
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu
Surah Al-Baqarah: Ayat 208
Asbabul Nuzul
Dalam ayat ini, Allah menyuruh hamba-Nya yang beriman supaya melaksanakan semua tuntutan syariat Islam dan meninggalkan semua larangannya sekuat tenaga mereka.
As-Silmi, Islam atau patuh taat.
Ikrimah mengatakan bahawa turunnya ayat ini mengenai sebahagian orang Yahudi yang telah masuk Islam dan ingin mengerjakan sebahagian dari syariat Taurat yang biasa mereka lakukan, seperti iktikaf di hari sabtu, maka Allah menyuruh supaya menegakkan semua syariat Isalm dan jangan menghiraukan yang lain-lainnya.
Penerangan Tafsir
“..dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan”: Kerjakan semua perintah Allah dan tuntutan Rasulullah saw dan hindari bisikan akal,hawa nafsu dan syaitan. Sebab syaitan dan hawa nafsu itu berbisik pada akal kita untuk menawarkan ajaran agama dan membandingkannya dengan pendapat akal dan keinginan hawa nafsu. Sebab syaitan hanya menganjurkan segala perbuatan keji, jahat dan mungkar, serta mengada-adakan dalam agama Allah apa yang tidak kamu ketahui.
Setelah Allah menyeru orang-orang beriman supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka, maka Al-Quran mengingatkan mereka supaya tidak mengikut langkah-langkah syaitan, kerana di sana terdaat dua haluan sahaja : sama ada masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa, atau mengikut jejak syaitan, sama ada memilih hidayah atau memilih kesesatan, sama ada mengikut Islam atau mengikut jahiliah, sama ada menuju petunjuk Allah atau memilih penyesatan syaitan. Setiap Muslim harus memahami sikapnya dengan ketegasan seperti ini. Dia tidak sepatutnya termangu-mangu di tengah-tengah berbagai jalan dan hala tuju.
Jika kalian meyeleweng, tersesat, curang, sesudah tiba semua keterangan dan tuntutan padamu,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Jaya, Kuat, dan berat pembalasanNya, tidak terkalahkan oleh sesiapa jua pun,juga Maha Bijaksana dalam semua ajaran tuntutanNya.
Sumber: Ibnu Kathir
Kesyumulan Islam
Berdasarkan kepada ayat Quran di atas menunjukkan kepada kita, bahawa Islam yang perlu diperjuangkan, mestilah menyeluruh, merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana Islam sendiri agama yang lengkap meliputi seluruh lingkungan kehidupan manusia di dunia sehinggalah sampai ke penghidupan yang kedua di hari akhirat. Kesemuanya ini terkandung dalam gerak kerja atau amal Islam yang terbahagi pentaklifannya kepada individu, masyarakat & persatuan.
Sebagai orang Islam yang mengaku akan keesaan Allah SWT dan kebenaran pesuruhNya, maka perlu bagi seorang individu itu, menjadi muslim/muslimah yang soleh dan solehah yang menggerakkan segala kerja mereka, selari dengan perintah Allah Taala serta mengharapkan keredhaanNya. Seterusnya berdasarkan daripada pembentukan individu muslim/muslimah sejati tadi, dapat melahirkan generasi masyarakat Rabbani, yang tunduk dan patuh kpd segala ajaran Islam.
Kesatuan ummah
Oleh itu, untuk menggerakkan & membentuk masyarakat Rabbani, yang tersusun dengan kehendak Islam, maka manusia amat memerlukan kepada kesatuan/persatuan atau organisasi. Keperluan ini berdasarkan kepada kehendak masyarakat, yang perlu disusun & diatur, menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan agama serta kebajikan setiap individu masyarakat. Apabila wujudnya organisasi yang seperti ini maka, dengan secara tidak lansung dapat mengendalikan urusan-urusan agama, agar masyarakat tidak lari jauh daripada batas-batas Islam.
Oleh yang demikian itu, berdasarkan kepada kefahaman ini, maka seorang penda’wah Islam, sudah tentu dapat menyeimbangkan di antara kerja2 Islamiah yang perlu dilaksanakan mengikut aulawiyatnya yang terbaik.
Matlamat amal Islami
Matlamat asas ‘amal Islami ialah menta’bidkan/mengembalikan manusia, samada sebagai individu mahupun masyarakat, supaya menjadi hamba hanya sanya kepada Rabb mereka, Allah swt. Ini bererti mengembalikan ‘ubudiyah mereka kepada Allah di masjid dalam solah mereka dan begitu juga di pasar-pasar dalam jual beli mereka. Mengembalikan ubudiah mereka hanya sanya kepada Allah dalam puasa mereka yang sepatutnya begitu juga ‘ubudiyah mereka dalam melaksanakan pemerintahan, dalam doa mereka dan begitu juga sepatutnya dalam perundangan dan kehakiman mereka.
Ringkasnya, mengembalikan ‘ubudiyah manusia kepada Allah bermaksud supaya semua kepatuhan dan ketaatan mereka hanya sanya kepada Allah dalam semua urusan kehidupan mereka. Tidak ada perbezaan pada kepatuhan mereka samada dalam urusan agama mahupun dalam urusan dunia, sama ada di dalam masjid mahupun di luar masjid, semasa Ramadhan mahupun selepas Ramadhan. Apabila kita memisahkan urusan deen dan urusan dunia, itulah sekular. Sekularisma ditegakkan di atas dasar pemisahan antara deen dan daulah, memisahkan antara agama dan negara.
Oleh itu menta’bidkan manusia hanya sanya kepada Allah bererti mengajak mereka menolak manhaj rekaan manusia yang memperhambakan manusia kepada thoghut. Sikap memperkudakan manusia supaya tunnduk kepada sistem yang lain dari sistem Allah dalam manhaj-manhaj batil yang dikuasai thoghut merupakan pencabulan terhadap hak-hak Allah; hak ubudiyah dan hak hakimiyah (memerintah) Allah swt.
[Al-an'aam: 57]
“Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya milik Allah.”
Wallahua’lam
Related post(s):Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali...
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika...
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh...
ASAS-ASAS UMAT ISLAM PADA SETIAP MASA DAN TEMPAT Firman Allah S.W.T: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada...
Bermata sepet, berkulit kuning langsat dan berambut hitam. Itulah gambaran seorang bangsa Cina. Di negara Tirai Bambu China, terdapat kira-kira 59 etnik Cina hidup...




