Assalamualaikum wrt wbt
Perang Khandak yang juga dikenali sebagai perang Al-Ahzab merupakan antara peperangan (ghazwah) yang terbesar di dalam sejarah islam sehingga nama perang ini dikumandangkan setiap kali takbir raya sama ada Aidilfitri mahupun Aidil Adha. Oleh itu, kemenangan dan iktibar yang berlaku dalam Perang Khandak mestilah difahami oleh kita semua
Bagaimana Perang ini bermula?
Pada tahun ke-5 hijrah, islam di Madinah telah berkembang pesat. Hal ini menyebabkan orang Yahudi tidak berpuas hati lalu mereka merancang untuk memerangi nabi Muhammad dan orang islam di Madinah. Setelah itu bemulalah strategi bangsa Yahudi. Sebahagian tokoh Yahudi daripada Bani Nadir telah menemui pemimpin Musyrikin Quraisy daripada kaum Arab Bani Ghatfan untuk mengadakan kerjasama memerangi Rasulullah. Helah yang digunakan memang ternyata sesat. Pujuk rayu mereka kepada Bani Ghatfan adalah dengan menyatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu, mereka telah terpedaya dengan muslihat Yahudi dan akhirnya mereka bersetuju untuk menyertai perang untuk menghapuskan pengaruh Nabi Muhammad dan islam.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’:
“Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah dan kepada Taghut dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w)”. (51)
(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.(52)
Tidak hanya Bani Ghatfan, puak Yahudi juga turut menemui Bani Fazarah dan Bani Murrah untuk menyatakan keinginan mereka untuk bergabung tenaga dalam memerangi rasulullah. Pada awalnya ada di antara mereka yang tidak bersetuju tetapi dengan pujuk rayu yang sama akhirnya mereka berjaya menarik mereka menyertai perang tersebut.
Pengajaran:
- Bangsa Yahudi tidak pernah berputus asa dalam usaha mereka untuk menghapuskan umat islam. Dendam mereka masih tidak surut sehingga kini walaupun telah berabad lamanya mereka memerangi umat islam. Oleh sebab itu, kita sebagai umat islam wajiblah memerangi mereka dan janganlah kita sekali-kali berputus asa dalam mempertahankan agama islam kerana sesungguhnya mereka tidak pernah kenal erti putus asa.
- Satu perkara yang cukup besar yang patut kita jadikan pengajaran ialah semangat kerjasama antara orang-orang kafir. Mereka begitu teliti dalam merancang strategi tetapi mengapa tidak kita orang islam? Jika dilihat dalam konteks zaman sekarang pun, umat islam masih lagi berpecah belah dan tidak mahu bersatu. Kenapakah perkara ini masih lagi berlaku sedangkan kesatuan merupakan asas kekuatan umat islam.
Saidina Ali pernah berkata:
“Kebatilan yang tesusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
Mahukan kita menjadi punca jatuhnya islam itu hanya kerana satu faktor, iaitu kita tidak BERSATU? Fikir-fikirkanlah kerana apa yang berlaku sekarang hanya akan dapat melemahkan umat islam sendiri sedangkan orang-orang kafir telah terkehadapan dalam perancangan dan perlaksanan mereka hanya kerana mereka BERSATU!
Tindakan Rasulullah?
Setelah mendengar berita itu, Rasulullah terus mengadakan mesyuarat bersama sahabat. Rasulullah membuka ruang perbincangan serta mengalu-alukan idea daripada para sahabat. Salman Al-farisi, seseorang sahabat daripada Parsi telah mengemukakan idea yang sangat bernas dan bijak. Berdasarkan pengalaman perang di Parsi, beliau mencadangkan supaya parit di gali di sekitar kota Madinah untuk mempertahankan kota itu. Cadangan itu disambut baik oleh semua sahabat. Setelah itu, persiapan perang terus dilakukan.
Pengajaran:
- Di sini juga dapat dilihat bahawa mengadakan syura atau perbincangan adalah sangat penting untuk mencapai sebuah keputusan yang terbaik. Sewaktu dalam perbincangan , sikap berlapang dada dan mentaati ketua mestilah diamalkan agar dapat mencapai persetujuan yang betul-betul rapi.
Sebelum dan Semasa Perang
Dalam keadaan yang sejuk serta kekurangan bekalan makanan, Rasulullah tetap berusaha menggali parit itu. Rasulullah sendiri turun untuk menjayakan strategi mereka. Para sahabat juga tidak kurang hebatnya dalam memberikan sumbangan kepada agama Islam yang mulia. Pada 5 Syawal, tibalah masa yang dinanti. Setibanya pihak al-Ahzab di Madinah, merka sangat terkejut melihat parit yang begitu besar kerana strategi pertama kali dilaksanakan dalam siri peperangan islam. Hasil usaha dan doa Radulullah dan kaum muslimin, akhirnya Allah memakbulkan doa mereka dengan mnurunkam Malaikat yang meniupkan angin sejuk yang kencang sehingga menyebabkan perkhemahan sekutu Yahudi musnah.
Pengajaran:
- Sebagai seorang ketua, Rasulullah tidak hanya memberikan arahan tetapi Baginda turun untuk melakukan kerja menggali parit. Sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah inilah yang mesti diamalkan oleh kita semua sebagai ketua dan khalifah Allah. Ketua merupakan contoh kepada yang lain. Oleh itu, berakhlak dengan akhlak yang mulia adalah sangat penting.
- Walaupun Rasulullah tahu pertolongan Allah itu akan datang, namun Rasulullah tetap berusaha menggali parit dalam keadaan yang serba kekurangan. Jika dilihat dalam konteks sekarang, Allah telah menjanjikan kemenangan islam. Tetapi adakah kita hanya mahu melihat sahaja islam itu bangkit. Ketahuilah bahawa Islam tidak memerlukan kita tetapi kita lah yang memerlukan isalm itu. Oleh itu, setiap usaha (JIHAD) yang dilaburkan dengan niat yang ikhlas pasti akan dihitung oleh Allah.
No related posts.







good…i like this post…
tq…