Posted by Abdullah | Posted in Dakwah, Perbincangan, Sejarah | Posted on 01-08-2010
THE FALLEN
oleh Ukhti Syairah Shamri
who is the FALLEN?
Adakah kita juga tergolong dalam golongan THE FALLEN ini? bunyinya seolah-olah suatu yang amat negative jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, golongan yang jatuh. Mahukah kita jika ana golongkan kita semua dalam golongan The Fallen ini? Marahkah antum/antunna sekalian jika ana labelkan kita semua dengan perkataan itu? OKAY… chill sebelum apa-apa, eloklah jika ana olah terlebih dahulu definisi perkataan The Fallen itu sendiri.
Berbekalkan ilmu yang ana peroleh menerusi program DIA anjuran Atap Hijau pada hujung minggu lepas, ana dapat mendefinisikan The Fallen dari perspektif yang lebih positif mengikut perspektif keadaan umat Islam. Ana tidak mahu mengalihkan perhatian antum/antunna sekalian mengenai The Fallen sebagai satu golongan yang lemah yang jatuh dan sedang meratapi zaman Jahiliyah/zaman gelapnya. Dari perspektif yang lebih proaktif, ana berbesar hati untuk berada di kalangan The Fallen yang sebenarnya adalah golongan pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah yang menjadi perintis kepada kebangkitan umat Islam kelak.
Meskipun Islam telah jatuh dengan teruknya sejak berlakunya pembelotan dalam pemerintahan Kamal Attartuk yang telah menggadai maruah Islam itu sendiri kepada kuasa Barat sehinggakan umat Islam terpecah kepada beberapa kelompok menerusi pembahagian geografi. Perpecahan umat Islam pada 1924 bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak kerana sehingga kini, impaknya masih banyak terkesan pada diri setiap individu muslim.
Umat Islam dianggap umat yang lemah, umat yang dilabel sebagai extremist, umat yang ditaburkan fitnah di merata-rata tempat, namun, sejak jatuhnya khilafah, masih terdapat segelintir golongan yang berhempas pulas berusaha untuk memartabatkan Islam menerusi gerakan-gerakan pembaharuan (da’ie). Selain itu, The Fallen juga merangkumi golongan Mad’u yang bakal menjadi sebahagian daripada golongan yang bakal memartabatkan Islam di mata dunia.
Janji ALLAH itu pasti, sudah hadir Hadith Umara’ yang telah Rasulullah SAW sabdakan kira-kira berabad-abad tahun lamanya dahulu, sudah pasti zaman raja yang ditaktor (Malikun Jabriyyah) ini akan digantikan pula dengan suatu zaman yang digelar Khilafah di atas minhaj kenabian seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH menerusi hadith Rasulullah SAW itu. Tiada lagi prasangka buruk yang perlu kita tanam dalam diri ini, kerana tiada apa-apa yang lebih meyakinkan berbanding janji ALLAH itu sendiri.
Mahukah kita sama-sama tergolong dalam golongan The Fallen ini seperti mana yang telah dilakukan oleh Syed Qutb, Imam Hassan al-Bana, al-Maududdiyy, Prof Necmettin Erbakan dan ramai lagi yang telah gugur syahid dalam usaha menaikkan syiar Islam kembali di muka bumi ini.. Mahukah kita menjadi penerusnya? penyambung rantai-rantaian ini supaya ia tidak putus dan terus kukuh dalam usaha dakwahnya ini?
antara golongan The Fallen
al-Maududdiy
Imam Hassan al-Bana
Syed Qutb
Prof Necmettin Erbakan
SUNATULLAH PERJUANGAN THE FALLEN
Jika dalam previous entry, ana ada menggesa supaya antum/antunna mula menanam semangat untuk menjadi sebahagian daripada golongan The Fallen yang telah ana jelaskan dalam entry yang sama.
Namun begitu, seharusnyalah seorang da’ie yang bijak pandai menyusun strategi yang lebih tersusun serta strategik supaya perjuangannya berjalan rapi. Seorang da’ie yang baik seharusnya tersusun segala perancangannya sepertimana yang telah dikupas menerusi entry 10 muwasafat tarbiyah yang perlu ada dalam diri setiap da’ie.
Namun begitu, ingatlah ketika ALLAH berfirman menerusi surah al-Ankabut dalam Kalam Nya yang berbunyi;
” Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ” Kami telah beriman “, dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah Menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti Mengetahui orang-orang yang dusta ” [29:2-3]
Oleh itu, bagi seorang da’ie, ia seharusnya peka dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi kepada dirinya termasuklah dugaan dan ujian yang mungkin akan menggugat statusnya, keluarganya, hartanya dan lain-lain. Sudah pasti akan banyak yang perlu dikorbankan di dunia ini untuk mengecap kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Yakinlah bahawa harga syurga ALLAH itu terlalu mahal untuk kita bayar meskipun telah kita gadaikan seluruh harta benda mahupun nyawa kita serta orang yang tersayang untuk mendapatkannya. Hanya usaha yang bersungguh-sungguh serta azam yang kukuh untuk mendapatkannya dapat kita lakukan, selebihnya terserah pada ALLAH untuk menilai ganjaran yang sepatutnya kepada kita. Sekurang-kurangnya masa yang ada di dunia, tidak kita bazirkan sewenang-wenangnya, kecualilah untuk mendapatkan rahmat serta redha Ilahi semata-mata.]
****
Ingin ana peringatkan kepada antum/antunna kepada 1 firman ALLAH yang sangat realistik yang telah dirakamkan menerusi Kalam Nya yang terunggul yakni al-Quranul Karim
” Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk MENANGKAP SERTA MEMENJARAKANMU, atau MEMBUNUHMU, atau MENGUSIRMU. Mereka membuat tipu daya sedangkan ALLAH adalah sebaik-baik Pembalas tipu daya ” [ 8:30]
dipenjara??
dihukum gantung??
****
Jika dilihat kembali rentetan pejuangan pejuang-pejuang Islam sepanjang mereka hidup, sudah pasti akan antum/antunna sekalian lihat bahawa mereka pernah melalui cabaran-cabaran yang telah ALLAH nyatakan itu. Mereka samada akan ditangkap dan dipenjara ataupun dibunuh malah ada di antara mereka yang diusir serta dibuang negeri ke tempat di mana perjuangan mereka tidak akan memberi impak buruk kepada penjajah pada ketika itu. Mereka dilontarkan fitnah yang pelbagai serta dihukum dengan hukuman yang kejam untuk melemahkan semangat mereka, bagi mereka yang tidak betul-betul ikhlas berjuang di jalan ALLAH, inilah antara proses penapisan untuk mereka. Bagi mereka yang bersifat musuh dalam selimut, mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan memilih dunia yang fana ini berbanding kemewahan akhirat yang dijanjikan ALLAH, status mati syahid yang terlalu tinggi nilainya dikorbankan demi kepuasan duniawi yang bersifat sementara.
****
Asy-Syahid Syed Qutb
Beliau adalah salah seorang pejuang Islam yang sangat digeruni oleh Imperialis Barat pada ketika itu. Pemikiran-pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur serta kemampuan beliau dalam mengemukakan “Gagasan Islam” dengan jelas dan mantap ke dalam ummah sememangnya menjadi musuh utama pihak rejim Jamal Abdul Nasir dan Imperialis Barat sehingga mendorong kepada kesyahidan beliau bersama-sama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966.
Mujahid agung, asy Syahid Syed Qutb diseksa teruk oleh Rejim Mesim pada ketika itu sehinggakan beliau menderita penyakit yang ‘teruk’ di dalam penjara. Pada Julai 1955, Syed Qutb telah ditahan serta dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan ‘kerja berat’ oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Jamal Abdul Nasir telah memberikan tawaran pembebasan kepada Syed Qutb dengan syarat supaya Syed Qutb menulis pernyataan memohon maaf kepada Rejim Jamal Abdul Nasir; tawaran ini mendapat respons yang negative daripada pihak Syed Quttb beserta dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam sepanjang zaman.
Syed Qutb tanpa gentar berkata kepada Jamal Abdul Nasir; “Aku berasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi ALLAH, meskipun dengan perkataan itu dapat menjamin keselamatanku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui ALLAH dalam keadaan Dia meredhai aku dan aku meredhai Nya”
Wallahua’lam
_________________
nota:
Penulis, ukhti Syairah Shamri, merupakan salah seorang peserta summercamp weekenD wIth Aj (D.I.A) yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh AtapHijau pada cuti musim panas 2010. Tajuk 'The Fallen' merupakan bahagian pertama daripada modul D.I.A 2010 (The Fallen -> Transformers -> The Challenge -> The Rising). Penulis sekarang sedang menuntut di University of Surrey, United Kingdom dalam jurusan Biotechnology.Related post(s):
Assalamualaikum wbt. Seluruh Crew Ataphijau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada team modul Tahajjud Cinta dan team teknikal Tahajjud Cinta The Fallen untuk...
Assalamualaikum PPMC dan Atap Hijau mempersembahkan Tahajud Cinta Siri 2 untuk sesi ini Tema : The Fallen Tarikh : 6 Januari 2011 Masa :...
...









