Atap Hijau Rss

Tafsir Al-Quran : Jangan Bersedih

8

Posted by corniche | Posted in Al-Quran, Motivasi, Tafsir | Posted on 24-01-2010

ali imran139

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali Imran : Ayat 139

Asbabul Nuzul

Allah berfirman kepada hamba-hambaNya yang mu’min tatkala mereka mendapat musibah dalam perang Uhud dan gugur tujuh puluh orang di antara mereka sebagai syuhada’, bahawa hal yang serupa telah terjadi pada umat-umat yang sebelum mereka. Para pengikut nabi-nabi yang akhirnya mereka yang beruntung dan orang-orang kafirlah yang binasa. Kerananya Allah memerintahkan hamba-hambaNya mengadakan perjalanan untuk melihat dan menyaksikan bagaimana akibat yang dideritai oleh umat-umat yang mendustakan nabi-nabiNya.

Allah berfirman bahawa di dalam Al-Quran terdapat keterangan sejelas-jelasnya bagi umat manusia,juga mengenai umat-umat yang dahulu. Di samping itu, ia adalah petunjuk dan pencegah dari segala perbuatan dosa dan ma’siat.

Allah swt. melarang hamba-hambaNya janganlah menjadi lemah dan sedih hati kerana apa yang mereka derita dalam perang Uhud. Sebab kemenangan terakhir adalah bagi orang yang mu’min. Dan jika mereka telah mendapat luka-luka dan banyak yang gugur dalam perang Uhud, maka hal yang serupa telah dialami pula oleh musuh-musuh mereka dalam perang Badar. Dan memang demikianlah sunnah Allah yang menggilirkan kehancuran dan kejayaan di antara manusia.

Kaffarah dosa dan Peningkat darjat

Allah berfirman bahawa dengan penderita yang dialami dalam perang Uhud, Allah hendak membersihkan orang-orang yang beriman dari dosa-dosa mereka dan atau mengangkat darjat mereka sesuai dengan penderitaannya. Sedang orang-orang kafir akan dibinasakan, walaupun untuk sementara mereka memperolehi kemenangan.

Allah swt berfirman: Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu dicuba (uji) dengan berjihad di jalan Allah dan bersabar menghadapi musuh? Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214:

albaqarah214

Ertinya: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Dan ayat:

alankabut2

Ertinya: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”

Sumber: Tafsir Ibnu Kathir

La Tahzan

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita

Inilah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam gua tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar r.a di dalam kegusaran diburui musuh.

Innallaha ma’ana.

Allah itu ada bersama kita. InsyaAllah.

Wallahua’lam

Related post(s):
  • Tafsir Al-Quran : Membeli Syurga
    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh...
  • Tafsir Al-Quran : Islam Syumul
    “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu Surah...
  • Tafsir Al-Quran : Ketaatan
    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika...
  • 17 Ramadhan – Perang Badar atau Nuzul Quran?
    oleh Ustaz Abdul Kareem as-Saquofi- Imam Masjid Hidayatul Islam (terjemahan) Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut....
  • Why Do We Read Al-Quran?
    Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word??? This is a beautiful story. An old American Muslim lived...

  • Comments (8)

    Assalammualaikum wrt wbt..

    Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia

    ~ “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun.’” (Al Baqarah 2:156) ~

    …dan juga dgn hnya mengingati Allah, hati akn menjadi tenteram..

    ~ “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Al Ra’ad 13:28) ~

    …dan sentiasalah igt bahawa Allah x pernah menzalimi hamba-hambaNya…

    ~ ”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al Baqarah 2: 286) ~

    ayat ni mengingatkan kita utk merasa ‘izzah dgn ISLAM yg kita anuti dan amalkan sbg cara hidup ini:)
    i like~~~

    mau tanya latakhof wala tahzan innaLLaha maana ini ayat dari surah apaya? makasih atas info nya.

    “La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana” .. adakah ungkapan ini merupakan petikan ayat al-quran atau kata-kata daripada rasullulah

    syarif & lanangkota:

    afwan kerana lambat reply. ungkapan ‘la takhaf wa la tahzan’ itu adalah kata-kata Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam gua tsur, dan bukanlah petikan dari alquran. harap membantu. wallahua’lam

    Sedikit pembetulan…Ayat La Tahzan Innallahama’ana itu mmg merupakan kata-kata Rasulullah kepada Abu Bakar, namun, Allah telah merakamkannya di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubha ayat 40

    “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “LA TAHZAN, INNALLAHA MA’ANA” (Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita). Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Taubah : 40)

    Wallahu’alam

    owh..maaf atas kesilapan. jzkk for correcting nur islam :)

    Surah At- Taubah : Ayat 40

    La tahzan. Innallah ha ma’ana.

    Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya ALLAH ada bersama-sama kita.

    Post a comment

    D.I.A