Atap Hijau Rss

Ikhlas

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Miscellaneous, Tazkirah | Posted on 06-01-2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit perkongsian mengenai majlis ilmu yang pernah saya hadiri, majlis yang sangat singkat namun mesej yang disampaikan sangatlah besar maknanya dalam hidup saya.

Apa mesejnya?

Pengorbanan dan ikhlas kerana Allah Taala dalam melakukan sesuatu pekerjaan.  Sebagai seorang hamba Allah, tugas kita tidak lain hanyalah untuk beribadah kepadanya.  Skop ibadah kepada Allah sebenarnya sangat luas, bukanlah hanya tertakluk kepada ibadah wajib sahaja seperti solat, puasa, zakat, dan menunaikan haji.  Setiap perkara yang kita lakukan, jika niatnya didasarkan kerana Allah SWT, insyaAllah ia juga dikira sebagai ibadah.  Contohnya, jadi AJK Dapur PUISI 2009. 

Untuk menyediakan makanan bagi 150 orang peserta, memang bukan kerja yang mudah.  Dari sekecil-kecil tugas (potong sayur) kepada sebesar-besar tugas (masak nasi dan lauk), semua perkara ini adalah ibadah jika kita lakukan tugas ini ikhlas kerana Allah.  Pengalaman saya sendiri, pada hari pertama terlibat dengan program besar ini, ada juga terkeluar rungutan dari mulut saya, sudahnya apa yang saya dapat? Makin penat adalah.. Pahala belum tentu dapat sebab tak ikhlas bekerja.  Hari kedua saya mulakan dengan semangat baru, berjanji tidak mahu merungut lagi.  Alhamdulillah, kepuasan bekerja dapat saya kecapi dan yang penting, tak rasa penat pun walaupun seharian bekerja. 

Ada diceritakan seorang tukang kayu zaman Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga untuknya. Apa yang tukang kayu ni dah lakukan ye? Haa.. dia telah menyediakan mimbar untuk Rasulullah.  Walaupun kita nampak apa yang tukang kayu tu lakukan macam kurang signifikan, tapi disebabkan keikhlasannya untuk menghasilkan mimbar yang digunakan Rasulullah, perbuatannya tu sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.  Motifnya? Jangan rasa sedih atau kecewa kalau apa yang kita mampu lakukan itu mungkin tidak nampak hebat di mata manusia.  After all, what we’re looking for is blessings from Allah SWT, not from those people who only knows how to judge people but they did not try to help us to be better or at least try to improve themselves first. Yang penting, kita tanamkan keikhlasan bekerja kerana Allah SWT dalam diri kita. 

Satu lagi contoh mengenai pekerjaan yang nampak kurang signifikan tetapi besar maknanya di sisi Allah SWT adalah kisah burung pipit dan Nabi Ibrahim.  Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

pratincoleo-ltk

Mengejar syurga Allah itu adalah matlamat setiap insan yang bergelar hamba Allah.  Syurga itu bukan untuk orang yang lemah.  Cuba kita lihat sejenak, sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga.  Adakah mereka terdiri dari golongan yang lemah? Tidak bukan..  Kita seharusnya bercita-cita untuk menjadi hebat, walaupun kita rasa kemampuan kita terbatas, yang penting, apa yang kita lakukan mestilah hebat di pandangan Allah SWT.  Janganlah kita takut untuk melakukan sesuatu perkara kerana takut pada pandangan masyarakat sekeliling.

Firman Allah:

(iaitu) orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan tidak merasa takut kepada sesiapapun selain kepada Allah.  Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.

(Surah Al-Ahzab : 39)

Kalau kena marah atau ditegur kerana kesilapan kita, terimalah teguran itu dengan hati yang terbuka.  Hargailah niat ikhlas orang yang menegur kita untuk menjadikan kita lebih baik rather than menyimpan perasaan dendam kerana berasa malu dengan teguran tersebut. Hal ini kerana kita tidak akan dapat apa-apa kebaikan kalau kita masih degil dan tidak mahu menerima nasihat.  Contohnya, kalau itulah pertama kali kita masak nasi tanpa gunakan periuk nasi (baca: masak nasi atas dapur), memang bukan kerja yang mudah.  Nasi mungkin akan jadi mentah atau terlalu lembik.  Pernah saya dan sahabat ditegur kerana masak nasi mentah.  Pada mulanya saya dan sahabat kurang senang dengan teguran orang itu kerana cara tegurannya agak sinis, namun bila difikirkan kembali, apa yang penting kami tidak seharusnya menyimpan perasaan kurang senang tersebut, sebaiknya kami menerima tegurannya dan berusaha untuk masak nasi dengan lebih baik.

Kesimpulannya, marilah kita berusaha untuk menjadi ikhlas bekerja kerana Allah SWT dan marilah kita sama-sama berusaha menjadi perindu dan pengejar syurga Allah SWT yang sememangnya hanya untuk orang-orang yang hebat.

P/S: Kepada sesiapa yang pernah bekerja bersama saya, mohon sejuta kemaafan andai diri ini tidak dapat beri best shot sewaktu bekerja.  Jangan serik untuk bekerjasama di masa akan datang.

No related posts.

Comments (2)

assalamualaikum wbt.

mnarik! terkesan di hati… ;)
mmg ssh nk ikhlas dlm setiap perbuatan… sy prnh dgr org ibaratkan konsep ikhlas ni umpama semut hitam yg berjalan di ats batu hitam pd mlm yg sgt gelap.. hanya Allah SWT sj yg dpt ‘lihat’ dan measure thp keikhlasan hati kita…

p/s: {pesanan utk diri sndiri jgak} .. usah harapkn balasan & pujian org, dan usah sesekali bputus asa apabila dihina org…sesungguhnya hanya Allah yg dpt memberi balasan setimpal ke atas niat, perbuatan dan keikhlasan kita utk bekerja

no wories trick tracks!
u make a great working companion..
btw,thanx for sharing!

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau