Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak | Posted on 25-02-2010

Agak-agaknya siapa ye Muhammad bin Idris ini? Mungkin ada yang mengenali, atau mungkin pernah terdengar nama ini. Mungkin juga ada yang pernah menghafalnya ketika SPM. Agak menyedihkan jika ada yang tak pernah langsung dengar nama ini.
Adakah kita lebih mengenali artis-artis terkenal dan pemain bola sepak international, tetapi tidak berusaha untuk mengenali ulama-ulama yang sangat berjasa dalam Islam? Adakah kita lebih mengagung-agungkan golongan yang mungkin jauh terpesong daripada Islam berbanding tokoh-tokoh Islam itu sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.
Muhammad bin Idris bin Al-abbas merupakan Imam Syafie yang kita kenali sejak di bangku sekolah lagi. Dilahirkan di Gaza, 150H, beliau meninggal pada usia 54 tahun. Beliau kematian ayah ketika dilahirkan dan menjalani hidup yang susah bersama ibu beliau. Pada usia 7 tahun, beliau Berjaya menghafaz al-Quran dan ketika 10 tahun,beliau menghafal kitab al-Muwattoq, karya Imam Malik. Beliau hanyalah manusia biasa yang mendapat tarbiah yang sempurna.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Melainkan mewariskan ilmu. Oleh itu, sesiapa yang mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang besar.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tarmidzi, Al-hakim, Al-Baihaqi)
Kekuatan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT dan kecintaan beliau kepada ilmu penulisan membuatkan beliau cenderung untuk menjadi ahli syair. Beliau dibawa oleh ibunya ke Makkah untuk menimba ilmu. Pada suatu hari,beliau telah ditegur oleh gurunya supaya berkecimpung dalam bidang fekah agar dapat menyumbang kepada agama. Beliau yang bersungguh-sungguh mengejar ilmu, sanggup ke Madinah untuk belajar dengan Imam Malik dan seterusnya ke Yaman dan Baghdad.
Jom kita kenali peribadi ikon kita ini…
Beliau tidak pernah meninggalkan solat malam dan mampu mengkhatam al- Quran 30 kali dalam sebulan. Cuba bandingkan dengan diri sendiri. Jika apa yang kita ajar, tidak pernah sampai ke hati orang lain,adakah mungkin kerana kita kurang solat malam atau membaca al-Quran? Wallahu’alam…. Beliau turut membahagi malam kepada 3 bahagian iaitu menulis/menimba ilmu, beribadah, berehat. Kita sebagai pelajar,mungkin boleh menghabiskan 8jam untuk belajar dan 8 jam untuk berehat, tapi adakah kita mampu beribadah selama 8jam? Mungkin 8jam tersebut dihabiskan untuk bergosip, main game atau tengok movie yang tak berfaedah? , Renung-renungkanlah.
Kebiijaksanaan Imam Syafie bukanlah hanya bergantung kepada genetik dan persekitaran, malah beliau turut memperoleh kebijaksanaan dengan menjaga pemakanan yang halal sahaja. Beliau selalu lapar selama 16 tahun, dan hanya sekali sahaja beliau kenyang. Dan pada ketika itu,apabila beliau dapati ada unsur syubhah,beliau muntahkan semula. Cukup indahkan peribadi beliau? Antara manfaat bersederhana dalam pemakanan adalah badan menjadi ringan untuk beribadah, hati menjadi lembut,memiliki ingatan yang kuat,kekuatan untuk beribadah meningkat, dan apabila bersederhana dalam makan, tidur juga akan berkurang.
Jom berusaha jadi seperti Imam Syafie dan tokoh-tokoh Islam lain!
Dipetik daripada rancangan Halaqah (TV9) 17 Januari 2010 .
Related post(s):(159. And by the mercy of Allah, you dealt with them gently. And had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away...





Nasib baik ingat lagi tajuk ni masa belajar Pendidikan Islam di sekolah dulu. Bila nampak saja nama Muhammad bin Idris, terus teringat Imam Syafie. Terima kasih.