Atap Hijau Rss

Kunci-kunci Kebahagiaan Siri 2

0

Posted by hikari189 | Posted in Akhlak | Posted on 15-07-2010

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam Kunci-Kunci kebahagiaan Siri 2.

Kunci kebahagiaan yang keenam:

Memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat

Sabda Rasulullah saw:

Lihatlah orang-orang yang dibawah kamu dan jaganlah kamu melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kamu. Makah al itu akan lebih pasti untuk meremehkan nikmat Allah.” (Riwayat Muslim)

Dalam urusan dunia, kita seharusnya melihat orang yang lebih rendah daripada kita maka barulah kita akan mengetahui betapa besarnya nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

Namun, dalam urusan akhirat, kita hendaklah melihat kepada orang-orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita agar kita sedar kelemahan & kekurangan diri kita seterusnya kita bersaing dengannyauntuk mempertingkatkan diri dan menjadi orang yang berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Kunci  ketujuh:

Tidak tamak dunia & sentiasa mengingati mati

Orang yang cintakan Allah tidak tamakkan dunia & sentiasa mengingati mati.

Syeikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah pernah berkata: “Hidup itu pendek, oleh kerana itu janganlah dipendekkan lagi dengan lamunan ataupun angan-angan jahat dan perbuatan dosa.

Kunci kelapan:

Rindu kepada akhirat

Allah swt berfirman:

“Ada pun orang-orang yang berbahagia maka dalam syurga-Ku mereka, keadaan mereka kekal padanya selama langit dan bumi”. (Hud:108)

Sabda Rasulullah saw:

“Dunia ini penjara bagi Mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

Ibnu Hajar al-Asqalani  dengan wajah yang berseri-seri pernah dihalang oleh seorang Yahudi yang sedang dilanda kesedihan yang hebat.

Orang Yahudi itu bertanya:”Bagaimana anda menafsirkan ucapan Rasulullah saw (hadis di atas). Kini anda tahu, aku dalam keadaan sedih sedangkan aku kafir dan anda dalam keadaan bahagia,sedangkan anda Mukmin?”

IbnuHajar menjawab: “Anda dengan kesedihan & kemiskinan termasuk berada dalam syurga dibandingkan akhiratmu yang penuh dengan seksa yang pedih (kalau kamu nanti mati dalam keadaan kafir). Sedangkan aku (seandainya Allah memasukkan aku ke dalam syurga) maka dengan kesenangan dunia ini termasuk penjara dibandingkan dengan kenikmatan yang menungguku di syurga.”

Orang Yahudi berkata:  “Adakah benar begitu?”

Ibnu Hajar menjawab: “Ya.”

Maka orang Yahudi itu pun mengucapkan lafaz kalimah dua syahadah lalu memeluk Islam!

Kunci kesembilan:

Bersahabat dengan orang soleh

Sahabat memainkan peranan dan pengaruh yang penting dalam kehidupan. Selari dengan sabda Rasulullah saw,

“Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang salih dan sahabat yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Shahih Muslim, hadis no: 2628]

Kunci kesepuluh:

Gemar memaafkan

Diriwayatkan ada beberapa orang yang berbuat jahat kepada Ibnu Timiyah sehingga beliau dipenjarakan di Iskandariyah. Setelah keluar  dari penjara ada orang bertanya,” Adakah kamu akan membalas orang yang berbuat jahat padamu?”

Beliau menjawab,”Aku bebaskan sesiapa sahaja yang telah berbuat zalim padaku & aku maafkan.” Beliau berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa hal itu akan membuatnya bahagia di dunia & akhirat.

Kunci kesebelas:

Menolak keburukan dengan kebaikan

Allah swt menjelaskan tentang manfaat membalas keburukan dengan kebaikan sebagaimana firmannya yang bermaksud: “ Dan tidak sama antara kebaikan dan keburukan. Tolaklah keburukan itu dengan sesuatu yang lebih baik.” (Fushshilat (QS 41: 34)

Allhu’alam

Dipetik dari buku Cinta & Rindu kepada Allah, karangan Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah

Related post(s):
  • Kebahagiaan
    KEBAHAGIAAN Firman Allah S.W.T.: “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta...

  • Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau