Atap Hijau Rss

HOPE The Series:Doa Sebuah Kesabaran

2

Posted by bali_765 | Posted in Ibadah, Miscellaneous | Posted on 09-04-2010

*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, P – Patience & Prayer*

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka belum diuji”                                                                                                                          Al-Ankabut:2

Kita dapat lihat betapa ramai generasi sahabat yang ditimpakan ujian yang tidak pernah terbayang di akal fikiran kita. Ujiannya bukan sedikit tetapi sangat berat. Ujiannya bukan hanya hilang duit tetapi terpaksa berperang dengan ayah kandung demi akidah yang dipertahankan. Ujiannya bukan berhijrah untuk menuntut ilmu diperantau, tetapi berhijrah meninggalkan harta dan keluarga yang mungkin tidak akan ditemui lagi selamanya demi akidah yang dipertahankan. Malah rasulullah sebagai insan yang paling DICINTAI Allah adalah manusia yang paling teruk diuji sepanjang sejarah penyampaian risalah yang mulia ini. Sedangkan kita ummatnya hidup senang tanpa ujian seberat itu tetapi setiap hari kita mengeluh kerana tidak mendapat apa yang kita kehendaki. Sudah lupakah kita kepada satu hadis yang diriwatkan oleh Imam Bukhori.

Daripada Abdillah Khabbab bin Art r.a. berkata:kami telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. yang mana pada ketika baginda sedang berselimut dengan selendang di bawah naungan Kaabah lalu kami pun berkata:Tidakkah kamu akan menolong kami,tidakkah kamu akan berdoa untuk kami(supaya dipercepatkan kemenangan Islam)?Maka Rasulullah s.a.w. berkata:Sesungguhnya ada seorang lelaki sebelum daripada kamu telah dibawa dan ditimbus dalam tanah,kemudian dibawakan gergaji serta diletakkan di atas kepalanya lalu terbelah menjadi dua,(kemudian)disikat dengan sikat besi sehingga tercabut daging daripada tulangnya,namun hal itu tidak pernah menghalang daripadanya untuk berpaling daripada agama.Demi ALLAH,ALLAH akan menyempurnakan urusan(agama)ini sehingga orang yang menaiki kenderaan daripada San’a ke Hadramaut tidak akan takut melainkan kepada ALLAH dan serigala(yang akan menggangu) akan kambingnya.Tetapi kamu semua(wahai Khabbab)termasuk daripada golongan yang tergopoh-gapah.

Begitu berat ujian yang Allah timpakan kepada sahabat,tetapi rasulullah mengtakan mereka masih belum diuji seberat mereka yang terdahulu. Kita hanya diuji dengan ujian yang sedikit tetapi mengeluhnya melebihi khabab. Ujian adalah perkara yang pasti.tetapi bagaimana kita sebagai hamba yang lemah ini hendak berhadapan dengan ujian-ujian dunia ini.maka ingatlah firman allah yang berbunyi.

“Dan mintalah pertolongan daripada tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”                                                     Al-Baqarah:45

Ayat ini merupakan ayat yang sungguh menusuk kalbu bari orang-orang yang mengharapkan keredhaan daripada tuhannya. Pastinya sahabat-sahabat rasulullah merupakan mereka yang tergolong daripda orang-orang yang khusyuk. Mereka adalah golongan yang paling banyak diuji tetapi paling tinggi iman mereka.

Adakah kita sebahagian daripada mereka yang khusyuk seperti yang digambarkan oleh Allah. Yang bersabar dengan setiap ujian, yang sentiasa berta’abbud kepada tuhannya dikala senang atau susah. Satu persoalan untuk dirungkaikan oleh setiap daripada kita.

Hamparlah sejadah dan mintalah daripda tuhanmu yang maha pemurah!Mohonlah dengan sabar dan solat!

Related post(s):
  • Persoalan Sebuah Perkahwinan
    Persoalan Sebuah Perkahwinan Bila kita membuat keputusan untuk berkahwin, mesti kita buat keputusan dengan ‘purpose‘. Takkan la tetiba orang tuh bangun pagi tetiba rasa...
  • Tadhiyyah: Kisah sebuah pengorbanan
    Pengenalan Tadhiyyah atau ertinya pengorbanan merupakan rukun ke 5 dalam arkanul ba’iah yang telah disusun oleh as-syahid imam hassan al banna. Rukun ini merupakan rukun selepas rukun...

  • Comments (2)

    huhuhu..bru tahu banyaknyer mengeluh~~

    could not agree more ..
    kena kurangkan mengeluh & banyakkan bersabar
    thanks for the sharing!

    Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau