Atap Hijau Rss

Analisis Perang Badar

1

Posted by Fares Audah | Posted in Miscellaneous, Sejarah | Posted on 10-02-2010

perang-badar

“Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.” (Ali-Imran:132)

Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan 2 hijrah di Lembah Badar merupakan peperangan pertama yang dihadapi oleh umat Islam setelah berhijrah ke Madinah. Peperangan ini merupakan indikasi yang besar terhadap perjuangan umat islam dalam menyebar luaskan lagi agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN

1. Pengusiran umat islam dari kota Mekah dan rampasan harta benda.

Pengumuman perang telah dicanangkan oleh orang musyrikin sejak Baginda menyeru masyarakat Arab di Mekah untuk menyembah Allah. Mereka juga menghalalkan dan merampas harta benda milik orang Islam di Kota Mekah, khususnya terhadap orang Muhajirin

2. Memberi pengajaran kepada orang kafir Quraisy dan mengembalikan harta benda milik umat islam.

Baginda menghebahkan berita bahawa angkatan dagang Quraisy membawa bersama harta benda mereka

3. Penindasan kaum Quraisy terhadap umat islam hingga ke Kota Madinah

Penindasan yang dilakukan oleh orang Quraisy terhadap umat islam tidak hanya ketika mereka berada di Mekah. Dibawah pimpinan Kurz b. Habab Al-Fihri, mereka menghasut kaum Musyrikin lainnya untuk menyerang dan merampas balik harta benda milik umat Islam di kota Madinah

4. Kebimbangan orang Quraisy terhadap kekuatan ekonomi umat islam

Islam telah berkembang dan tersebar luas dan diterima baik oleh kebanyakan kabilah Arab setelah umat Islam berhijrah ke Madinah. Selain itu, keadaan ekonomi Madinah menjadi semakin kuat dan semakin kukuh. Kekuatan ekonomi umat Islam di Madinah menjadi satu tamparan besar buat orang Arab Quraisy di Mekah. Mereka tidak senang duduk dengan perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada masyarakat Islam ketika itu.

TENTERA MUSLIM

Bilangan tentera dan peralatan perang bagi kedua-dua pihak ini adalah tidak seimbang . Namun pihak yang mempunyai jumlah tentera yang sedikit serta peralatan perang yang biasa telah memenangi peperangan ini. Berdasarkan cirri-ciri tersebut, kita dapat lihat bahawa kemengan umat Islam adalah bukan kerana kecanggihan alat perang atau ramainya bilangan tentera yang berjuang. Namun, kepimpinan yang mantap, ciri-ciri peribadi yang hebat, kerjasama yang utuh, hasil kesabaran mereka serta bantuan daripada Allah telah membawa umat Islam untuk melakar kejayaan dan kegemilangan dalam Perang Badar ini.

1. Ciri-ciri peribadi

Menunjukkan sikap yang sangat positif dan rasa kebersamaaan yang tinggi. Contohnya: Miqdad b Amru berkata : “Ya Rasulullah, teruskan apa yang Allah perlihatkan kepadamudan kami akan bersamamu. Pergilah engkau dan tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami akan bersama kamu sebagai para pejuang

Percaya dan beriman dengan sepenuhnya terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah Contohnya:  Sa’ad b Mu’adh berkata: “kami mempersaksikan bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian kami kepadamu untuk dengar dan patuh”

Rasa tawakal yang tinggi terhadap Allah

2. Kerjasama

Sentiasa patuh dengan arahan Rasulullah sebagai ketua dan sentiasa bersatu dalam membuat keputusan walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang

3. Bantuan Allah

Allah telah menghantar tentera malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Ibn Ishak menyebut bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya; “ Terimalah berita gembira hai Abu Bakar, bantuan Allah telah sampai kepadamu. Inilah JIbrail yang telah memegang tali kekangan kuda lalu memacunyanya di atas denai yang berdebu.”

STRATEGI MUSLIMIN

1. Menjalankan operasi perisikan

Sebelum perang berlaku, Rasulullah menjalankan operasi perisikan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Kota Mekah untuk mengetahui perancangan tentera Qurasiy pada ketika itu.

2. Mendahului ke lokasi paling strategik

Sumber air memainkan peranan penting terutamanya dalam sesuatu peperangan yang berlaku ditengah-tengah padang pasir. Oleh itu, Rasulullah bergerak bersama dengan tenternya lebih awal supaya mereka sampai terlebih dahulu ke mata air Badar sebelum orang Musyrikin sampai.

3. Membina tempat duduk pemimpin

Sa’ad b Mu’adh mencadangkan kepada Rasulullah supaya tentera islam islam membina sebuah tempat tetap bagi Baginda mengeluarkan arahan demi menghadapi suasana yang tidak dijangka.

4. Menyusun pasukan tentera

Sesungguhnya banyak ibrah yang boleh dijadikan iktibar melalu kisah perang Badar ini. Pemilihan ketua yang berdedikasi serta berwibawa amatlah penting kerana dengan adanya pemimpin yang berkaliber lah sesuatu organisasi  atau misi boleh dicapai.

Selain itu juga, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam merancang strategi juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini terutamanya ketika kita berhadapan dengan musuh yang sudah sememangnya mempunyai perancangan yang tersusun rapi. Saidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”. Melalui hadis tersebut bolehlah disimpulkan bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun sangatlah penting sekiranya kita menginginkan kejayaan. Tetapi harus diingatkan bahawa sebaik mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esa kerana sesungguhnya Allah adalah sabaik-baik perancang.

Di samping itu juga, antara pengajaran yang boleh dikutip melalu peristiwa ini ialah keimanan serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Kita juga hendaklah sentiasa yakin dengan bantuan dan janji-janji yang telah disebutkan oleh Allah. Jangan sekali-kali meragui janji Allah kerana sesunggunnya Allah tidak akan pernah mengingkari janjiNya. Justeru, sebagai orang islam yang beriman kepada Allah, kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kepda Allah kerana segala perkara yang berlaku kepada diri kita mahupun orang lain telah ditakdirkan oleh Allah. Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan ujian Allah yang diturunkan kepada hambanya yang beriman.  Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Renunugilah kisah peperangan Badar ini kerana setiap yang berlaku itu bukanlah sia-sia dan semestinya banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, sama ada dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Wallahua’lam.

Rujukan: SOLUSI ( Analisis Perang Badar 313)

No related posts.

Comments (1)

[...] Analisis Perang Badar [...]

Post a comment

youtube AJataphijau
Ataphijau Facebook Group