Atap Hijau Rss

Islam dan Asas Perbezaan

0

Posted by Saladin Safi | Posted in Perbincangan | Posted on 13-01-2010

Mosque.Qibla.01

ISLAM DAN ASAS PERBEZAAN

Firman Allah S.W.T.:

Capture

“Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.”(Maksud Surah al-Hujurat (49): 13).

Capture

“Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) –Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati.” (Maksud Surah al-Sajdah (32): 7-9)

Capture

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga.”(Maksud Surah al- A’raf (7): 27)

Capture

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.”(Maksud Surah al-Hujurat (49): 13).

Capture

Ädakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”(Maksud Surah al-Zumar (39): 7)

Masih terdapat sebahagian besar manusia yang membezakan antara satu jenis dengan jenis yang lain, satu warna dengan yang lain, membahagi-bahagikan manusia menjadi taraf yang tinggi dan rendah, antara pelayan dengan majikan, juga antara putih dengan yang gelap.

Tanpa ragu lagi bahawa ini merupakan sampah pemikiran jahiliyyah dahulu, yang dahulunya mereka berbangga dengan keturunan serta berpura-pura tidak mengetahui atau jahil akan asal hakikat manusia.

Islam datang sebagai rahmat bagi alam semesta dan manusia, Islam tidak membezakan antara putih dengan yang gelap, tidak membezakan antara Arab dengan bukan Arab. Bahkan Islam menjadikan seluruh manusia sama rata bagaikan gigi sikat, dan menjadikan nilai keutamaan seseorang berbanding dengan orang lain hanyalah ketaqwaan. Seperti firman Allah dalam Surah al-Hujurat (49): 13.

Berasaskan tujuan memantapkan dasar Islam yang agung ini, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Pastilah akan ada beberapa orang yang menyeru dengan kebanggaannya terhadap suatu kaum, sesungguhnya yang demikian ialah arang neraka jahannam, atau pasti akan menjadi lebih hina di sisi Allah daripada haiwan melata yang sangat busuk baunya.

Selain itu, ia juga dengan tujuan mengukuhkan ikatan keimanan dan kepentingan kedudukannya pada pandangan Islam berbanding dengan ikatan asal dan jenis. Nas-nas Islam menjelaskan prinsip-prinsip ini:

Pertama: Allah mencipta manusia seluruhnya sama daripada tanah, lalu meniupkan roh-Nya ke dalam manusia sebagai kemuliaan baginya. Seperti firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32): 7-9.

Bahkan Islam menjadikan manusia berkembang biak daripada seorang bapa dan ibu, iaitu Adam a.s. dan Hawwa’’, seperti firman Allah dalam Surah al- A’raf (7): 27

Kedua: Islam menjadikan ikatan persaudaraan sebagai satu-satunya jalan untuk melenyapkan kesombongan dan sikap fanatic terhadap kumpulan atau golongan. Islam juga menerangkan persaudaraan menjadi tiga peringkat :

  1. Persaudaraan nasab serta kekeluargaan dan ia meliputi orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan serta persaudaraan Islam. Islam memelihara perkara ini untuk mengeratkan lagi ikatan yang ada dan perasaan kasih sayang antara kaum kerabat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W., “Ketahuilah siapa yang lebih sesuai bagimu untuk menyambung silaturrahim denganmu, Sesungguhnya menghubungkan persaudaraan menambah kecintaan dalam keluarga dan menambah kekayaan harta serta menjadi teladan dalam jejaknya.” Islam menjadikan hubungan persaudaraan ini terus bersambung dan tidak terputus, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bukankah orang yang menyambung (silaturrahim) itu orang yang mencukupkan , namun orang yang menyambung (silaturrahim) ialah orang yang menyambung silaturrahim apabila terputus.”
  2. Persaudaraan Islam meliputi seluruh kaum Muslimin, dengan perbezaan warna kulit dan jenis yang ada antara mereka. Atas dasar persaudaraan ini, Islam meletakkan hak-hak kaum Muslimin, seperti menjawab salam, memenuhi undangan, mendoakan orang yang bersin, menziarahi orang yang sakit, menasihati, menghantar jenazah, tolong-menolong dan bantu-membantu dalam kebaikan serta ketaqwaan.
  3. Persaudaraan kemanusiaan dengan tidak melihat jenis, warna kulit dan agamanya. Ini kerana manusia pada pandangan Islam berasal daripada satu sumber dan satu rahim, iaitu daripada Adam dan Hawwa’. Seperti firman Allah dalam Surah al-Hujurat (49): 13.

Di samping persaudaraan yang tinggi ini, yang menyamakan seluruh manusia, terdapat nilai keutamaan seseorang berbanding dengan yang lainnya, dan wujud perasaan kasih serta benci. Akan tetapi, ia masih dalam batasan syariát dan ketaqwaan. Orang yang mempunyai keutamaan dan ilmu diutamakan daripada yang lainnya, seperti firman Allah dalam Surah al-Zumar (39): 7

Perasaan cinta dalam Islam dibatasi oleh perasaan kepada Allah dan kemurkaan, juga kerana Allah. Sesiapa yang melakukan perkara ini, maka telah sempurna keimanannya, sebagaimana Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang memberi kerana Allah dan menahan pemberian juga kerana Allah, mencintai dan membenci kerana Allah juga menikahkan kerana Allah maka sungguh telah sempurna keimanannya.”

Related post(s):
  • Konsep Atau Falsafah Islam Tentang Pendidikan
    KONSEP ATAU FALSAFAH ISLAM TENTANG PENDIDIKAN Firman Allah S.W.T.: “Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad)...

  • Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau