Assalamualaikum wrt wbt
Sempena bulan April ni, tema WISE akan digunakan bagi menghiasi hidup kita semua… Sambil mencari idea untuk menulis, tiba-tiba teringat ada seorang sahabat pernah berkongsi dalam usrah. Masa tu tengah berbincang pasal 7 Habits Of Highly Effective Muslim dan sahabat ini ada menyentuh mengenai lagu kegemaran beliau iaitu Man in the Mirror yang dinyayikan oleh Michael Jackson. Ada satu bahagian dalam lagu tu yang betul-betul bertepatan dengan tajuk yang kami perbincangkan pada hari tu..
I’m starting with the man in the mirror
I’m asking him to change his ways
And no message could have been any clearer
If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself and make a change
Jadi, apa kaitannya lagu ini dengan tema WISE ni?
Kita mulakan dengan cermin. Cermin ni banyak gunanya kepada kita. Ada yang boleh buatkan kita nampak tinggi, rendah, lebar, gelap, cerah, dan mungkin juga boleh buatkan kita semakin hilang keyakinan diri. Ada juga ‘cermin’ realiti yang betul-betul menggambarkan bagaimana kita di mata orang lain. Cermin realiti ini mungkin boleh dirujuk kepada orang-orang yang berada di sekeliling kita di mana kadangkala boleh membuatkan kita hilang keyakinan terhadap diri sendiri.

Kenapa saya kata begini? Ada orang yang terlalu ingin menjaga hati orang lain sehingga terpaksa tidak menjadi dirinya sendiri. Keadaan ini membuatkan cara kita melihat sesuatu perkara atau masalah based on objects that reflect us. Bila dah jadi begini, kita lupa untuk mengenali diri kita sendiri. Sama je dengan personality manusia kan… bercakap mengenai cermin ni, ada juga di antara kita yang boleh membuatkan orang terpaksa menjaga hati kita sehingga rakan kita lupa untuk mengenali dirinya sendiri. Kalau pengaruh yang baik, baguslah. Tapi bagaimana pula kalau orang terpaksa makan hati je semata-mata untuk menjaga hati kita? Contohnya, kalau zaman sekolah dulu mesti kita ada geng kan? Ni pengalaman saya la..ada seorang kawan yang mood nya boleh berubah dengan kadar yang tak dapat dijangka. Nak kata that’s the time of the month takkanlah mood swing sepanjang masa kan? Adoi, penat juga la kita nak sentiasa jaga hatinya sebab terpaksa makan hati je kalau kita tiba-tiba kena marah tapi waktu itu sebab nak kawan punya pasal, sabar sahaja. To think back of it now, I feel so stupid because I should have stand up for myself and tell him/her that he/she really made my life miserable and made me lose more friends. Kiranya cermin realiti yang saya ada pada waktu itu dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Ada di antara kita yang boleh berubah-ubah personalitinya bila berhadapan dengan orang-orang yang berbeza latar belakang. Setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri, jika kita ambil masa sejenak, maybe we can unravel the layers of their ‘show’ personality and find the true person in them. There are many sad clowns out there in the world waiting to be heard.
Bila dah habis menulis ni, membuatkan saya terfikir which version I present to the real world is the actual me. Maybe I’m just paying too much attention to our fears so this distracts me from my real goals. This isn’t WISE, innit?
Sebelum berundur, nak kongsi satu kata-kata yang cukup bermakna…
“Knowing others is wisdom, knowing yourself is enlightenment.”
~Lau Tzu
BEKERJA DAN BERJAYA Firman Allah S.W.T.: “Tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik.” (Maksud Surah al-Kahfi (18):30). “Sesiapa...




masih mencari2 diri ini juga..
who am i? yg penting bukan spiderman =p
dont wanna be one of those sad clowns~~