Atap Hijau Rss

Satu Peringatan Berat

5

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Al-Quran, Cerpen, Dakwah | Posted on 11-08-2010

Sudah 2 tahun aku bergelar seorang doktor. Kehidupan di negara asing cukup memberikan aku cabaran yang besar untuk menjadi seorang muslim. Aurat wanita yang terdedah, kata-kata maki, arak memabukkan di ‘team party’, kesukaran solat dan banyak lagi. Hidup sebagai seorang muslim bagi aku amat sukar.

Aku juga cuba menjadi seorang suami yang soleh, seorang bapa yang mampu mendidik anaknya ke syurga, seorang ahli masyarakat yang mampu membimbing sahabat-sahabat sekeliling ke jalan-Nya dan banyak lagi tanggungjawab yang cuba kupikul. Ah, beratnya!! Berat, berat, berat !

Salah satu ayat dalam kalamullah yang sentiasa menghantui aku adalah ayat yang selalu diulang-ulang dalam usrah, kuliyah dan ceramah – ayat kedua dalam surah As-Saff.

” Wahai Orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? “

Aku tidak mahu menghurai ayat ini dari sudut pengamalan ibadah-ibadah khusus. Kita semua tahu akan peri pentingnya semua pendakwah mengamalkan ibadah dan akhlak yang disebut-sebut. Kita menyuruh manusia lain membaca Al-Quran setiap hari, maka sudah sewajibnya kita juga mengamalkannya. Kali ini, aku hanya ingin menyentuh isu ini dalam kehidupan seorang doktor!

Satu hari aku terlalu sibuk bekerja sehingga aku tidak sempat nak makan tengah hari, maka aku pun ke gerai dalam hospital untuk membeli makanan ringan bagi mengisi perutku yang sudah lapar. Aku memilih satu ‘bar chocolate’, sebotol ‘fizzy drink’ dan sebungkus ‘crisp’. Tengah aku menjamah makanan, terserempak dengan seorang kerani wad.

“Fairuz, what are you eating?”

“Oh, just a bar of chocolate, Walkers and Club Orange. I didn’t get the chance to eat lunch because it’s so busy today.”

“Oh, that’s not healthy at all!. Shouldn’t a doctor eat helathier food? You should do what you preach, you know” said A laughing

“Hehe, I know. I just don’t have the time”

“There are sandwiches in that shop there. They are better for you. Anyway, I see you around. Bye”

Gullpppp !! Kena sedas. Ya, memang hal makanan ini perkara kecil jika nak dibandingkan dengan hal solat, puasa, haji dan sebagainya. Tetapi menjadi seorang doktor yang menginginkan agar pesakit-pesakitnya sihat dan mengamalkan cara hidup sihat, sudah semestinya kita perlu menjadi ‘role model’ terlebih dahulu.

Bayangkan seorang Consultant Cardiologist yang memarahi pesakit beliau yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung (Coronary Artery Bypass Grafting Surgery) menghisap rokok tetapi beliau sendiri apabila pulang ke rumah melakukan perkara yang sama dengan alasan ’stress’ kerja.

Sia-sia berpenat lelah lima tahun mendalam ilmu perubatan, yang dapat hanya ilmunya tapi penghayatannya sangat minima. Marilah sama-sama berubah! Marilah sama-sama berpesan-pesan kepada kebenaran.

WE SHOULD DO WHAT WE PREACH!

Selamat menghadapi Ramadhan.

No related posts.

Comments (5)

assalamualaikum wbt

a very good reminder. saya pun pernah terkena benda yg lebih kurang serupa. dulu pernah duduk dgn keluarga angkat, british. diorang ni suka lebihkan masak sayur2. ayam ikan daging sume cam jarang2. masa mula2 tu macam tak boleh terima jugak. selalu kalau ada sayur dalam pinggan, akan kuis2 ke tepi. lepastu skali tu, kena tegur dgn mak angkat. dia tanya kenapa tak makan sayur. pastu cakaplah tak suka. then keluar ayat dia,

“you’re gonna be a doctor & u’re telling your patients to eat veges to keep healthy. but u didnt eat veges urself. isnt that HYPOCRISY?”

pergh! makan dalam~ tp kadang2 manusia mmg kena learn things in a hard way so they’ll remember. alhamdulillah, thanks to her now almost all kind of veges boleh masuk tekak. hehe. hmm..as-saff, mmg peringatan yg berat. lets walk the talk!

salam ramadhan qareem

ilmu perlukan penghayatan
menyampaikan kepada orang lain juga merupakan salah satu cara untuk lebih memahami ilmu tersebut

tq atas reminder =)

Nak berkongsi suatu kisah yang perlu kita contohi…hebat2!!

Beberapa budak datang kepada Hasan Al-Bashri, mengadukan praktek perbudakan yang telah membuat mereka menderita. Mereka meminta agar Hasan Al-Bashn memberi nasihat dan menghimbau orang-orang kaya supaya memerdekakan budak-budaknya. Dengan begitu mereka berharap mendapatkan kebebasan. Hasan Al-Bashri pun berjanji untuk memenuhi permintaan mereka.
Pada khotbah Jum’at pertama setelah itu, Hasan Al-Bashri tidak berkhotbah tentang perbudakan. Jum’at kedua dan ketiga pun berlalu tanpa menyinggung tema ini dalam khotbahnya sebagaimana yang ia janjikan kepada mereka. Pada Jum’at keempat, barulah Hasan Al-Bashri berbicara dalam khotbahnya tentang pahala orang yang memerdekakan budaknya. Belum sampai waktu sore datang, majoriti budak telah dibebaskan.

Tidak berapa lama kemudian, para budak mengunjunginya untuk mengucapkan terima kasih atas khotbahnya, namun mempersoalkan keterlambatannya menyampaikan tema ini hingga sebulan penuh. Hasan Al-Bashri meminta maaf
atas keterlambatan tersebut seraya mengatakan, “Yang membuat saya menunda pembicaraan mi adalah karena saya tidak memiliki budak dan tidak juga memiliki wang. Saya menunggu sampai Allah mengaruniakan harta kepadaku, sehingga saya
dapat membeli budak, lalu budak itu kubebaskan.

Kemudian barulah saya berbicara dalam khotbah, mengajak orang untuk membebaskan budak. Allah pun memberkati ucapanku karena perbuatanku membenarkan ucapanku itu.”

dr..=) nk share leh
sya ske kisah ni..

nk share please..=) thank ya

Post a comment

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group