Atap Hijau Rss

Belajar berorganisasi dari Solat

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Ibadah, Motivasi | Posted on 03-06-2010

Kepentingan berorganisasi dalam Islam dapat kita lihat dan pelajari bukan saja dari pengalaman kita, tetapi kita boleh juga mempelajarinya dari solat yang kita lakukan saban hari.  Ajaran berorganisasi dari solat berjemaah  dapat dicerminkan melalui pembentukan saf yang harus rapi dan teratur.  Perbuatan kita dalam solat sebenarnya dapat kita ambil pengajaran untuk kita belajar mengenai kepentingan berorganisasi:

Niat solat berjemaah

Kalau kita mahu solat berjemaah, kita mesti la harus mempunyai niat berjemaah untuk solat yang sama.  Kalau tak, apa guna kita solat berjemaah kan?  Sama la juga dengan dalam organisasi, untuk mengemudi sesebuah persatuan, ia harus didasari oleh niat yang sama kerana kita akan merealisasikan cita-cita yang sama.

Menurut Aileen Mitchell Stewart dalam bukunya Empowering People, beliau menyatakan bahawa visi yang dimiliki bersama lebih bernilai daripada sekadar mencari rumusan misi jangka pendek.

Iftitah lambang kesetiaan

Sewaktu membaca doa iftitah, kita akan membaca Inni wajjahtu wajhiya lilladzi fathara as samawati wa al ardl .  bila kita memahami maksud yang terkandung di dalamnya, ia adalah pengakuan seorang hamba atas Tuhannya atau janji setia kepada Tuhan yang Maha Mencipta.  Dalam berorganisasi, kita memerlukan kesetiaan yang teguh terhadap persatuan kita untuk memastikan proses mencapai cita-cita persatuan kita memiliki kekuatan yang pasti.

Ruku’ – Keadilan – Merendahkan ego

Sewaktu rukuk dalam solat berjemaah, seseorang  yang berada dalam saf kedua hingga saf paling belakang harus rela menempatkan kepalanya sejajar dengan punggung orang yang ada di depannya.  Tapi, di luar solat, sanggup ke kita buat macam tu?  Maksudnya, perbuatan rukuk ini mengajar kita untuk merendahkan ego dan belajar untuk berlapang dada jika kita tidak sependapat dengan rakan-rakan kita.  Walau apapun darjat social kita di mata masyarakat, kita harus rela ditempatkan di mana saja dan rela untuk mengorbankan kepentingan peribadi demi kepentingan masyarakat.

Sujud – merendah diri

Dalam bersujud seseorang dituntut untuk berusaha rendah diri dan mengingat fitrah kehidupannya yang berasal dari tanah. Dengan begitu seseorang dapat menghindarkan diri dari rasa bongkak dan segala kebijakannya seharusnya dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat bukan kepentingan pribadi.

Untuk mengenali dan bekerja dengan baik dengan subordinates, seseorang pemimpin tidak harus segan untuk turun ke bawah bagi mendekati subordinates nya.  Hal ini akan member kesempatan kepada kita untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada selama ini.

Imam sebagai pemimpin

Ketika Imam yang mengetuai solat, melakukan kesilapan, maka dianya boleh ditegur. Ini  memberi isyarat kepada kita tentang sikap saling bantu-membantu yang perlu dipupuk demi mencapai kejayaan. Apatah lagi tatkala imam melakukan kesalahan yang melibatkan rukun solat yang boleh menyebabkan batalnya sesuatu solat, maka menjadi kewajipan makmum untuk menegur imam. Sekiranya Imam terus berdegil dengan kesalahan, maka bagi makmum, mereka diarahkan untuk mufaraqah bagi mengelakkan ibadatnya menjadi rosak.

Begitu jugalah keadaan ketua di dalam sesebuah organisasi, tatkala beliau melakukan kesalahan yang bercanggahan denga syarak, maka menjadi kewajipan kepada pengikutnya untuk memberi teguran dan membetul kesalahannya. Ini bagi mengelakkan kehancuran organisasi yang dianggotai secara bersama. Sabda Rasulullah s.w.t: “tidak ada ketaatan kepada seorang makhluk (ketua) yang memerintahkan kepada maksiat”.

Related post(s):
  • Kesempurnaan solat
    ilmu - solat itu tidak sah melainkan diketahui akan kaifiatnya - diketahui barang yang ada pada wudhu’nya fardu dan sunat -menjauhi tipu daya syaitan supaya...

  • Comments (2)

    ?????? ?????

    Pandapat saya mengenai perbuatan ketika dalam sembahyang sebenarnya tidak mencerminkan perkara berkaitan di luar kehidupan manusia . Sebaliknya setiap perbuatan-perbuatan itu bertindak menghuraikan tentang kejadian manusia . Begitu jua melalui perbuatan dalam sembahyang akan menjelaskan hubung kait antara manusia dengan Allah iaitu Maha Pencipta . Sebab itu baginda rasul sewaktu permulaan kenabiannya diperintah oleh Allah supaya “bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu yang mencipta” iaitu “Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah” [Q 96 : 1/2] . Oleh itu keseluruhan amal perbuatan dan peribadatan yang diperlihatkan oleh nabi Muhamad s.a.w adalah dijuruskan pada kejadian diri manusia , supaya manusia menyedari [insaf] tentang kejadian dan peranannya ketika berada di alam zahir atau alam dunia . wasalam

    saya suka part rukuk tuh..baru perasan, yg ketika rukuk dalam solat berjemaah, kita merendahkan kepala dan muka setaraf dengan punggung..hurmmm..Subhanallah..pendidikan jiwa melalui solat yg sgt hebat untuk manusia belajar merendah diri bukan hanya kepada Allah tetapi sesama manusia….a good article..

    Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau