Atap Hijau Rss

Bagaimana Solat Saya Hari Ini?

0

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Ibadah, Tazkirah | Posted on 23-05-2010

“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”

Surah Al-Ma’un :4-5.

Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?

Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.

Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dan sebagainya.

Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.

Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.

Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.

Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat.

Rujukan: Buku Khusyuk dalam Solat, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Related post(s):
  • Solat Seorang Penzina!
    Solatku Tidak Mencegah Mungkar? “ Sejahat-jahat aku pun aku semayang jugak” Seringkali  juga saya mendengar ungkapan ini dari kawan-kawan. Juga sering terngiang di kepala...
  • Solat Seorang Asing. Bersediakah Kita Menentang Kebiasaan?
    Setelah dikira-kira, sudah tahun kelima penulis berada di bumi Cork ini. Jauh dari keluarga, jauh dari bumi Malaysia. Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini,...
  • Belajar berorganisasi dari Solat
    Kepentingan berorganisasi dalam Islam dapat kita lihat dan pelajari bukan saja dari pengalaman kita, tetapi kita boleh juga mempelajarinya dari solat yang kita lakukan saban...
  • 10 Hari Pertama Zulhijjah
    KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Esok(18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah...
  • Kisah Di Pagi Hari
    Suatu pagi yang dingin setelah kuliah berakhir,pergilah 3 orang sahabat ke surau untuk menunaikan solat dhuha. Setibanya mereka di bilik kecil, masing-masing terus menunaikan...

  • Post a comment

    D.I.A