Posted by Saladin Safi | Posted in Miscellaneous, Politik | Posted on 29-01-2010

SEKULARISME DAN PEMUSNAHAN IDENTITI KAUM MUSLIMIN
Firman Allah S.W.T.:
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.”(Maksud Surah al- Baqarah (2):208).
Meskipun sekularisme menutup jati dirinya dengan hiasan kemajuan dan peradaban serta perkembangan, walaupun pelaku-pelakunya merupakan orang yang berilmu dan memiliki kebangkitan serta pembaharuan, namun sesungguhnya orang yang meneliti hakikat sekularisme dan golongan yang memperjuangkannya akan mengetahui hakikat pohon yang tercemar ini yang diimport dari luar, yang mengandungi racun yang akan mematikan Islam serta kaum Muslimin. Namun realiti menunjukkan bahawa tujuan sekularisme ialah memisahkan agama daripada kehidupan dan menghilangkan identiti keIslaman daripada kaum Muslimin, agar mereka mahu tunduk di bawah pengaruh penjajah-penjajah.
Pengertian sekularisme yang sebenar ialah seruan untuk menjalani kehidupan tanpa agama. Pemikiran yang menetapkan bahawa moral dan pengajaran tidak lagi berlandaskan asas-asas agama. Ini merupakan gerakan sosial yang bertujuan untuk mengalihkan manusia daripada perhatian terhadap akhirat agar memusatkan perhatiannya hanya kepada hal duniawi sahaja.
Sebahagian penyeleweng ini berusaha untuk mengaburkan dan membuat anggapan bahawa yang dimaksudkan dengan sekular ialah dorongan terhadap ilmu praktikal dan usaha memberikan perhatian besar kepadanya. Tanggapan ini telah tertolak kerana tidak wujud hubungan antara ilmu pengetahuan dengan sekularisme, sebagaimana hal ini telah dikaji oleh ‘ulama’ yang menelitinya. Perkembangan pemikiran secular ini berasal dari Negara-negara Eropah, iaitu di tengah-tengah pergolakan revolusi Perancis; apabila berlaku permusuhan antara orang yang taat beragama (Kristian) dan orang gereja dengan orang yang menyeru kepada kebangkitan Eropah. Dari situlah, sekularisme tersebar ke seluruh pelosok dunia dan juga dunia Islam.
Sekularisme terbahagi kepada dua gambaran:
Sekularisme ateis
Sekularisme ini mengingkari agama secara total, menolak adanya Allah dan juga memerangi serta berusaha menghapuskan orang yang menyeru kepada (agama) Allah.
Sekularisme yang bukan ateis
Sekularisme ini tidak mengingkari adanya Allah dan beriman kepada-Nya hanya secara teori sahaja. Namun sekularisme ini menolak gabungan agama dalam perkara-perkara dunia dan ia menyeru supaya agama dipisahkan daripada dunia. Dalam sekularisme seperti ini, wujud kekeliruan dan penyesatan terhadap masyarakat umum yang nyata.
Antara pemikiran yang diseru oleh penyeru-penyeru sekular jenis ini ialah:
Membangunkan kehidupan atas asas material dan menerapkan prinsip “kepentingan”yang bersandarkan prinsip “Al-Mikyafiliyyah”, iaitu prinsip yang menyeru bahawa tujuan dapat menghalalkan wasilah (cara), yakni untuk mencapai tujuan-tujuannya meskipun dengan jalan yang diharamkan (oleh agama) atau dengan cara memutarbelitkan perkara yang haram. Ini berlaku dalam urusan hukum, politik dan moral.
1) Menyebarkan kefahaman serba boleh, kekacauan, demoralisasi, menghancurkan kebahagiaan keluarga dan keluarga merupakan asas pembinaan masyarakat yang pertama.
2) Menyeru untuk membebaskan wanita daripada ikatan agama dan akhlak.
3) Menghidupkan kembali akidah dan pemikiran peradaban masa lalu.
4) Melatih generasi baru dengan latihan tanpa agama.
5) Melakukan aktiviti kemanusiaan dengan dasar ilmu mutlak dan di bawah pengendalian akal serta ujian.
6) Anggapan bahawa semua agama tidak selaras dengan kemajuan dan menganggap bahawa agama menyeru kepada kemunduran.
Golongan sekular memiliki sedemikian banyak cara untuk menyebarkan pemikiran mereka, antaranya:
1) Memberi fokus untuk melatih orang yang berpotensi dan yang memiliki kecerdasan di kawasan secular di barat.
2) Membincangkan banyak masalah khilafiyyah antara ‘ulama’ dan membesar-besarkannya.
3) Menyebarkan sekolah-sekolah, universiti-universiti, pusat-pusat budaya asing di negeri umat Islam.
4) Menyebut sifat-sifat masyarakat yang di dalamnya ada akidah dan akhlak serta adat yang mundur, serta tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah.
5) Memperdaya orang yang berjiwa lemah dengan harta dan jawatan untuk turut menegakkan pemikiran sekularisme.
‘Ulama’ telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang mempercayai apa juga bentuk sekularisme dan pemikirannya serta menerimanya, maka ia terkeluar daripada Islam. Ini disebabkan Islam merupakan agama universal dan sempurna serta tidak menerima pembahagian. Seperti firman Allah dalam Surah al- Baqarah (2):208 yang tertera di atas.
Apakah kita telah terjerat dengan arus sekularisme? Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dan petunjukNya. InsyaAllah.
No related posts.




jzkk kpd penulis..
Menurut Syeikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah penyelesaian; jawapan kepada pendakyah-pendakyah free thinker)
Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda2 tersendiri dalam matlamat mereka
1) memisahkan agama dari pendidikan,menjauhkan syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi atas dasar riba.
2)menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari segala ikatan dengan akhlak,aqidah dan keimanan pada Allah
3)memartabatkan ketuanan akal,kebendaan dan ilhad.menjadikan Islam hanya sbg agama rohani dan menolak agama sbg penentu dan pencorak perjalanan politik
Saidina Umar dalam 1 ucapannya.
“Akan terungkailah ikatan Islam satu persatu dari seorang yg lahir membesar dalam Islam, tetapi tidak kenal jahilitah”
~~Memperdaya orang yang berjiwa lemah dengan harta dan jawatan untuk turut menegakkan pemikiran sekularisme.
btul poin ni..terutamanya yang paling mudah kita nampak ialah melalui pemimpin2 yang xfaham Islam ni..yang mengambil jawatan kerana harta dan kesenangan duniawi..bila pegang jwtn dia xnampak amanah yg berat di sebalik jwtn tu tapi mata kelabu dgn duettt je..kerana perbuatan rasuah dan bobrok mereka itulah,habis politik pun terpalit sama…yang kotor bukan politik tapi org yg salah guna kuasa tu..hurm..