
Suatu pagi yang dingin setelah kuliah berakhir,pergilah 3 orang sahabat ke surau untuk menunaikan solat dhuha. Setibanya mereka di bilik kecil, masing-masing terus menunaikan solat sunat yang dikira banyak manfaatnya.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yangtelah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Riwayat Al-Tabrani)
Usai solat, mereka membuka bicara. Di dalam kerancakan mereka bercerita dan berbincang, terdengarlah kuakan pintu surau. Masing-masing mengangkat muka, mengagak mungkin pendatang baru adalah teman mereka. Namun, tanpa disangka-sangka, tekaan mereka meleset. Mana tidaknya, surau yang sudah menjadi tempat berkumpul pelajar-pelajar Malaysia itu tiba-tiba dimasuki oleh seorang perempuan berambut perang dengan memakai skirt. Semua terdiam. Surau yang tadinya gamat dengan suara mereka bertukar menjadi sunyi sepi.
Gerak geri perempuan itu diperhatikan dengan penuh minat dan rasa ingin tahu. Perempuan itu menghadapkan mukanya kepada tingkap dengan bible ditangan. Dibaca dengan penuh penghayatan. Sesudah itu, sejadah-sejadah yang tersusun rapi di atas rak ditarik satu per satu. Mereka kebingungan. “Apa perempuan ni nak buat??” detik hati masing-masing. Namun, pengamatan mereka diteruskan. Perempuan berbaju ungu itu menyusun sejadah lantas baring di atas sejadah yang dibentang seakan-akan gaya seseorang yang sedang bermeditasi.

Selama kejadian itu berlaku, ada pula beberapa orang lain yang memasuki surau itu. Apa lagi, suasana yang sepi tadi terus pecah dengan riuh gamat apabila mereka berjumpa dengan sahabat bertiga itu. Tetapi, apabila tersedar dan ternampak perempuan tadi sedang bersembahyang, cepat-cepat mereka memperlahankan suara. Namun mungkin kerana masih rasa tergangggu, perempuan muda itu tadi menegur mereka.
“Can you please keep quiet? I want to pray!”
Masing-masing terpempan. Dan tidak lama selepas itu, sekali lagi mereka dikejutkan dengan suara perempuan itu.
“Do you know that people won’t talk when other people is praying. You’re so inconsiderate. There’s only one prayer room in this building. So you’ve to consider that. I’m gonna make a complaint on this.”
Perempuan itu segera menyusun semula sejadah dan keluar daripada surau itu dengan perasaan marah. Tindakan perempuan itu menyebabkan mereka yang berada di dalam surau tidak puas hati kerana bagi mereka, tidaklah terlalu kuat suara mereka sehingga boleh mengganggu perempuan itu.
Tetapi dari perasaan tidak puas hati, akhirnya teguran perempuan itu jugalah yang telah menyedarkan mereka. Tindakan itu lah yang membuatkan mereka berfikir semula.
Apabila kita melakukan sesuatu perkara yang hingga menimbulkan kemarahan orang lain, contohnya bersembang atau membuat bising di dalam surau yang sepatutnya menjadi tempat ibadah, secara tidak lansung kita telah menonjolkan sikap dan akhlak kita yang tidak baik. Malah lebih teruk apabila imej yang kita tunjukkan itu adalah kepada orang bukan Islam.
Jadi, pengajaran daripada kisah tersebut adalah kita mestilah menghormati orang apabila mereka bersembahyang, tidak kiralah agama apa sekalipun yang dipraktikkan oleh orang tersebut. Dan yang paling penting, sudah tentulah ketika saudara seislam kita yang sedang mengerjakan solat. Suara atau kata-kata kita mungkin mengganggu mereka sehingga menyebabkan orang itu tidak khusyuk dalam solat. Mengikut hukum, mengganggu orang solat adalah haram. Khusyuk adalah sesuatu yang sangat penting. Justeru, amat penting untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat.
Firman Allah:

Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk. (Surah al-Baqarah : 238)
![]()
Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya. (Surah al-Mukminun : 1-2)
Ketika beribadat dalam rumah Allah, kita ditegah meninggikan atau mengeraskan suara dengan apa cara sekalipun yang boleh menganggu orang lain. Sedangkan bacaan al-quran secara kuat ditegah jika mengganggu orang lain, inikan pula berbual-bual kosong. Jadi berhati-hatilah agar kita tidak menyebabkan orang lain hilang fokus dan khusyuk di dalam solat.
Pernah diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata ” Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran ” ( Riwayat Abu Daud)
Jika dilihat kepada situasi seharian kita, contohnya di rumah, kita sudah biasa dengan sahabat kita dan kita tahu bahawa dia tidak ambil kisah pun sekiranya kita bising ketika dia sedang solat. Tetapi, pada hakikatnya, hal ini bukanlah terletak pada siapa orang itu tetapi tanggungjawab kita sendiri untuk menghormati orang lain.
Kesimpulannya, hormatilah orang lain sekiranya kita ingin dihormati.
Wallahua’lam…
Related post(s):“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.” Surah Al-Ma’un :4-5. Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat...
*Siri Penulisan WAR ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 4 : WAR, W – Watashi* …..Ayuh kita berfikir sejenak….. Sejauh manakah jihad yang...
KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Esok(18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah...




wah…mcm tahu je cerita nie..hehe
bgus la,dr perasaan xpuas hati tu,allah campak pula hikmah disebaliknya..hari itu kita diingatkan utk hormati org lain..
mmg btul,bila msuk surau tu,tetiba mcm lupa je ada orang tengah solat..excited bkn maen la kan b erbual,makan dan sebagainya..mungkin lain kali,kita kena kawal juga perasaan excited ni dan volume suara kita..
peringatan bt diri sendiri juga sbnarnya..
anyway,thanks for sharing!
owh ini kisah betul yerrr???huhuhu…menarik2..mari ambil teladan bersama2..orang2 Malaysia khususnya selalu ditegur kerana suka membuat bising didalam surau atau masjid…huhuhu..peringatan yang sangat baik..jzkk
kisah benar lg betul…huhu
smoga jd pengajaran buat smua..
stuju dgn yuie, kene kawal perasaan excited 2, tmbah2 lg skang ni ad mknn kt surau, lg la mnjdi2 bising..insyaAllah, kene berusaha mengawal diri..
tnjukkan akhlak sebenar kite sbgai muslim..
alhamdulillah
concern bising2 dalam surau ni mmg patut di highlightkan…
memang kita kadang2 excited jumpa kawan2
tapi kita kena ingat
ini tempat orang beribadat
kene hormati itu…
kalau nk bercakap phone..kuat2..sila buat di luar surau..timbulkan bi’ah solehah di dalam surau insyaALLAH…
assalamualikm wbt..
sungguh terujaku mmbacanya..
blh saya ambil pengajaran nih..
..masyaAllh..rahmatalloh hu lakum