Atap Hijau Rss

Aqiqah PUISI 2009

2

Posted by Nur Islam | Posted in Pengumuman | Posted on 09-12-2009

PROGRAM AQIQAH PUISI 2009

Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland, PUISI 2009 ingin menjemput anda untuk bersama-sama kami untuk beribadah bagi Program AQIQAH  PUISI 2009. Aqiqah merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam islam berdasarkan kepada Hadith-Hadith Rasulullah S.A.W.

Dari Salman bin Amir Ad-Dhabiy, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aqiqah dilaksanakan karena kelahiran bayi, maka sembelihlah hewan dam hilangkanlah semua gangguan darinya.”

[Shahih HR Bukhari (5472)] 

Berikut merupakan butiran AQIQAH PUISI 2009 :

Harga :

Kambing – Euro 90

Lembu – Euro 300

(Harga merupakan anggaran dan tertakluk kepada perubahan mengikut berat haiwan tersebut)

Tarikh Tutup Penyertaan : 16 December 2009

 

Selain itu, jika anda ingin membeli sendiri dan menyumbangkan daging tersebut untuk PUISI 2009, anda boleh juga memaklumkan kepada kami

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai AQIQAH PUISI 2009, anda boleh menghubungi wakil PUISI di bawah:

Mohd Redhuan Abdul Muin (085 1594985) ( redhu_bhitam@yahoo.com )

Zafrullah Afham (085 7646328) (e_afham97@yahoo.com)

 


*Because each one of U Complete P_ISI 2009*

Related post(s):
  • Puisi : Ratib Hatiku Untukmu
    Ratib Hatiku Untukmu Bumi Ireland hari ini berlecak dek dibasahi hujan, Turunnnya tidak berhenti-henti sejak semalaman, Walaupun musim panas telahpun menjelang, Mungkin kerana ia meratapi...

  • Comments (2)

    salam warahmatullah,

    oh, boleh terangkan lg kenapa puisi buat aqiqah? berdasarkah hadith tu aqiqah dibuat sempena kelahiran bayi kan? mohon pencerahan :)

    @ MK,

    Hakikatnya bukanlah Puisi yang nak buat Aqiqah. Sebenarnya Pihak PUISI membuka peluang mana2 individu yang nak buat aqiqah yg diuruskan/dianjurkan oleh Pihak PUISI. Dalam erti kata lain, PUISI dapat sumbangan daging2 aqiqah drpd individu yang nak nak buat aqiqah. Bolehlah bantu sesiapa nak buat ibadat & yang paling penting Boleh jimatkan kos PUISI.hehehe :D

    AJK Puisi, betulkan akak if tersilap.

    Post a comment

    youtube AJataphijau
    Ataphijau Facebook Group