Atap Hijau Rss

Air Mata Junjungan

6

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Tazkirah | Posted on 14-03-2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wrt wbt

Umat-umat nabi Muhammad yang  dicintai dan dikasihi

Mari kita bayangkan kita berada dalam zaman 1400 tahun dahulu

Kita bayangkan satu suasana di tengah kehidupan,di tengah padang pasir yang tandus dan panas

Kita rasakan dengan sepenuh hati dan jiwa kita

Agar kita menyedari betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad

Bayangkan nabi Muhammad sedang berkumpul dengan sahabat di Masjid Nabawi

Nabi Muhammad  bertanya , “Duhai sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia di hadapan Allah selain darimu?”

Sahabat menjawab,”Para malaikat ya Rasulullah”

“Mereka mulia di depan Allah kerana mereka adalah pesuruh-pesuruh Allah.

“Ada manusia yang juga mulia berbanding dirimu di depan Allah”, kata Rasululullah.

“Siapa dia ya Rasulullah? Katakan kepada kami ya Rasulullah? Siapa manusia itu ya Rasulullah?”, tanya sahabat.

“Duhai sahabatku, manusia-manusia yg mulia seperti dirimu di depan Allah adalah ummat-ummatku yang hidup setelah aku wafat, mereka tak pernah berjumpa denganku, mereka tak pernah mendengar suaraku , mereka tak pernah lihat wajahku, tetapi mereka percaya dengan apa yang aku ajarkan, mereka meyakini ajaranku,dan mereka rindukan aku dan mencintaiku.”

“Mereka orang yang mulia di depan Allah”, kata Rasulullah.

Bayangkan dan renungkan , bayangkan  kemuliaan dirimu di depan Allah

Bayangkan agar kau mampu rasakan cinta Rasulullah kepada dirimu

Agar kita mampu menghayati cinta nabi Muhammad kepada kita

Duhai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Sekarang bayangkan dirimu, bayangkan engkau berada pada suatu masa pada saat-saat akhir kehidupan baginda

Selepas nabi Muhammad melaksanakan haji wida’, nabi Muhammad jatuh sakit, bertambah hari sakitnya semakin tenat, tubuhnya semakin lemah

Fatimah dengar pintu diketuk, beliau berjalan membuka pintu, dan berjumpa dengan lelaki yg tidak pernah dilihat.

“Untuk apa engkau datang sini?”

“Aku datang sini untuk berjumpa ayahmu”, jawab lelaki itu.

“Ayahku sedang sakit, beliau tidak dapat jumpa kamu, kembalilah di lain masa”, kata Fatimah.

Fatimah menuutup pintu rumahnya dan tinggalkan lelaki itu.

nabi Muhammad  bertanya,” Fatimah siapa tu?”

“Aku tidak kenalnya ayah, baru kali ni aku tatap wajahnya.”

“Duhai puteriku, ketahuilah bahawa dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang pisahkan kehidupan dunia, dialah malaikat maut”, kata Rasulullah.

Meledak tangisan Fatimah mendengar penjelasan nabi Muhammad .

Malaikat maut semakin mendekati nabi Muhammad,di mana Jibril?

“Kenapa Jibril tidak datang bersama? “ Tanya Rasululllah.

Jibril menunggu nabi Muhammad di pintu langit.

“Wahai Jibril, apa hakku di depan Allah kelak?..

“Jangan engkau  bimbang duhai kekasih Allah, pintu langit terbuka untukmu, malaikat tengah menunggumu, pintu syurga terbuka lebar untuk mu”, jawab Jibril.

Te tapi masih terlihat kecemasan di wajah nabi Muhammad  ,

“Wahai Jibril, macam mana nasib umat ku nanti?”, Tanya Rasulullah

“Duhai kekasih Allah, jangan bimbang, aku mendengar Allah berfirman, Aku haramkan syurga untuk sesiapapun sebelum umat nabi Muhammad memasukinya.”

Kemudian saat wafat nabi Muhammad semakin dekat, malaikat maut telah bersedia untuk mencabut roh, nabi Muhammad  bersimbah peluh, Fatimah memejamkan mata, Jibril memalingkan wajahnya.

“Duhai Jibril, jijikkah engakau melihatku Jibril sehingga engkau palingkan wajahmu?”

“Duhai kekasih Allah, siapa yang mampu menanggung? Siapa yang mampu melihat kekasih Allah dijemput ajal?”,  jawab Jibril.

Tubuh nabi Muhammad bergetar, wajahnya begitu pucat, bibirnya biru.

Nabi Muhammad  berkata , “Ya Allah, berat sungguh sakit sakaratul maut ini Ya Allah, mohon Engkau timpakan semuanya kepada ku, tolong  jangan Engkau timpakan kepada ummatku Ya Allah.”

Nabi Muhammad menggerakkan bibir, seakan-akan nabi Muhammad ingin mengatakan sesuatu, Aisyah mendekatkan ke arah bibir banginda, nabi Muhammad berbisik ummati3x

“Bagaimana nasib umatku, lailahaillaah.”

kemudian nabi Muhammad merapatkan bibir menghembuskan nafas terakhir, inallillahiwainnailaihirajiun…..

Nabi Muhammad wafat kembali kepada Allah

Dan sedarkah kita.. sedarkah kita..  di akhir hayat nabi Muhammad, nabi Muhammad tidak memanggil nama isterinya, nabi Muhammad  tidak menyebut nama anak-anaknya, tapi di akhir hayat baginda memanggil nama kita…

Rasakah cinta nabi Muhammad kepada mu?

Rasakah kasih sayang nabi Muhammad kepada mu?

Dan mari kita tanya diri kita?

Sudahkah kita mencintai nabi Muhammad seperti nabi Muhammad mencintai diri kita?

Pernahkah kita berselawat sepenuh hati  dan jiwa kita?

Adakah cinta kita kepada nabi Muhammad ? Atau jangan-jangan selama ini hanya lisan dan bibir selawat, tapi hati kita tidak mencintai nabi Muhammad, hati kita tidak pernah gentar mengingat perjuangan nabi Muhammad

Maka renugkanlah, fikirkanlah

Renungkanlah

Agar kita mampu merasakan cinta nabi Muhammad, kasih sayang nabi Muhammad kepada kita

dipetik dari Halaqah TV9 “Air Mata Junjungan” 28 Februari 2010

Related post(s):
  • Aduhai Mesir : Gajah Depan Mata
    Aduhai Mesir : Gajah Depan Mata Kebangkitan kuasa rakyat yang inginkan perubahan sering mendapat perhatian masyarakat. Akhirnya, rakyat kembali menunjukkan kuasa mereka yang selayaknya....

  • Comments (6)

    jazakillahukhoiran jaza’ atas perkongsiannya..
    artikel ini mengingatkan saya betapa sedikitnya ingatan kepada Nabi saw..sedangkan pengorbanan baginda buat kita tidak kecil..

    suka sgt entry ni..sedih..betapa cintanya Rasulullah s.a.w. pada kita..kita ni kadang2 bila sibuk sangat lupa terus kat dia……=(

    sapelaa suka sgt tgk tv9 ni..hehehe..bagus2..

    hmmm menarik cerita ni..tapi satu persoalan mengenai kesahihan cerita ini..saya belek arraheequl makhtum,takder cerita tentang datangnya malaikat maut dan jibril..mungkin boleh cek balik..

    apa kata akh bazli tolong cek mana sumber kisah tu. pastu boleh kongsi dengan kami pembaca2 ataphijau ni insyaAllah…

    saya sudah semak dalam raheequl makhtum yang mana ceritanya sama seperti apa yang dalam tazkirah ustaz hasrizal
    http://www.youtube.com/watch?v=wo8vTcTMKVk
    tak pasti la kalau ada sumber lain untuk cerita diatas..
    waallahua’alam.

    Jazakillahukhairan jaza’ kepada Bazli atas teguran..
    Yes, bila check raheequl makhtum memang takde pun kisah mengenai kedatangan Jibril dan Izrael sewaktu kewafatan baginda.. Cerita ni saya dah dengar dan baca banyak kali, tapi tak dapat dipastikan sumber kesahihannya.. Maknanya, belum tentu cerita yang dah dengar banyak kali tu benar..
    Minta maaf atas segala kekeliruan

    Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau