Posted by kalam hamba | Posted in Baitulmuslim, Perbincangan | Posted on 22-04-2010

- “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang”
- (Ar-Rum:21)
Al-Quranul Karim telah menggambarkan hubungan fitrah antara lelaki dan wanita yang diikat oleh satu ikatan perjanjian dengan Allah swt di dalam satu gambaran yang seni dan mengasyikkan serta menawan hati. Ia diibaratkan seperti hembusan angin sepoi-sepoi yang melahirkan ketenteraman dan ketenangan. Daripadanya berhebus-hembus bau harum cinta, rahmah kasih sayang di dalam konsep persefahaman yang sejati.
Melayari kehidupan rumah tangga yang membahagiakan adalah impian dan idaman semua insan di dunia ini. Dengan terbinanya sebuah keluarga yang bahagia, maka akan terbukalah pula kesempatan untuk membangunkan generasi baru yang bakal dibentuk menjadi putra putri pejuang agama Allah swt.
Di sini, ingin dikongsikan beberapa perkara yang praktikal yang boleh diamalkan oleh si isteri bagi memelihara keharmonian rumahtangga.
1. “Enjoy your own life”
Selepas berkahwin, jangan tinggalkan terus kehidupan yang anda nikmati ketika zaman bujang dahulu. Sebaiknya anda masih berhubung dengan rakan-rakan dan sekali sekala mengisi masa dengan perkara-perkara yang amat suka (selagi anda tidak melakukan perkara yang salah dan tidak mengabaikan rumahtangga.
2. “Let him enjoy his own life too”
Sebagaimana anda menikmati kehidupan anda, biarkan pasangan anda turut menikmati kehidupannya tersendiri i.e mempunyai masa untuk bersama-sama rakan lelakinya bagi menonton bola atau bersukan misalnya. Janganlah sentiasa ingin mengikut suami ke mana-mana sahaja kerana si dia kadang-kadang memerlukan saat-saat untuk bersendirian. Namun, jangan lepaskan peluang untuk mengikutnya sekiranya dipelawa.
3. “Don’t ever mention or keep bringing the past”
Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang telah lepas terutama tentang perkara yang menyentuh silap dan kekurangan si dia. Kalau kata maaf yang anda harapkan, bermimpi di siang hari la anda, kerana setiap lelaki itu dilahirkan kembar- iaitu mereka didampingi oleh ego mereka.
Perkara utama juga, jangan diungkit tentang kisah cinta kenangan silamnya. Ramai wanita sengaja menyebut nama kekasih lama suami bagi menguji cinta si suami kepada dirinya. Dia ingin kepastian yang hanya dia yang berada dalam hati suaminya pada saat itu, namun malangnya suaminya tidak memahami.
Paling menyakitkan sekiranya perbuatan si isteri itu hanya membuatkan si suami tidak dapat melupakan insan yang pernah mengisi kotak hatinya dahulu. Jadi, para isteri, janganlah anda menjadi punca kepada isu suami masih tidak dapat melupakan kekasih lamanya.
Lupakan segala kisah silam dan usahakan yang terbaik pada kehidupan yang dibina sekarang ini.
4. “Don’t ever gossiping about other women”
Wanita ini fitrahnya berceloteh, dari perabot baru yang dibeli jiran sehinggalah kepada isu politik yang melanda kesultanan negeri. Namun, berhati-hati dengan apa yang diucapkan. Pastikan anda tidak menceritakan tentang kecantikan atau kelebihan wanita lain di hadapan suami anda sehingga si suami bisa membayangkan dan timbul tanda tanya serta keinginan untuk bertemu dengan wanita yang diceritakan.
Pastikan andalah satu-satu wanita yang paling cantik, paling baik dan paling lengkap yang pernah menghiasi ruang matanya, selepas ibunya semestinya.
“Janganlah setelah seorang isteri berkawan dengan seorang wanita kemudian dia menceritakannya lengkap kepada suaminya perihal wanita itu, sampai seakan-akan suaminya tersebut melihat akan wanita itu” (hadith Riwayat al-Bukhari)
5. “Be fairly independant”
Kehidupan selepas berkahwin membuatkan kebanyakan isteri hilang hampir kesemua kemahiran hidup bersendiri sewaktu bujang dahulu. Tidak salah untuk berharap dan bergantung sepenuhnya kepada suami, tetapi isteri juga seharusnya bersikap sedikit berdikari dalam sesetengah perkara.
Wanita harus tahu berdikari, namun jangan sampai menidakkan peranan si suami dalam kehidupan dan rumah tangga anda. Si suami kadang kala suka pada wanita yang bergantung padanya, bagi membuktikan kelakian dan peranan mereka sebagai pelindung kepada wanita yang disifatkan lemah. Tetapi, terlalu bergantung kepada mereka turut merimaskan mereka dalam sesetengah keadaan.
Kehidupan berumahtangga adalah umpama satu percaturan. Kita memasukinya pada kali pertama, dan kita perlu berusaha sepenuhnya untuk belajar, membuat perubahan dan adaptasi serta mengekalkannya sehingga ke akhir hayat dalam cubaan pertama itu. Pastinya akan ada kali kedua, ketiga dan seterusnya, namun kita semua mengharapkan kita akan berjaya pada cubaan yang pertama. Sebagai seorang muslim, jangan lupakan pada pergantungan utama kita iaitu Allah swt.
(Segala tips diatas hanyalah pandangan dan nasihat peribadi penulis berdasarkan ’secondary experience’ dan pemerhatian sendiri, maka ia boleh disanggah dan dibantah)
Sebagai penutup, dikongsikan nasihat isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al-Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Related post(s):Pengenalan Saya selalu melihat manusia. Itu memang adalah sikap seorang pengarang dan sikap saya sendiri. Melihat bukan usha, tetapi melihat dengan mata hati. Bukan...







Ooo…baru tau itukah peranan isteri..alangkah bagusnya dapt isteri camtuh..yer dok??…peranan suami ada x kalam hamba??hehehe…anyway a very good entry..tp apa kaitan rumah ditepi pantai??..bila dah kahwin buat rumah ditepi pantai ye??
bukanlah maksudnya buat rumah di tepi pantai…
kan ada bidalan, kalau takut ombak, jangan berumah di tepi paintai… kalau takutkan cabaran/halangan/kesusahan, jangan dibuat sesuatu perkara itu…
tapi kalau perkahwinan itu, ia adalah satu sunnah, satu fitrah yang menjadi lumrah manusiawi… sesusah mana di pandangan mata, seburuk mana pengalaman, pasti akhirnya akan lembut hati wanita dan akan terdetik keinginan di hati lelaki untuk berumahtangga.
doa, usaha dan tawakal…Allah swt sudah tentukan jodohmu…
bukanlah maksudnya buat rumah di tepi pantai…
kan ada bidalan, kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai… kalau takutkan cabaran/halangan/kesusahan, jangan dibuat sesuatu perkara itu…
tapi kalau perkahwinan itu, ia adalah satu sunnah, satu fitrah yang menjadi lumrah manusiawi…
sesusah mana di pandangan mata, seburuk mana pengalaman, pasti akhirnya akan lembut hati wanita dan akan terdetik keinginan di hati lelaki untuk berumahtangga.
doa, usaha dan tawakal…Allah swt sudah tentukan jodohmu…
best entry nih..hehe..nur islam..rsnya ada jugak point2 yang applicable untuk lelaki…may be nur islam bleh tolong postkan entry yang specific untuk lelaki pulak lepas ni..:)
Nak kata ni peranan isteri, kurang tepat kot. Ada banyak bahan2 lain yg boleh dibaca utk ‘Peranan Suami/Isteri dalam Sesebuah Perkahwinan’ samada dari sudut pandangan Islam etc.
Ini adalah sedikit coretan berdasarkan pengalaman orang2 yg lebih tua. Tak tau laa betul ke tidak.. Sebab entry ni kira one-sided view.
Ada kemungkinan juga tips tersebut tidak dipersetujui oleh si suami.. Suami mahupun isteri yg dependant perhaps?
Berkenaan dengan tips utk suami? Nanti listnya panjang laa plak
“Membina rumah di tepi pantai.. Ombaknya kadangkala menghiburkan dan mengisi kesunyian.. Namun, Kadangkala bila ia mengganas, Rumah juga pasti kan hanyut kalau tiada pasak yang kukuh.”