
MANUSIA DAN TEORI MATERIALISTIK
Firman Allah S.W.T.:
![]()
“Kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi.” (Maksud Surah al-Mukminun (23): 37)
![]()
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Maksud Surah al-Isra’ (17):70).

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):30)..
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman. “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) –Nya dan Dia menjadikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.” (Maksud Surah al-Sajdah (62):6-9).
Peradaban Barat ketika ini membangunkan ideology materialistic yang jauh daripada kebahagiaan manusia. Dalam teori ini, manusia ialah makhluk yang tidak mempunyai hubungannya dengan Allah. Daripada tiada menjadi ada dengan sendirinya dan mati dengan sendirinya, maka tamatlah seluruh riwayat hidupnya.
Sebaik-baik keadaan manusia dalam kerangka pemikiran materialistic, bahawa manusia ialah haiwan yang tumbuh berkembang, melakukan apa yang dikehendakinya dan memiliki tingkah laku, sesuai dengan yang diingininya. Tabiat manusia ialah tabiat material dan di dalamnya tiada tempat untuk roh. Manusia hanya terdiri daripada material sahaja yang dikenali dengan pancaindera dan dapat ditentukan dengan ujian atau dugaan.
Teori materialistic ini tidak meletakkan tujuan atau risalah (ajaran) bagi manusia. Dalam pandangan teori ini, manusia hanya hidup untuk dirinya dan untuk kesenangan dunia. Tujuan hidupnya hanya untuk menikmati dengan sepuas mungkin kenikmatan serta kelazatan dunia. Allah S.W.T. menerangkan sifat-sifat orang yang memiliki prinsip material ini, yang tidak beriman kepada Allah, dan juga tidak beriman kepada hari akhirat, seperti firman Allah dalam Surah al-Mukminun (23): 37
Teori materialistic ini bagi manusia merupakan salah satu masalah yang sangat aneh dihadapi manusia ketika ini. Keadaan ini meninggalkan kesan yang buruk, iaitu memberikan dua perasaan yang berbeza:
Pertama: Perasaan hambar dan hampa, kerana harga diri menurut pemikiran material tidak lebih daripada hanya sebatas haiwan yang tumbuh berkembang antara makhluk yang ada.
Kedua: Perasaan yang diselubungi penipuan dan kesombongan sehingga menjadikan diri, ilmu, hasil penemuannya atau makhluk-makhluk lain yang berada di sekelilingnya sebagai Tuhan.
Dari perspektif Islam manusia ialah makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah dalam ciptaan yang paling baik dan di bentuk oleh Allah dalam bentuk yang paling baik. Allah menciptakan Adam dengan tangan-Nya, meniupkan rohnya dan memerintahkan malaikat-malaikat untuk sujud kepadanya. Dia juga mengurniakan keistimewaan dalam bentuk ilmu dan kehendak serta dijadikan sebagai khalifah di muka bumi dan ruang pergerakannya di ala mini. Seluruh isi langit dan bumi ditundukkan oleh Allah untuk kepentingannya, malah Dia juga menyempurnakan nikmatnya yang Nampak mahupun yang tersembunyi. Seluruh yang ada dalam alam semesta ini untuknya dan untuk berkhidmat kepadanya, seperti firman Allah dalam Surah al-Isra’ (17):70.
Dengan dasar ini, maka posisi manusia dalam Islam merupakan makhluk yang dimuliakan dan juga sebagai sayyidul makhluqaat (tuan sekalian makhluk), seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2):30.
Menurut Islam, meskipun manusia merupakan makhluk yang diciptakan daripada tanah, namun pada masa yang sama roh ditiupkan. Seperti firman Allah dalam Surah al-Sajdah (62):6-9.
Al-Imam Ibn al-Qayyim – semoga Allah mencucuri rahmatNya-berkata, “Ketahuilah bahawa Allah S.W.T. telah mengkhususkan manusia antara makhluk, yakni dengan memuliakannya, melebihkannya daripada makhluk lain, menciptakan untuk diri-Nya, menciptakan segala sesuatu untuknya. Dia menjadikan manusia istimewa dengan ilmu, kasih saying dan kedudukan yang hamper serta memuliakannya dengan sesuatu yang tidak diberikan kepada orang lain. Dia juga menundukkan bagi manusia apa yang ada di langit dan di bumi serta yang ada di antara kedua-duanya, hingga malaikat mengatakan,”Manusia memiliki suatu keadaan yang tidak dimiliki oleh seluruh makhluk lainnya.”
Related post(s):Assalamualaikum wbt.. Semasa usrah tadi, saya begitu tertarik dengan perkongsian sahabat kita mengenai tokoh wanita yang beliau sangat kagumi, iaitu Mother Theresa. Antara...




terima kasih kerana berkongsi buah pikiran.. banyak yang boleh dipelajari dlm blog ni