Atap Hijau Rss

Bulan Cinta

1

Posted by Dimana Janji Manismu | Posted in Akhlak, Cerpen | Posted on 14-02-2010

Bulan Cinta…

“Bai  dah februari da ni,bagi aku idea sket nak kasi ape kat aweks aku ni. Kalu buleh kasi yang romantic giler”, tanya Yusri(bukan nama sebenar) kepada Izat(pun bukan nama sebenar)

“aku pun x tau doo. Aku baru nak try adjust si Melor belakang rumah tu. Kasi bunga ok x?” tanya Izat pula

“Ko ni mmg Mat Bunga aarr Zat. Gadis-gadis zaman sekarang kau kena pandai ambil hati, ayat kena power,” terang Yusri yang cukup berpengalaman dalam bidang ini.

“Astaghfirullah sahabat-sahabat. Apa benda la yang kamu berdua bincangkan tadi. Tak perlu lah kalian membuang duit dan masa mengikut budaya barat. Lebih baik kalian gunakan duit dan masa kamu itu tadi dengan berbakti kepada mak ayah. Kalau dah tak tahan sangat, mintak sahaja nak kahwin. Senang cerita,” sampuk abang Nazmie yang cukup terkenal sebagai pemimpin pelajar di situ

Dalam banyak bulan dalam setahun, Februari merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh ramai pemuda-pemudi diluar sana. Mengapa? Haa.. inilah bulan CINTA yang diraikan pasangan kekasih dengan penuh kemeriahan tanpa mengetahui asal-usulnya…

Sesungguhnya, belum ada kesepakatan di antara para sejarawan tentang apa yang sebenarnya terjadi yang kemudian diperingati sebagai hari Valentine. Ada banyak versi tentang asal dari perayaan Hari Valentine ini. Yang paling popular memang kisah dari Saint Valentinus yang diyakini hidup pada masa Kaisar Claudius II yang kemudian menemui ajal pada tanggal 14 Februari 269 M. Namun ini pun ada beberapa versi. Yang jelas dan tidak memiliki silang pendapat adalah kalau kita menelusuri lebih jauh lagi ke dalam tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi Kuno, sesuatu yang dipenuhi dengan legenda, mitos, dan penyembahan berhala.Menurut pandangan tradisi Roma Kuno, pertengahan bulan Februari memang sudah dikenal sebagai periode cinta dan kesuburan.

Seperti perayaan-perayaan bukan Islam lain seperti Hari Krismas dan Hallowen, bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Ini bukan di eropah saja, malah di tanah air kesayangan kita pun sama sahaja. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi, sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai “anti sosial” atau apa-apa label yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga yang sudah “out of season” sedang menanti apakah kejutan yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang 14- Februari akan datang. Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang menarik, “terbaek dari lading”

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas. Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak. Seharusnya kita menyambut hari kekasih ini setiap hari.

Walau apa pun, ingatlah selemah-lemah iman adalah orang yang menegur dengan hati jika tidak mampu mencegah dengan lidah dan tangan. Wallahua’alam

Related post(s):
  • Cinta Sang Bulan
    There’s a quote from Yasmin Ahmad’s Talentime that I love the most. It sounds like this ‘ If the Moon can linger in the...
  • Tahajjud Cinta : L.O.V.E
    OMBAK CINTA TERAGUNG AKAN MENGALUNKAN HATI ANDA DENGAN GETARAN CINTA YANG KUDUS DAN SUCI MEMBUAI HATI MENUSUK SUKMA MENDAMBA KASIH PADA ILAHI NANTIKAN FEBRUARI...
  • Tahajjud Cinta
    AtapHijau.com membawakan kepada anda ” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau “ sebuah program Qiyamullail membina Iman Tarikh : 11 December 2009 (Jumaat) Masa : 10.00 malam Tempat...
  • Tahajjud Cinta Bersama Atap Hijau
    AtapHijau.com membawakan kepada anda ” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau “ sebuah program Qiyamullail membina Iman Tarikh : 23 October 2009 (Jumaat) Masa : 10.00...
  • Cinta…Tidak Harus Memiliki
    Kisah 1: Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya… Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. ...

  • Comments (1)

    sy stuju!.. sgt beruntung bg org yg faham ttg Vday ni. actually,rmai je org yg tahu ttg pengharaman sambutan Vday ni,tp diorg still celebrate dan buat2 x fhm… lg menyedihkan bila org itu adalah kenalan kita sniri…

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20100213021305/Article/

    mcm2 lh kes jd msa Vday nih.. smlm, agak tekejut bila tgk buletin utama ttg ops tangkap basah di hotel2.. sedih sgt bila ada gamba perempuan bertudung… malu pn ye..huh.. dan lg ‘tachycardia’ bila trdgr berita mayat bayi yg dibakar dlm tong.. xtaw lh ape nk jd skrg ni…even mak kucing pn pandai jga ank die… manusia lak,nk bakar2 ank sniri…
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100213221922/Article/

    Post a comment

    D.I.A