Atap Hijau Rss

Kotak Hitam Ajaib

6

Posted by fairuz_azmi83 | Posted in Cerpen | Posted on 27-07-2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Musim panas kembali lagi. Sebulan lagi, kita bakal disibukkan dengan sesi akademik baru yang bakal mengambil banyak masa kita. Aku perasan ramai sahabat-sahabatku yang sibuk dengan pelbagai program samada bersama keluarga ataupun aktiviti formal di kolej-kolej persediaan. Tahniah buat pimpinan PPMC dan penggerak Atap Hijau atas anjuran DIA! MOC bakal tiba. WOW, SYOK, ILIGTB dan banyak lagi akan menyusuri.

Dalam banyak-banyak cuti musim panas, aku tak mungkin dapat lupakan cuti semasa aku di tahun 2. Aku  dapat sekali lagi menjejakkan diri ke tanah haram Baitullah. Ya, ini kali kedua aku menunaikan umrah tapi ia lebih istimewa.

Aku terbang melalui lapangan terbang London Heathrow bersama sahabat yang sudahku kenal sejak berumur 10 tahun, Abdullah Hidayat Mohamad, yang pada ketika itu sedang belajar di Edinburgh. Kami naik Saudi Airlines. Best ! Jauh lebih baik dari Malaysia Airlines. Pakaian pramugarinya jauh lebih sopan. Tiada alkohol disediakan. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa. Dan yang paling menarik adalah ada disediakan tempat solat yang sangat luas cukup untuk solat berjemaah!

Kami tiba di lapangan terbang Jeddah awal pagi selepas subuh.

Walaupun ada kejadian pahit berlaku tatkala tiba di Jeddah atas sebab visa, namun sambutan Pak Ngah di lapangan terbang sangat melegakan. Dia memandu kami ke rumah beliau. Mak Ngah sudahpun menyiapkan sarapan pagi buat kami. Pak Ngah kemudian bersiap-siap ke tempat kerja. Kami memutuskan untuk terus ke Madinah tanpa tidur di rumah Pak Ngah malam itu disebabkan jumlah hari di tanah Hijjaz ini hanya 10 hari.

Mak Ngah kemudian menghantar kami ke stesen bas dan memberikan kami tips-tips bagaimana nak ke Madinah. Ye lah. Kami tak tahu berbahasa Arab dan datang tanpa menggunakan agensi. Jadi Hal pengangkutan, penempatan, makanan semuanya perlu dirancang sendiri. Orang muda la katakan. Adventerous!

Tiba di Madinah, kami disambut oleh sepupuku, Amjad. Maghrib hampir tiba tapi kami belum ada tempat tinggal. Kami merayau di kota Madinah mencari hotel-hotel kecil untuk tidur beberapa malam. Lebih kurang 300 meter dari Masjid Nabawi kami berjumpa satu hotel kecil yang hanya mengecaj 80 riyal untuk 3 malam. Murah!

Solat Maghrib di Masjid Nabawi sungguh mengasyikkan. Arkitektur yang hebat, suasana ibadah yang tiada bandingan, penghayatan bait-bait kalamullah oleh imam yang sungguh mempesonakan. Ah, sungguh aku ingin hidup di sini. Qiyamullaill kami esok hari takkan kulupa. Ruang Raudhah rebutan ribuan manusia akhirnya kami dapat. Kunjungan maqam Rasulullah dan 2 sahabat besar sungguh menginsafkan.

3 hari di Madinah berlalu begitu cepat. Kami kemudian berangkat ke Mekah Al-Mukarramah. Kali ini kami lebih beruntung. Sahabat ibuku yang memiliki sebuah syarikat umrah berada di Mekah ketika itu. Kami diberikan satu bilik kecil yang dijadikan ofis syarikat berkenaan untuk beristirehat. Walaupun tidur hanya beralaskan ‘toto’, sudah cukup buat kami. Bukan itu sahaja, kami juga dipelawa menjamu selera dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam dengan percuma selama kami di Mekah. Kami juga berpeluang bersama jemaah umrah yang lain berkunjung beberapa tempat berdekatan dengan Mekah seperti Jabal Rahmah, Jamrah dan Arafah tanpa bayaran. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pemurah.

Pengalaman ibadah umrah sungguh aku tak dapat gantikan dengan pengalaman-pengalaman lain. Walaupun ia merupakan kali kedua aku ke sana, tetapi disebabkan kali ini aku lebih dewasa dan mengerti akan tujuan aku ke sana memberikan aku satu kemanisan yang tiada tolok bandingnya. Walaupun bertawaf di bawah kepanasan matahari dan penat kaki menghabiskan 7 pusingan Sai’e, ia sesuatu yang ingin diulang-ulang. Aku memutuskan untuk mencukur habis rambutku kali ini atas selepas beberapa kali diajak Hidayat. Ia sukar kerana pada usiaku ketika itu, imej sesuatu yang penting, namun demi mengamalkan sunnah Nabi Agung, aku meneruskannya dengan ikhlas

Cuma yang mengecewakan, aku tidak dapat mencium Hajaratul Aswad. Kubangun awal pagi beberapa hari tapi sudah ramai orang bertawaf. Mungkin aku tidak sekuat saudara-saudaraku yang lain yang lebih kuat kemahuannya dan lebih hebat imannya. Iri hati aku terhadap Hidayat yang dapat mencium batu suci itu.

Walau apapun, pengalaman itu amat berharga. Ya, aku memang bertuah kerana ada keluarga terdekat yang menetap di sana. Tetapi jika pun tiada bantuan, kesusahan akan jua kutempuhi untuk mengunjungi Kotak Hitam itu.

InsyaAllah, aku berkira-kira ingin mengunjungi bumi Hijjaz itu hujung tahun ini. Perancanga awal untuk menunaikan haji mungkin tak kesampaian memandangkan isteriku pada ketika itu sedang menduduki peperiksaan. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku dapat membawa isteriku ke tanah suci walaupun hanya untuk menunaikan umrah.

Kepada sahabat-sahabat lain, rancanglah untuk mengunjungi Baitullah. Sesungguhnya pada usia muda ini, gunalah sebaik-sebaiknya. Berikanlah keutamaan kepadanya berbanding kunjungan ke negara-negara Eropah. Tatkala kita punya masa yang banyak, sebelum tiba masa kita bekerja. Cuti hanya 3 minggu untuk 6 bulan jika bekerja di Ireland. Apatah lagi di Malaysia. Ia merupakan perancangan yang banyak rintangannya tapi hasilnya aku janji tidak akan mengecewakan.

Selamat merancang!

No related posts.

Comments (6)

rupa2nya kotak hitam ajaib tu Hajarul Aswad… catchy tajuk tu… jzkk atas perkongsian.
menarik jugak kalau ada yg boleh kongsikan ilmu2/pengalaman berkaitan haji & umrah..

bestnye kalau dpt pergi umrah/haji pd usia yg muda. ~semoga Allah pjgkn umur & murahkn rezeki, insyaAllah, bolehlah sy ke Tanah Suci..ameen… ~

Rasanya lebih tepat kotak hitam itu merujuk kepada Baitullah..Kaabah tersebut.

Untungnya dapat smpi ke sana dalam usia muda. Mudah menjadi lelaki.. Lebih mudah utk merancang perjalanan. Moga sahabat2 yang berpeluang, dan mempunyai rezeki murah dapat berusaha menempah tmpt ke rmah Allah itu.

Terima kasih atas perkongsian.

saadah betul. sebenarnya nak sebut ttg tajuk at the end tapi lupa .. tulis cincai2 je.

yes, lelaki lebih beruntung kalau kita bercakap ttg ke baitullah sbb mereka tak perlukan mahram untuk bermusafir ..

tapi ada banyak perbahasan ttg wanita bermusafir ni .. dan ada meyentuh bab ke mekah

anyway, masa semua org akan tiba. cuma bagaimana kita mengambil opportunity ke rumah Allah.

lagi muda lagi bagus.

eh2,sy silap,sori2… yup,kotak hitam tu Kaabah :) tringat hitam,tringat hajarul aswad lak..sori2

As a internet resource for enterprises and technologies enthusiasts to comply with the latest and biggest breakthroughs in Unified Communications, IP Telephony, Hosted Communications and VoIP.

I really am loving your web log I discovered it via yahoo today.

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau