Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 14-05-2010

The Road Not Taken
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
The Road Not Taken, adalah sajak kegemaran saya sejak dari sekolah menengah lagi. Mempelajari sajak ini pada ketika itu dengan tahap penguasaan bahasa inggeris yang agak lemah, agak sukar memahami akan sajak ini. Namun, saya masih menyukainya walaupun hanya memahami tema kepada sajak ini yang berkisar tentang membuat pilihan dalam hidup. Setiap kali berhadapan dengan pilihan, pasti saya akan berkata kepada diri sendiri ‘The Road Not Taken datang lagi’. Pilihan. Pilihan. Pilihan. Teringat juga akan tajuk lagu kegemaran saya ‘Bila Harus Memilih’
Setiap masa hidup kita akan dihadapkan dengan pilihan. Benar, manusia itu adalah makhluk yang istimewa, kerana Allah memberi ruang kepada kita untuk membuat pilihan dalam hidup. Namun, membuat pilihan kadang-kadang mudah, kadang-kadang sangat memeningkan kepala. Membuat pilihan dari sekecil-kecil benda, seperti ingin memilih baju untuk dipakai pada hari tersebut, atau hendak beli sesuatu, sehinggalah pilihan yang sebesar-besarnya yg menentukan halatuju dan masa depan hidup kita. Sungguh Allah memberi kita ruang dan peluang dalam membuat pilihan dan keputusan.
Pilihan itu adalah anugerah dan nikmat Allah. Kalau ada melihatnya sebagai Ujian, tetapi saya melihatnya sebagai anugerah dan nikmat. Kerana tiap kali kita diberi pilihan, kita akan kembali kepada Allah, lagi banyak pilihan yang mendatangi kita, makin kerap kita kembali pada Allah, semakin dekat kita mengadap-Nya. Terlalu banyak pilihan yang Allah kurniakan kepada kita dalam hidup ini, makanya, terlalu banyak kesempatan untuk kita kembali kepada Allah, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar isu. Namun, manusia hanya melihat kesempatan untuk kembali kepada Allah terutamanya dalam hal-hal membuat keputusan berkenaan Baitul Muslim. Jika bab perkahwinan, sejadah perkara pertama yang kita cari, dari tidak mengenal solat istikharah, kita menjadi zikir harian. Alhamdulillah. Tapi kan Allah telah memberi banyak sangat kesempatan kepada kita untuk kembali kepada-Nya. Kita tidak pernah tahu apa ‘outcome’ sesuatu keputusan yang telah kita ambil, kita hanya boleh menjangka dan membuat ‘prediction’ tetapi Allah jualah yang Maha Mengetahui. Terkadang kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita, dan kita cenderung mengambil keputusan tersebut, namun, Allah itu Mah Pencipta yang mengetahui segala isi di langit dan dibumi. Di Tangan-Nya lah jua semua yang tersirat dan tersurat.
Seperti yang saya katakan diatas, membuat pilihan dan keputusan adalah satu anugerah yang hanya diberikan kepada manusia. Kita bebas membuat keputusan. Ia adalah anugerah yang perlu disyukuri, maka setiap keputusan yang kita ambil dalam hidup berkenaan perkara kecil mahupun besar, sandarkannya kepada Allah. Mintalah pertolongan kepada Allah untuk menyuluh hati kita dengan cahaya dalam membuat keputusan. Berdoalah agar Allah menjauhkan nafsu dan amarah dalam proses kita membuat pilihan dan keputusan.
Suka juga untuk saya membincangkan tentang persoalan pilihan yang tidak ‘popular’ yang jarang diambil oleh orang kebanyakan dari kita. Sekadar memetik sebahagian dari sajak tersebut,
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
Seperti petikan sajak ini, jangan sesekali takut untuk mebuat pilihan yg tidak popular, yg tidak diambil oleh orang lain. Kadangkala, jalan yang harus kita lalui berbeza dari jalan yang kebiasaannya kita lalui dan di ketika itu kita akan berasa ragu dan takut. Meragui adakah ini jalan terbaik? Takut adakah kita akan sampai ke destinasinya. Namun serahlah kepada Allah dan jangan sesekali takut membuat keputusan yang berlainan dari kebiasaannya.
Kadangkala kita terlalu takut untuk menjadi ‘ different’ dengan mengambil jalan yang sedikit berbeza kerana risau dengan pandangan masyrakat. Kita kadangkala takut untuk menghadapi risiko. Namun, sedarkah mereka yang berjaya didalam hidup adalah mereka yang melawan arus. Mengambil keputusan yang berbeza dari norma kebiasaan. Kerana itu mereka mampu mencipta kejutan dan kejayaan. Jalan biasa ini terlalu banyak sudah dilalui oleh semua orang, dan tiada yang ‘special’ lagi tentangnya. Namun, jalan yang satu lagi, mungkin kelihatan sukar dan berliku, namun, diakhirnya terlalu banyak yang akan kita dapati.
No related posts.





being different with steadfast principles are honourable than being in majority whereby the principles are rubbish.
which way you choose?
ask Him; for His guidance is already laid down before you.
sometimes majority rules does not apply here.
salam. hahaha. i love this poem especially while i was in kmb where i think i had one of my toughest emotional adventure then. it’s full of meaning that i can connect with and makes me feel wise despite my age. thanks again for bringing it up. sometimes, you will wonder what it feels like to take another path but i can’t help to be surprised by what Allah lays out in my current one; truly, i love Allah because of the surprises and adventures that Allah gives me.
salam. hahaha. i love this poem especially while i was in kmb where i think i had one of my toughest emotional adventure then. it’s full of meaning that i can connect with and makes me feel wise despite my age. thanks again for bringing it up. sometimes, you will wonder what it feels like to take another path but i can’t help to be surprised by what Allah lays out in my current one; truly, i love Allah because of the surprises and adventures that Allah gives me.