Atap Hijau Rss

Tafsir Al-Quran : Membeli Syurga

0

Posted by corniche | Posted in Tafsir | Posted on 07-01-2010

attaubah111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah terjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar

Surah At-Taubah : Ayat 111

Asbabul Nuzul

Allah memberitahu bahawa hamba-hambaNya yang mu’min yang telah mengorbankan jiwanya dan harta bendanya di jalan Allah, akan diberi tempat di syurga sebagai ganti.

Berkata al-Hassan al-Basri dan Qatadah sehubungan dengan ayat ini: “Allah telah membeli dari hamba-hambaNya dengan harga yang sangat mahal.”

Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ka’ab al-Quradhi, bahawa Abdullah bin Rawahan berkata kepada Rasulullah saw tatkala memberikan bai’atnya kepada beliau di Aqabah. “Syarat apakah yang engkau tuntut daripadaku untuk Tuhanmu dan dirimu sendiri?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Syaratku bagi Tuhanku, bahawa kamu menyembahNya dan tidak menyekutukan sesuatu kepadaNya, sedang bagi diriku, hendaklah kamu melindungiku sebagaimana melindungi dirimu dan hartamu”

Lalu bertanya para sahabat, “Imbalan (balasan) apa yang kami peroleh bila kami lakukan itu semua?”

“Syurga,” jawab Rasulullah SAW dengan singkat, yang disambut oleh para sahabat, “Jual beli yang menguntungkan, tidaklah kami batalkan atau minta dibatalkan.”

Kemudian diturunkanlah ayat 111 ini.

Janji Allah

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya,

“Allah menjamin bagi orang yang keluar untuk jalan Allah, dikeluarkan untuk tujuan berjihad di jalanNya dan mempercayai RasulNya, bila ia mati akan dimasukkan syurga atau dikembalikan ke rumahnya dengan memperoleh pahala dan ghanimah (harta rampasan perang)”.

Allah SWT berfirman, bahawa apa yang dijanjikan itu, adalah janji yang benar sepertimana yang telah disuratkan dalam Taurat yang diturunkan kepada Musa, Injil yang diturunkan kepada Isa dan al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Allah selanjutnya berfirman: “Siapakah yang akan menepati janjinya lebih daripada Allah. Maka hendaklah kamu bergembira dengan jual beli yang kamu lakukan dan yang merupakan keuntungan besar.”

Sumber: Ibnu Kathir

Related post(s):
  • Metodologi Da’wah Mengikut al Quran.
    Apa itu Dakwah? Berasal dari perkataan da’a yad’u bermaksud mengajak/menyeru. Dai’e adalah penyeru. Mad’u adalah orang yang diseru/sasaran dakwah. Apakah dalil menyuruh kita berdakwah? “Dan...

  • Post a comment

    Ataphijau Facebook Group
    youtube AJataphijau