Atap Hijau Rss

WAR The Series : Alasan Demi Alasan

0

Posted by Nur Islam | Posted in Dakwah | Posted on 17-06-2010

*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, Circle of Influence*

Circle of Influence – Alasan demi Alasan

Jihad itu adalah kesungguhan menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi milik-Nya. Atas sebuah kesungguhan itu, tanggungjawab dakwah juga menjadi suatu jihad yang menuntut sebuah kesungguhan mendalam dalam menyampaikan Risalah Allah dan menyambung perjuangan suci Baginda Rasulullah S.A.W. Dakwah memerlukan kesungguhan kita untuk mempengaruhi manusia supaya kembali kepada jalan Allah. Sungguh tugasan Nabi itu tidak lain tidak bukan hanya untuk menyampaikan, dan bukan di dalam kekuasaan mereka untuk memberi Hidayah. Hidayah itu hanya milik Allah.

Namun, untuk mempengaruhi,  ada dalam ruang lingkup kebolehan manusia. Methodology bagaimana kita mempengaruhi manusia untuk kembali kepada Allah menjadi asbab kepada Hidayah Allah. Maka, kesungguhan untuk mempengaruhi manusia itu yang lebih utama. Jangan kita suka memberi alasan ketidakmampuan kita untuk berdakwah sebagai alasan untuk tidak melakukan jihad ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi seorang ustaz untuk kita menyampaikan kepada manusia. Sikap kita terlalu suka memberi alasan bila datang soal Jihad dan Dakwah. Tidak Mampu? Takut? Lemah? Tidak Cukup? Tidak Suka? Al-Quran telah menjawab persoalan anda.

Tidak Mampu?


“ Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah.’ Mereka berkata, ‘Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu.”(3:167)

Itulah jawapan golongan munafik bila disuruh kepada mereka untuk berperang. Maka, kita juga sekiranya memberikan alasan tidak mampu untuk berdakwah dan berjihad, maka tiada bezanya kita dengan golongan munafik yang akan ditempatkan Allah dineraka paling azab.

Tanggungjawab untuk berdakwah dan berjihad ini tergalas dibahu kita. Sekiranya telah dipertanggungjawabkan kepada kita, maka pasti ia dalam batas kemampuan kita kerana itu janji Allah, bahawa dia tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan diri.

Maka berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebani kecuali dengan diri kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan menahan kekuatan orang-orang yang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam kekuatan, lebih keras dalam hukuman.” (4:84)

Takut?

“Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, ‘Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?’ Katakanlah, ‘Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.’” (4:77)

Ketakutan itu adalah fitrah dan lumrah makhluk yang bernama manusia. Sahabat-sahabt Nabi juga takut dan gerun apabila berperang. Namun, ketakutan itu bukanlah alasan menjadikan mereka lemah. Sebaliknya ketakutan itu dilawan dengan mujahadah untuk rindukan sebuah kematian bernama syahid. Dan Allah sering mengingatkan kita, matlamat kita yang paling utama adalah Akhirat dan syurga itu sebaik-baik tempat untuk kembali.

Orang-orang beriman juga, apabila diseru kepada mereka berperang, mereka merasa takut dan gementar. Namun, Allah mengatakan bahawa di dalam hati mereka itu ada penyakit.

“Orang-orang yang percaya berkata, ‘Mengapa satu surah tidak diturunkan?’ Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya;” (47:20)

Lemah?

“Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak menjadi lemah kerana apa yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (3:146)

Itulah janji Allah apabila Allah memberikan contoh para Nabi sebelumnya yang telah diseru kepada mereka dan kaum mereka untuk berperang dan keyakinan mereka kepada Allah, bahawa Allah memelihara mereka dan tidak mensia-siakan usaha mereka, lantas mereka tidak merasakan lemah dan tidak tunduk kepada golongan yang ingkar kepada Allah. Manusia itu memang diciptakan Allah sebagai lemah. Akuilah kita insane lemah dan tidak berupaya tanpa pertolongan Allah. Namun, tetap Allah memilih kita untuk bereprang dan berdakwah kerana itu adalah tanggungjawab. Maka, alasan lemah tidak sesekali diterima Allah di hari perhitungan kelak

Tidak Cukup?

“Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang yang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami.” (8:65)

Kita senantiasa merasakan diri serba kekurangan, tidak cukup harta, tidak cukup tenaga, tidak cukup orang untuk berperang bersama kita, tidak cukup masa, tidak cukup bekalan bersama kita. Itulah alasan yang kerap kita berikan apabila diseru berperang dan berdakwah. Percayalah, jika kita benar ikhlas kerana Allah, Allah akan mencukupkan segalanya buat kita. Kecukupan bukan bermaksud apabila kita berperang kemudian kita menjadi kaya raya, diberi masa 48jam sehari atau rakan taulan perjuangan yang berlipat ganda. Kecukupan itu adalah kita sendiri merasakan syukur dan merasa cukup dengan semua nikmat yang telah Allah bagi sehingga kita tidak akan meminta-meminta itu dan ini dari sesiapa pun.

Umat islam sentiasa berperang dalam bilangan tentera yang sangat sedikit. Jauh lebih sedikit dari lawan. Badar menyaksikan 313 menentang 1200, Yarmuk menyaksikan 39000 menentang 240000, Perang Qadisiyah 41000 menentang 200000, Perang Mu’tah menyaksikan 3000 menentang 200000. Sungguh Allah bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal Soleh. Seperti janji-Nya dalam ayat diatas, jika kita bersabar kita mampu mengalahkan musuh yang 10 kali ganda kekuatan kita.

Kekuatan senjata tentera seluruh negara arab dikumpulkan apabila dinisbahkan kepada kekuatan senjata Israel adalah 1:4. Kita mampu menang dengan pastinya. Namun, kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar, maka kita menjadi lemah.

Tidak Suka?

Diwajibkan keatas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ( 2:216)

Fitrah manusia tiada siapa pun yang suka kacau bilau, bunuh membunuh dan huru hara peperangan. Namun, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik. Telah ditentukan berperang itu jalan terbaik buat kita hamba-Nya, maka, itulah yang terbaik. Kehidupan kita bukan berlandaskan apa yang kita suka. Rasa suka itu adalah dicipta dari nafsu. Nafsu memang sukakan kesenangan dan tidak suka kepada kesusahan. Maka, berperang dan berdakwah itu adalah sesuatu yang kita tidak suka, maka ia adalah cara terbaik menundukkan nafsu.

Hentikan memberi alasan. Hentikan sekarang. Mari bangun berjihad dan berdakwah sedaya mampu kita. Alasan bukan dicipta untuk kita menjadi lemah dan melarikan diri, alasan adalah ujian menilai sejauh mana kehebatan kita untuk menempatkan diri di syurga-Nya.

Related post(s):
  • HOPE The Series:Doa Sebuah Kesabaran
    *Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, P – Patience & Prayer* “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan...
  • HOPE The Series: Siapa Paling Tinggi?
    *Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, H – Have Faith* “Without faith a man can do nothing; with...
  • WAR The Series: Bangkitlah Masyarakat
    *Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, R – Ren* “Minta diedarkan senarai barangan buatan Israel yang perlu diboikot.”...
  • WAR The Series: Kisah Pejuang Allah
    *Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, W – Watashi* …..Ayuh kita berfikir sejenak….. Sejauh manakah jihad yang...
  • WAR The Series: Muzakkir
    *Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, A – Anata* Kusut A: Aku tak sangka dia sanggup buat macam...

  • Post a comment

    D.I.A