Q berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca, but it just never gets easier. Dia tahu dia pandai tetapi kenapa dia tak boleh membaca seperti kanak-kanak lain? Q sebenarnya mempunyai masalah dyslexia. Dyslexia merupakan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh sebahagian kanak-kanak. Mereka akan mempunyai masalah membaca dan mengeja, somewhat we call it word blind. Setelah belajar subjek Neurology, saya diajar yang orang yang mempunyai dyslexia mempunyai masalah di arcuate fasciculus (bahagian dalam otak yang menghubungkan dua bahagian yang terlibat dengan language input dan language output).
Ini kisah seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Seorang yang begitu dekat di hati saya. Q dilihat mempunyai masalah dalam pembelajarannya sejak dari tadika lagi. Pada mulanya, saya dan keluarga menyangkakan itu adalah perkara normal bagi kanak-kanak, namun sehingga tamat tahun 1, Q masih lagi tidak boleh membaca. Saya sudah berkira-kira di dalam hati yang Q mungkin dyslexic, melihatkan beliau selalu menulis huruf d dan b terbalik. Tapi, saya tahu itu sahaja tidak cukup untuk membuktikan beliau bermasalah. Sebelum ini pun, saya hanya tahu orang dyslexic mengalami keadaan “terbalik”.
Bila Q semakin membesar, bukan sahaja gaya tulisannya terbalik, pendek kata hampir semua “terbalik”. Dari percakapannya, perbuatannya, dan sebagainya.
- Contoh percakapan yang saya rasa agak jelas yang terbalik.
“Kakak tutuplah pintu tu, Q nak keluar.”
Sedangkan hakikatnya, Q mahukan saya membuka pintu untuknya supaya dia boleh keluar.
Contoh lain, jika Q mahu mama menghantarnya ke sekolah, beliau akan berkata,
“Adik nak hantar mama pergi sekolah.”
Q juga mengalami kekeliruan dalam menggunakan imbuhan untuk melengkapkan ayatnya.
Ketama – pertama, pedua – kedua , kenakut – penakut, pedekut- kedekut, ketipu- penipu
2. Perbuatan
Kasut sekolah – haa..yang ni memang in first attempt, memang terbalik.
Baju – pakai baju terbalik..depan belakang, inside out.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini bukan sahaja mengenai ciri-ciri biasa dyslexic, but more to living with dyslexic, in my very point of view and a little bit of research here and there.
Setelah melangkah ke tahun 2 dan masih lagi tidak boleh membaca, guru Q di sekolah mencadangkan ibu bapa saya agar berjumpa dengan pihak hospital. Niat guru-gurunya, untuk menghantar adik saya ke sekolah khas melihatkan beliau seperti seorang slow learner. Tapi untuk membolehkan Q dimasukkan ke sekolah khas, Q perlu diperiksa oleh pihak doctor dan mendapatkan surat rujukan dari pihak hospital.
Q juga menjalani pemeriksaan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah khas seluruh Negara, di mana kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran akan dipanggil dan diperiksa sebelum dibolehkan untuk belajar di sekolah khas.
Ibu saya ditegur oleh salah seorang guru khas tersebut, melihatkan Q tidak seperti seorang yang bermasalah. Lebih mengejutkan, guru tersebut menyangka ibu saya sanggup menghantar Q ke sekolah khas bagi mendapatkan wang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kira-kira RM 150. Hampir tergelak ibu saya mendengarnya… Hakikatnya, ibu saya diarah membawa Q untuk ke pemeriksaan tersebut supaya Q akan dimasukkan ke sekolah khas.
Setelah melalui pemeriksaan demi pemeriksaan, akhirnya Q disahkan menghidap dyslexia. Namun, beliau dinasihatkan untuk tidak pergi ke sekolah khas kerana ianya hanya akan membuatkan self-esteem beliau semakin menurun. Dan tinggallah Q masih belajar di sekolah lamanya…
Living with dyslexic is not easy. Bukannya apa, Q sentiasa diejek tidak tahu membaca oleh rakan-rakan sekelasnya. Bila pulang dari sekolah, Q akan melepaskan kemarahannya kepada kami di rumah. Kadang-kadang,hilang sabar juga saya dibuatnya. Selalunya, kalau saya ingin tahu apa yang terjadi di sekolahnya, saya akan biarkan Q mandi seorang diri dan di dalam bilik mandi itulah Q akan recall apa yang telah berlaku di sekolahnya. Beliau akan ulang kembali apa yang rakan sekelas telah katakan padanya. “Q tak pandai baca, Q bodoh.” Runtun hati saya mendengarkan kata-kata itu. I think, she had suffered a lot of emotional stress, more than a kid at her age should bear.
Pada suatu hari, Q juga pernah bertanya kepada ibu dan bapa saya, “Mama, papa… Q ni tak pandai ke? Bila adik nak pandai?”. Hati ibu mana tak luluh mendengarkan pertanyaan sebegini dari mulut kecil itu. Saya pun terdiam bila ibu saya menceritakannya kembali.
Apa peranan saya dan keluarga dalam menangani perkara sebegini?
Bila terjadi perkara sebegini, saya berpendapat keluarga adalah kekuatan utama Q untuk terus cekal ke sekolah. Kami sebolehnya tidak akan bercakap tentang perkara-perkara yang boleh melemahkan semangatnya. Selagi mana perkara yang disukainya membawa kebaikan padanya, kami akan berusaha untuk membantunya supaya beliau tahu yang keluarga yang beliau ada ini sangat menyayangi dan menghargainya for who she is. Q suka beli buku, ok fine.. tiap-tiap hari pergi kedai buku pun takpe.. bukan berniat untuk memanjakannya, tapi ingin memberi galakan kepadanya supaya tidak jemu belajar dan berusaha untuk berada setaraf dengan rakan-rakannya yang lain.
Selain itu, saya dan keluarga juga cuba untuk melayannya seperti seorang dewasa..maknanya, setiap pertanyaannya dijawab dengan jawapan yang sepatutnya, bukannya dibalas dengan memarahi kembali kerana terlalu banyak bertanya.. Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal kerana artikel yang ditulis beliau mengenai kepentingan ibu bapa untuk menghormati anak.
Saya kasihan melihatnya..ibu saya tahu yang Q tidak akan punya perhatian yang penuh dari guru-guru untuk mengajarnya membaca. Lalu Q dimasukkan ke tadika pada sebelah pagi (untuk belajar membaca) dan pergi ke sekolah pada waktu petang. Ya, Q sekarang telah berada di tahun 3 tetapi beliau masih menghadiri kelas membaca di tadika. Alhamdulillah, Q tidak ada sebarang masalah untuk belajar dari pagi hingga petang. Syukur kepada Allah, Q sudah boleh mula membaca melalui kaedah phonetic. Saya tidak begitu mahir untuk mengajar kaedah ini, kelakar juga tapi sangat efektif, insyaAllah.
Hikmah
Apa yang hendak saya kongsikan bersama di sini ialah kenapa Allah menjadikan sebahagian dari kita menjadi sedikit berbeza dari makhluk yang lain? Zalimkah Allah? Allah tidak zalim kerana zalim bukanlah sifat Allah. Allah maha penyayang kepada makhluk ciptaanNYA. Sebenarnya banyak hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini….
Antaranya :
1) Supaya kita berfikir bahawa kuasa mutlak atas kejadian manusia terletak di tanganNYA. Allah mampu menjadikan seseorang itu buta, pekak, bisu, cacat, gila atau sebagainya. Kita adalah golongan yang beruntung kerana tiada cacat cela tetapi amat sedikit yang bersyukur atas nikmat kurniaanNYA. Bila ditimpa bencana barulah teringat kepadaNYA.
2) Wujudnya peluang pekerjaan (punca rezeki) dengan terbinanya institusi menjaga kanak-kanak tadi. Bukan sahaja kepada penjaga tetapi meliputi ramai golongan termasuk kontraktor, pembekal dan sebagainya.
3) Memberi peluang kepada manusia yang beriman termasuk ibubapa dan penjaga mereka untuk membuat kebajikan seterusnya akan diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah swt atas kesabaran mereka.
4) Kanak-kanak tadi tiada dosa dan justeru itu mereka tergolong dari ahli syurga di akhirat nanti. Sebab itu mereka istimewa. Dijamin syurga oleh Allah.
Yang tidak dijamin syurga ialah kita semua. Pandai-pandailah kita mencari jalan untuk ke syurganya. Nabi bersabda dari 10 orang hanya 1 sahaja yang layak ke syurgaNYA manakala 9 orang ke neraka. Jadi marilah kita sama-sama berusaha kearah tersebut. Tanpa usaha manakan dapat hasilnya…
Wallahualam..
No related posts.






salam. terharu baca… nice post kak yan i guess. =)
smoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang. doa sentiasa mengiringi insyaAllah. =)
Assalamualaikum…
be strong… sy slalu dgr org yg dyslexic mempunyai kelebihan yg istimewa, cthnya pandai melukis secara detail pd usia yg sgt muda (e.g melukis kereta & komponen2nya, seperti seorang pelukis handalan), genius dalam matematik dan sebagainya. InsyaAllah, mungkin Q akan ketemu bakatnya yg special x lama lg…
Q juga sgt special sbb Allah sgt sayangkannya… layan Q sebaik-baiknya dan insyaAllah, Allah juga akn curahkan kasih sayangNya kpd insan2 yg bersabar menjaga Q…
~Allah Maha Adil, Dia xkan uji hambaNya dgn ujian yg tdk mampu ditanggung~
ya Allah, adik saya pun ada dyslexia, saya sangat sedih baca pos ni.. moga dipermudahkan.. amin
tabahkan hati ya T-Classic 1853..
Q sangat istimewa..
pasti tiba satu saat “miracle” bila Q akan pulih bkn setakat seperti sediakala, malah lebih bijak drpd biasa insyaAllah:)