Atap Hijau Rss

Bagaimana Untuk Kuhampiri Hatimu?

5

Posted by kalam hamba | Posted in Dakwah, Miscellaneous, Penulisan | Posted on 01-04-2010

At-Thoriq ilal Qulub (Jalan menuju Hati) karangan Abbas As-Siisi

Daie yang membuka hatinya untuk hampir kepada Allah swt pasti akan diberikan kemudahan untuk mendekati hati mad’u yang membuka hatinya untuk mendekati Allah swt jua. Maksudnya; prosesnya akan lebih mudah/efektif sekiranya 2-2 pihak membuka hati mereka. Contohnya; macam bluetooth. 2-2 telefon kena on ‘bluetooth’ application untuk menghantar atau menerima sebarang informasi. Telefon A akan searching for bluetooth signal from telefon B. Maka, begitu juga hubungan hati daie & mad’u.

 Bagaimana Memulakan Perkenalan

1. Sentiasa membawa alat @ perkakas yang boleh dijadikan medium untuk memulakan perkenalan. Contohnya; al-Quran, telefon,laptop, surat khabar

Di negara Arab, mereka telah dididik dengan membawa naskhah al-Quran ke mana-mana sahaja. Jadi, ketika berada di dalam bas atau di mana-mana sahaja, boleh kita meminjamkan al-Quran kita kepada orang sekeliling @ kita minta orang yg berada berhampiran kita memeriksa bacaan ayat hafazan kita. Jadi, secara tidak langsung, kita telah meruntuhkan tembok kebisuan dengan orang yg tidak dikenali.

Malah, sekiranya kita bermusafir dalam suatu perjalanan yang panjang, bekalan makanan juga boleh menjadi medium untuk kita meluaskan perkenalan. Saling berkongsi makanan pastinya menjadi suatu cara yang amat berkesan untuk mengikat hati-hati orang di sekeliling kita.

2. Berusaha untuk kenal atau tahu nama orang-orang di sekeliling kita.
 
 Dalam buku ini, Sheikh Abbas banyak mengenengahkan pengalaman-pengalaman beliau ketika menjalankan misi dakwah. Beliau menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan kebisuan @ memulakan perkenalan dengan orang yang tidak dikenali.

Beliau pernah duduk di sebelah seorg yg berkulit putih, lalu beliau bertanya; “Adakah kamu berasal dari Sudan (sedangkan Sudan rata2 penduduknya berkulit hitam)”

Orang tersebut memandang beliau dengan pelik dan sebelum dia berkata-kata, beliau terus menyambung; “Janganlah tuan marah..kerana sebelum ini saya pernah berjumpa dengan orang berkulit putih dari Sudan. Jadi, tuan ni dari negara mana?” Maka, setelah itu Syeikh Abbas terus memulakan perkenalan dan perbualan.
 
 Beliau malah pernah sengaja memijak kaki orang yang tidak dikenali untuk mencari sebab bagi memulakan perkenalan. :)

Mengetahui nama mad’u tersebut bukanlah suatu kemestian, tetapi yang lebih penting adalah bahan perbualan kita mestilah berkisar tentang dakwah islamiyah.

 Setelah pertemuan pertama telah diwujudkan, maka daie perlu membuat follow-up..kena terus membina perhubungan dengan mad’u tersebut dgn bertanya khabar etc.

Syeikh Hassan al-Banna dikatakan seorang yang cukup kuat daya ingatan dalam mengingati nama orang walaupun baru terjumpa sebanyak satu kali di tepi kali lima jalan (terserempak).

Mengingati nama mad’u-mad’u mempunyai kelebihan yang banyak kerana daie telah sekurang-kurangnya menarik perhatian dan kepercayaan mad’u. Mad’u pasti akan terasa dihargai kerana orang yang tidak mempunyai hubungan yang kukuh, berjumpa hanya sekali tetapi mampu mengingati nama mereka. Apatah lagi sekiranya nama penuh diingati, berserta maklumat tempat asal, pekerjaan dan sebagainya. It shows that we value them as we remember all of his/her details…kind of they are significant to us.
 
 3. Kena pandai mencari peluang untuk mendekati manusia melalui pelbagai cara di mana-mana sahaja.
Sheikh Abbas menceritakan pengalamannya semasa ingin memberikan pengisian di markas Ikhwanul Muslimin di pinggiran kota Iskandariah. Sebaik turun dari bas, beliau melihat beberapa orang pemuda turut turun bersama beliau. Lalu, beliau meminta pertolongan pemuda2 tersebut untuk menghantarnya ke markas tersebut yang terletak 1km jauhnya walaupun sebenarnya beliau sendiri tahu cara utk ke sana. Jadi, sepanjang perjalanan itu, beliau berbicara ttg dakwah islami dan turut mempromosikan aktiviti yang bakal dibuat di markas IM itu. Sebaik tiba di tempat tujuan, bbrp orang pemuda turut bersama beliau untuk mengikuti aktiviti. 

Jadi, kita perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mendekati lebih ramai orang dan menyebarkan fikrah Islami kita.

 (Kesimpulan awal, setiap umat Islam perlu ada kemahuan dan usaha untuk menyebarkan dakwah islamiyyah. Bila adanya kemahuan dan usaha, maka jalan untuk menuju ke arah penyampaian dakwah akan lebih mudah dan terbuka.

 Bagi saya, buku ini amat menarik kerana Sheikh Abbas tidak melambakkan teori semata-mata tapi disertakan dengan cerita-cerita pengalaman beliau yang ringan.)

 

p/s Penulis memohon maaf atas percampuran bahasa yang terdapat dalam artikel ini. Ini merupakan artikel lama yang ditulis untuk simpanan peribadi, jadi penyusunan bahasa tidak dititikberatkan sangat ketika ini. Insyaallah sebarang penulisan baru tidak akan mengulangi kesilapan ini. Wallahua’lam

Related post(s):
  • Peliharakan Hak Allah untuk beroleh Perlindungannya
    Ketika berlaku pencerobohan di Kota Iskandariah, ada seorang wanita cantik dan kaya, yang tinggal di rumahnya bersama para pembantunya. Ketika itu, tentera orang putih...

  • Comments (5)

    the approach taken by syeikh abbas is so cute..wanna try do it to the locals..”R u from Botswana?”eventhough,its obvious their from ireland..just to break the ice..:)
    i wonder how would it be if we do the same thing in LRT or bus in malaysia,suddenly pop our Quran out and ask people next to us to listen and assess our hafazan…it’ll be awkward i presume..but we can try anyway.. get ready with the “looks” given..

    mahadewi, sy terpikir gak camne lah kalau hafaz kt strangers in LRT…msti sume org pndang pelik dan pastu sume diam sbb nk dgr kita recite..hahaha… tp seriously, approach sheikh abbas sgt mnarik… comel jer…jom try! skali-skala sronok gak kalau bole buat benda2 yg org anggap pelik …

    ni buku yang sama dengan buku ”bagaimana menyentuh hati” kn?

    arituh ada seorang lelaki betanya kepada sy ” Are You from India “??? (ini bukanlah pengalaman pertama)..mungkin dia mahu berdakwah juger..hehehe…Teknik2 dakwah yg sgt ringan tetapi menarik dan berkesan..jzkk atas perkongsian

    @JB,

    ye, Bagaimana Menyentuh Hati adalah buku yang sama.. At-Thariq ilal Qulub nama Arabnya.

    Post a comment

    youtube AJataphijau
    Ataphijau Facebook Group