Atap Hijau Rss

Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 4: Gurau?

6

Posted by corniche | Posted in Akhlak | Posted on 21-01-2010

Slide1

Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana yang muram menjadi ceria, yang sepi bertukar gamat. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.

Adapun, setiap perkara tentulah ada batasnya. Kata orang putih, ‘excess of anything is abnormal!’. Tidak kiralah kegembiraan, kesedihan, lawak jenaka, gurau senda atau apa sahaja, jikalau berlebihan tanpa batas, hidup boleh jadi huru hara!

Namun, Islam itu cukup cantik. Islam tidak pernah membiarkan umatNya terbiar tanpa panduan. Al-Qur’an dan As-Sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi rujukan kita. Dalam hal ini, Dr Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk bergurau senda.

1. Perkara yang hendak dicakapkan itu bukanlah satu yang bohong hanya semata-mata untuk supaya manusia ketawa.

Slide2
Nabi saw bersabda:

Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(HR Ahmad dan ad-Darimi)

Dalam berbicara, kita perlu beringat supaya tidak menokok tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar. Cuba lihat apakah kesan media apabila tokok tambah menjadi bahan utama dalam tulisan mereka. Berita yang tersebar menjadi sensasi. Tetapi berita yang tersebar itu kadang-kala boleh menjadi fitnah bagi orang-orang tertentu dan kesannya, hidup seseorang boleh menjadi hancur disebabkan fitnah. Maka, berhati-hatilah.

2. Tidak mengandungi penghinaan terhadap seseorang melainkan orang tersebut mengizinkannya.

Slide3

hujurat11

Firman Allah: “ Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. “ (al-Hujarat: 11)

Nabi saw bersabda:

Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (HR Muslim)

Ada masanya kita tak sedar yang perkara yang kita sangka hanya satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hati dia. Sebagai contoh,  apabila bekerja dalam kumpulan. Sahabat kita ditugaskan untuk menyediakan poster misalnya. Dan apabila hasil kerjanya tidak menepati citarasa kita, janganlah dengan mudahnya kita memperlekehkan dia. Sedangkan tanpa kita sedari, mungkin sahabat kita itu telah bersengkang mata berusaha untuk menyiapkan kerja itu. Sepatutnya jika ada kekurangan, tegurlah dengan cara yang baik. Gurau yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya silaturrahim, maka berhati-hatilah.

3. Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Slide4

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”

(HR Thabrani)

Nabi saw bersabda:

Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”

(HR Ahmad)

Gurauan yang tidak kena pada tempat juga adalah sangat ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk menakut-nakutkan saudara seIslam kita. Berpada-padalah dalam bergurau, kerana jika tidak memikirkan kesan, gurauan yang sepatutnya bertujuan hiburan boleh menjadi bala. Maka berhati-hatilah.

4. Jangan bergurau pada perkara yang perlu serius.

Slide5

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius:  Nikah, Cerai, Membebaskan hamba.”

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

annajm

Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm: 59 – 61)

Mempermainkan sesuatu yang serius juga adalah sangat ditegah. “Aku nikahkan kau dengan si fulan binti si polan,” kata seorang remaja kepada kawannya, sambil di’sah’kan oleh kawan-kawannya yang lain. Sedangkan perkara tersebut jika dilihat pada segi hukum, dikira sebagai betul-betul sah tidak kira samaada remaja tadi hanya bermain-main ataupun serius! Begitu juga dengan lafaz talak. Seharusnya perkara sebegini tidak boleh menjadi bahan gurauan kerana ianya melibatkan hukum agama. Maka berhati-hatilah.

5.  Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Slide6

Nabi saw bersabda:

Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”
(HR Ahmad dan Ibu Majah)

Kita juga seringkali diingatkan, yang mereka yang banyak ketawa di dunia akan menyesal dan menangis di akhirat, dan bagi mereka yang banyak menangis di dunia (kerana mengenangkan akhirat), hidupnya di akhirat nanti akan lebih bahagia.

dari Feqhul Lahwi wat Tarwih, Dr Yusuf Qardawi.

Iktibar kisah Rasulullah s.a.w

Ketika Rasulullah didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, “Apakah kelak saya boleh masuk syurga?”

Nabi pun menjawab, “Tidak akan ada orang tua di dalam syurga.”

Mendengar jawapan itu, terus nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali muda. Demikianlah cara Rasulullah s.a.w bergurau, mendidik dan pada masa yang sama begitu menghiburkan.

Wallahua’lam

Related post(s):
  • Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 2: Sabar
    “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153). Situasi satu: Marah Panas....
  • Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 1: Syukur
    Ada satu kisah ni pasal seorang budak yang tak reti bersyukur. Nama budak tu Ahmad. Sebelum exam, dia banyak main. Tak serius. Study tu ada...
  • Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 5: Husnu Dzon
    Kali ini, penulis memilih tajuk tentang sifat berprasangka untuk direnungi bersama. Kenapa prasangka? Kerana sifat ini adalah antara masalah terbesar yang penulis sendiri hadapi dalam...
  • Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 3 : Muhasabah
    Segala di dunia ini tak akan ada yang kekal. Harta benda, pangkat darjat, kecantikan… Semuanya sementara. Pernah dengarkah, yang kecantikan itu hanyalah senipis kulit? Kadang-kadang...

  • Comments (6)

    Peringatan yang baik..

    Berbohong dalam bergurau seolah-olah telah menjadi budaya kebanyakan drpd kita. Sepertinya kalau tak berbohong, lawak/gurauan itu takkan menjadi.

    Moga kita sama2 dapat mengambil peringatan dan berhati2. Wallahualam

    Jzkk..adab-adab bergurau yang selalu kita abaikan dalam kehidupan…saya sgt suka pada kartun-kartun comel itu..nampaknyer penulis-penulis ataphijau nih semakin kreatif…bukan sahaja boleh menulis, malah boleh melukis jugerr…hohoh..kudos2..good job..

    erk,mcm terkena kt diri sniri! sy setuju dgn penulis ttg berbohong ketika melawak. kdg2, scara tak sedar, kita berbohong kpd org lain dan kita anggap itu hanyalah lawak semata-mata. Lg membimbangkan jika kita x sedar pn bhw kita sdg berbohong (mungkin krn x sabar nk dgr org ketawa…astaghfirullah)
    first time dgr hadith ni, “Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.” huhu,x sanggup dgr Rasullullah sebut celaka pd diri ini…

    Pernah seorg sahabat share 1 hadith, “Tidak istiqomah iman hamba itu sehinggalah hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya”…bgaimana nk maintain iman & istiqomah, jika suka berbohong bila melawak?…renung-renungkan~

    Jazakillah kpd penulis…mmg ‘menusuk’ kalbu.. kna berazam utk berfikir sebelum berkata2/melawak…

    “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
    (HR Thabrani)

    Nabi saw bersabda:
    “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”(HR Ahmad)

    ya Allah ni mmg serius pernah buat….. astaghfirullah…

    haha..good ways of reminding people…
    good work..

    alhamdulillah…
    2 thumb up!!!
    jzkk
    gaya penulisan yg santai dan disertakan kartun-kartun yang cukup menarik!
    tahniah penulis dan warga atap hijau! =)

    Post a comment

    D.I.A