betapa sayangnya sahabat-sahabat terhadap kami. Ukhuwah indah seperti keluarga. Tambahan pula, sahabat-sahabat di Limerick sudahpun bergerak ke Cork untuk menziarahi kami, sanggup merentas malam yang sejuk semata-mata untuk kami. Kami bersyukur, Ya Allah!
Setelah selesai urusan pemeriksaan kesihatan, kami dibawa ke rumah sahabat kami, Fahmi dan Izaida untuk makan malam. Kami berasa lebih tenang dengan kehadiran sahabat-sahabat lain. Oleh kerana, kemalangan baru sahaja berlaku, kami memutuskan untuk tidur di rumah Fahmi beberapa hari untuk mengembalikan semangat dalaman kami bagi menempuhi hari-hari mendatang.
Kini, kami sudah kembali di rumah kami. Aku baru sahaja selesai menguruskan hal kereta. Aku sudah mula berani untuk memandu semula. Trauma memang trauma tetapi hidup perlu diteruskan.
Kematian itu pasti
No related posts.





