Atap Hijau Rss

Menghadirkan Roh

1

Posted by Saladin Safi | Posted in Akidah, Tazkiyatun nafs | Posted on 08-01-2010

Madina Haram at evening

MENGHADIRKAN ROH

Firman Allah S.W.T.:

Capture

“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” (Maksud Surah Ghafir (40): 46)

Capture

“Yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Maksud Surah al-Tahrim (66): 6)

Capture

“Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.” (Maksud Surah al- Anbiya’ (21): 27).

Capture

“Sesiapa yang ta’at, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api neraka Jahannam.” (Maksud Surah al- Jinn (72): 4-15).

Capture

“Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Maksud Surah al-A’raf (7): 27)

Isu menghadirkan roh tersebar luas di tengah-tengah wacana ilmiah dari semasa ke semasa yang diakui oleh orang yang mempopularkannya bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk menggerakkan sesuatu dan dapat mengetahui perkara ghaib, memberitahu masa hadapan seseorang dan juga dapat mengubati orang yang sakit. Fenomena ini telah banyak melalaikan manusia yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri penampilan menghadirkan roh ini.

Orang yang berfikiran seperti ini berpendapat dengan berbagai-bagai pemikiran, kadangkala mereka mengatakan bahawa roh yang hadir ialah roh orang yang sudah meninggal dunia. Kadangkala pula mereka menganggap bahawa itu merupakan roh malaikat-malaikat dan jin-jin yang memiliki hubungan dengan ilmu ghaib, serta yang lainnya daripada prasangka.

Pada hakikatnya, tidak perlu dibahaskan lagi bahawa semuanya merupakan kesesatan yang telah dibanteras oleh Islam dan Islam juga mengajak kaum Muslimin membebaskan diri daripada pegangan yang rosak dan daripada amalan yang salah ini.

Penjelasan untuk perkara ini:

Orang yang sudah meninggal dunia tidak mempunyai hubungan dengan pemikiran menghadirkan roh, kerana roh-roh mereka mungkin telah berada dalam nikmat pahala atau azab maksiat. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. pernah menceritakan keadaan kubur,

Terjemahan : “Sesungguhnya kuburan ialah salah satu taman daripada taman-taman        syurga atau salah satu liang daripadanya liang-liang neraka.”

Roh juga akan memperoleh balasan, sesuai dengan amalan pemiliknya. Seperti firman Allah dalam Surah Ghafir (40): 46.

Roh orang yang telah meninggal dunia tidak mungkin menjadi permainan bagi orang yang berkeyakinan dapat menghadirkan roh. Malaikat-malaikat merupakan makhluk bersifat cahaya, tidak bersifat padu, dan tidak dapat disentuh. Allah mencipta mereka untuk kewajipan yang telah ditentukan seperti menjaga manusia, menulis amalan manusia dan mencabut roh mereka. Seperti firman Allah dalam Surah al-Tahrim (66): 6 Tidak mungkin ada satu makhluk pun yang dapat membuat mereka berpaling daripada tugas-tugas mereka atau memanfaatkan mereka untuk menipu manusia dengan cara menghadirkan roh. Seperti firman Allah dalam Surah al-Anbiya’ (21): 27.

Sementara jin pula, mereka hidup dalam alam yang lain dan mereka juga seperti manusia mendapat beban hokum dengan ajaran Islam ini. Antara mereka ada yang beriman dan ada juga yang kafir. Seperti firman Allah dalam Surah al- Jinn (72): 4-15.

Jin kafir merupakan syaitan dan mreka merupakan keturunan iblis serta tenteranya, seperti firman Allah dalam Surah al-A’raf (7): 27 dan telah ditegaskan dalam Hadith yang mulia: “Tidak ada seorang pun daripada kalangan kalian melainkan telah dibebankan kepadanya qarin (yang senantiasa menyertai) nya daripada kalangan syaitan.

Sekiranya wujud hubungan antara menghadirkan arwah dengan alam lain, maka perkara itu tidak mungkin wujud kecuali dengan melalui syaitan yang telah melakukan maksiat kepada Allah dan telah berjanji akan menyesatkan serta memesongkan manusia. Perbuatan yang termasuk dalam kategori ini ialah semua amalan mistik, bomoh dan sihir.

Islam member amaran yang amat keras terhadap semua perbuatan ini. Rasulullah S.A.W.bersabda, “Sesiapa yang mendatangi orang yang mengaku mengetahui perkara ghaib atau bomoh lalu bertanya, kemudian membenarkan terhadap apa yang diucapkannya maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.”

No related posts.

Comments (1)

assalamualaikum

menjadi satu penyakit yang kronik di kalangan masyarakat kita yang masih mempercayai bomoh2, dukun2 dan ilmu2 ghaib ini. apa yang membimbangkan adalah idea ‘menghidupkan roh’ ini ditanam sejak dari awal kepada anak2 kecil. dengan kata lain, memomokkan mereka dengan gambaran2 hantu supaya mereka takut dan mendengar kata. hiburan atau filem2 sekarang pun banyak yang berunsurkan mistik yang bukan sahaja tidak berfaedah, malah boleh membawa kepada khurafat.

wallahua’lam

Post a comment

D.I.A