Posted by corniche | Posted in Akhlak | Posted on 08-12-2009
Segala di dunia ini tak akan ada yang kekal.
Harta benda, pangkat darjat, kecantikan…
Semuanya sementara.
Pernah dengarkah, yang kecantikan itu hanyalah senipis kulit?

Kadang-kadang dengan kelebihan paras rupa yang Allah bagi, boleh buat manusia lupa diri. Terasa asyik dengan pandangan dan pujian manusia. Sedangkan tanpa sedar, bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik nikmat yang dipinjamkan sementara.
Cuba tersiat kulit di muka, terlecur kerana leka , tergores hingga luka..
Sekejap saja nikmat kecantikan itu ditarik semula!
Kecantikan itu senipis kulit.
Dan kecantikan itu sementara.
Sebagaimana harta, pangkat, darjat dan nikmat-nikmatNya yang lain..
Banjir di Jeddah, 25 Nov 09. Beberapa hari selepas banjir besar di Cork.
Fikir sejenak, dan bermuhasabahlah. Terasa hebat dengan kekayaan? Terasa bangga dengan kedudukan? Terasa asyik dengan kecantikan?
Beristighfarlah. Mintalah pengampunan dari Allah, kerana sesungguhnya apa yang kekal hanyalah Allah..

“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah:255)
No related posts.





