Posted by hikari189 | Posted in Sains | Posted on 20-07-2010
“Eh, aku menyampah betullah tengok lalat-lalat ni berkeliaran. Hah, bila aku goreng ikan kering ni, mulalah diorang datang nak mengerumun. Dahlah kotor, bawa penyakit pula tu!”
“Malang betul nasib aku! Pagi-pagi lagi tak dapat minum Milo kegemaran aku ni. Yang lalat ni pun seekor, dalam banyak-banyak tempat, dalam air aku juga engkau nak landing!”
Ini adalah antara keluhan-keluhan yang mungkin tidak biasa dan selalu kita dengar tapi mungkin pernah kita dengar terlahir daripada bibir kita tentang lalat.
Justeru di sebalik keluhan kita, pernahkah kita mendengar sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Apabila lalat terjatuh ke dalam minuman kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.”
Mungkin sahaja keluhan-keluhan itu timbul kerana kita tidak sedar ataupun kurang tahu tentang penemuan saintifik rahsia lalat yang tersembunyi di sebalik kata-kata Rasulullah yang dirakam lebih 1400 tahun yang lampau.
Menarik sekali kajian yang dilaksanakan untuk membongkarkan rahsia lalat.
- Lalat jenis yang mana?
Lalat sememangnya dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, saintis mengenalpasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia.
a) Lalat rumah dikenali sebagai musca domestica. Lalat jinak ini mudah ditemui dan berada di mana-mana termasuk kepualaun Arab. Luther West dalam bukunya The Housefly menyebut bahawa lalat musca domestica banyak terdap[at di Timur Tengah. Justeru, apabila Nabi Muhammad berkata tentang lalat,besar kemungkinan beliau sedang bercerita tentang lalat ini.
b) Lalat buah atau fruitflies atau wine flies atau vinegar flies. Jenis yang terkenal dari kumpulan ini adalah Dorsophila melanogaster. Lalat jenis ini pula ditemui di kawasan yang banyak berlaku fermentasi. Ia juga menyukai suhu yang tinggi. Contohnya kawasan Mekah dan Madinah yang bersuhu tinggi dan juga memiliki banyak buah tamar dan anggur yang dijadikan khamar yang menjadi minuman kegemaran Arab Jahiliah.
2. Kenapa lalat suka air?
Menurut Rasulullah saw: ” Jika lalat jatuh ke dalam bekas air, salah seorang antara kamu…” memperlihatkan hubungan rapat dintara lalat & air. Luther S.West dalam bukunya The Housefly menyebut lalat memerlukan air secara berterusan kerana ia sering mengeluarkan najis berbentuk cecair secara berterusan dan apabila air ini tidak digantikan, lalat akan mati!
3. Lalat pembawa penyakit
Pandangan Nabi saw tentang “sebelah sayap mengandungi penyakit..” hanya dapat difahami pada abad yang terkemudia.
Contohnya, pada tahun 1577, Mercurialis berpendapat bahawa kemungkinan lalat adalah serangga pembawa penyakit kepada manusia tetapi pendpat ini tidak disokong dengan bukti. Hanya pada tahun 1871, Prof J.Leidy mengesahkan abahwa lalat pembawa pelbagai kuman kepada manusia.
Tahun 1929, menyaksikan penemuan H.Y. Yao, I.C. Yuan & D.Huie pengkaji lalat di Beijing mendapati bahawa luaran badan lalat mengandungi lebih kurang 3, 683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi enam hingga lapan kali ganda kuman berbanding luaran. Bayangkanlah!
Yang menariknya, mengapa Rasululullah saw merujuk kepada lalat tapi tidak serangga lain?
Hal ini signifikan kerana pada 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai serangga yang paling berbahaya pernah dikenali manusia selama ini! Ia dikenalpasti membawa penyakit demam kepialu atau typhoid, taun atau cholera, cirit birti atau bacillary dysentery dan trachoma.
4. Lalat ada Penawar?
Nabi saw menegaskan dalam sabdanya bahawa sebelah sayap lalat ada penawar merupakan sesuatu yang pelik kerana umum mengetahui bahawa lalat sememangnya sinonim dengan kejijikan dan kekotoran. Pun begitu, perkara ini dibuktikan benar oleh Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938 mendapati ada kuman – kuman virus dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuma bakteria. Kajian ke atas musca domestica mendapati ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit cirit- birit dan demam kepialu; staphylococcus muscae, escherichia coli, dan salmonella paratyphi.
1939, Lal, Ghosal & Mukherji mendapati bahawa lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk lain yang tidak berbahaya.
5. Sayap lalat bermanfaat?
Dalam buku The Housefly terbitan 1951, disebut bahawa sayap lalat digunakan sebagai alat khas di Pusat Kosmologi di Mount Wilson Observatory untuk mengukur kadar suhu yang dikeluarkan oleh bintang-bintang yang boleh memberi kesan kepada manusia di Bumi.
6. Lalat dan Kesembuhan yang hebat!
Lalat dalam bentuk larva amat berguna untuk merawat luka-luka bernanah pada abad keenam belas. Pakar bedah zaman Napoleon, Larrey mendapati kesembuhan luka-luka cepat berlaku apabila larva dicelup dlam luka-luka tersebut. Larva lalat juga digunakan untuk merawat osteomyelitis dan gangrene. Ini kerana M.A Stewart pada 1934, medapati bahawa larva lalat apabila ‘dicelupkan akan mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Dalam keadaan ini, kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Mengkagumkan bukan?
Subhanallah!! Ternyata makhluk sekecil-kecil lalat pun memberi manfaat kepada manusia. Tidak ada suatu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia melainkan kita sebagai manusia yang mungkin kurang mengerti hikmah disebalik penciptaannya.. Maka, jangan pernah berhenti meneroka keajaiban alam ciptaan Pencipta yang Maha Agung ini..
Allalhu’alam
Dipetik dan diolah dari buku Perubatan Islam & Bukti Sains Moden, Dr. Danial Zainal Abidin
No related posts.





menarik fakta2 tu! tp sy still x suka lalat!
teringat zmn kt DS KMB yg penuh dgn lalat..
klu ada fakta menarik psl kucing, share2 lh ye
Waa..miss happiness, you’re the best person to write about cats..
if i were to write about cats, memang berat sebelah..sebab asyik kena benda tak best je dengan kucing..
to hikari .. thanks for the sharing..
in fact, ada rawatan utk foot ulcer dengan menggunakan ulat lalat, dokumentari dalam majalah tv3 kalau tak silap.. very amazing, Subhanallah
miss happiness: xsuka pun, xpe..janji terima lalat apa adanya:). ok nanti saya coba cari keistimewaan kucing dan tulis tentangnya:)
izyan: a’a, saya ada juga tengok dokumentari yg izyan ckp dkt tv3 tu..subhanallah, hebat betul ciptaan Allah:)
tetiba rasa nak ternak baby lalat..hehe