Posted by Nur Islam | Posted in Motivasi | Posted on 17-03-2010

Kenapa Aku Diuji ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “ – Surah Al-Baqarah ayat 286
Rasa Frust ?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “ – Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45
Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. – Surah At-Taubah ayat 111
Kepada Siapa Aku Berharap ?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “ – Surah At-Taubah ayat 129
Aku Tak Tahan !
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – Surah Yusuf ayat 87
Bukankah alQuran itu sesuai di semua zaman dan tempat, dalam apa jua keadaan?
Dalam kita melangkah, terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
dan renungilah dalam diri kerana;
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA
mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita.
Hidup ini ibarat mimpi.
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukunIman.
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri.
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA.
Jangan lupa, pada nafas sekalipun,tersembunyi rahsia dan janjiNYA.
Percayalah!andai ujian ni sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku,aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yg lemah yg sentiasa alpa dan berdosa kpd-MU.
*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, Kehidupan Sebagai Ujian* Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...
Tribute to Mas Afzal Masarudin There is a boy who wishes to accomplish many things in his life. He worked his socks off in school,...
*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, O – Optimism* Kopi ‘O’ Kopi ‘O’ itu hitam dan pekat. Gelap...
*Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, H – Have Faith* “Without faith a man can do nothing; with...




Best!!!Allah bagi jawapan pada setiap keluhan dan persoalan kita..Kalau mcm dalam video HOPE smlm psal nicki smthg tu, kita kena ingat, seberat mana pun kita rasa ujian kita tu ada lagi org yg lagi kurang bernasib baik..
-Bersyukurlah bila diuji..sebab tu tandanya Allah sayang kat kita..- =)
nick vujicic,kuntum..
betul tu,sgt beza kita ni kalau nak dibandingkan dengan nick..
teringat dekat quotes beliau: life without limbs or life without limits~~tercetus untuk berfikir di situ..
paling terkesan bila dia kata..’I see difficulties as a Gift’.Ouch, luka dalam masa tuh..
Nway, Tahniah pada team Modul TC.. sangat mantap utk pengisian H.O.P.E ini!!