Atap Hijau Rss

Berlapang dada

9

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Akhlak, Motivasi, Tazkirah | Posted on 02-12-2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Warga Cork saya pasti semuanya sedang sibuk menelaah pelajaran sebab peperiksaan yang semakin hampir. Pasti makan pun tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..sebab yang bermain di fikiran pastinya nak habiskan baca nota yang banyak tu. Kadang-kadang musim ni saya rasa adalah musim di mana kita jadi terlebih “sensitif”. Senang nak marah terhadap perkara-perkara yang kecil, walhal kalau bukan musim peperiksaan, rasanya perkara yang kecil tu takkan timbulkan kemarahan pun. Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, sebolehnya kita elakkanlah perkara sebegini berlaku. Di saat-saat yang genting sebegini, sokongan rakan-rakan sekeliling yang diperlukan untuk terus tabah berjuang untuk peperiksaan. Pendek kata, kalau ada perlakuan sahabat-sahabat kita yang buat kita terasa hati di saat-saat genting macam ni, marilah kita sama-sama berlapang dada. Bak kata seorang sahabat saya, serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Haa.. tahap rendah pun saya rasa sangat susah untuk lakukannya, tapi benda ni possible if we want it to happen. Kalau kita berlapang dada, nak buat kerja sama-sama pun senang dan teratur, takdela kita ada syak wasangka yang bukan-bukan terhadap sahabat kita. Kan kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita.

al-baqara

“…Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. ” (Al-Baqarah : 237)

Hurm, satu lagi perkara yang saya perhatikan kalau musim kita dihambat masa untuk ulangkaji pelajaran ni, waktu makan pun semua orang nak makan cepat-cepat dan malas solat jemaah (sebab takut ambil masa lama atau malas nak tunggu sahabat-sahabat lain bersiap untuk solat). Hubungan dengan Allah perlu dijaga kerana Allah adalah sebaik-baik tempat pergantungan kita. Ukhuwah dengan sahabat-sahabat kita perlulah dijaga, sebab that’s the only time that we get to meet them in the house. Kalau tak, masing-masing akan berkurung dalam bilik je. Jadi sahabat-sahabat sekalian, tak kiralah dimana anda berada..Cork, Dublin, Bayern, ataupun kat ceruk mana sekalipun, jaga ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita ye, come hell or high water, kita ni hidup bermasyarakat, tak boleh nak fikir kepentingan sendiri je.

Jangan sebab untuk kepentingan diri, kita sanggup korbankan apa yang ada di sekeliling kita.. ini tak kena dengan konsep berkorban ni!! Dalam berkorban karang nanti ada yang terkorban..

Selamat berlapang dada wahai diri, selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

good-luck

Selamat berjaya kepada semua sahabat yang akan menduduki peperiksaan.

Banyakkan selawat atas Rasulullah S.A.W. , ingat ALLAH selalu.

No related posts.

Comments (9)

Assalammualaikum…

nice!! good reminder for all of us!
kdg2 kita terlepas pandang hal2 sebegini…smoga kita dpt berlapang dada dan dpt mjaga ukhuwah sesama kita…

kalau terasa hati dgn perbuatan org,sama2 lah kita berlapang dada dan maafkan org trsebut… pesan seorg sister “Org mukmin itu bagaikan pohon buah-buahan, apabila org lain membaling batu kepadanya, pohon itu akan mnjatuhkn buah..”
semoga kita trgolong dlm golongan mukmin tersebut..InsyaAllah

dush…tembus di jantung..huhu..ringkas shj ye entry ini,tp padat dgn nasihat khusus sempena musim2 xm ni..

Betul2..waktu macam nilah kita kena lebih banyak bersabar lagi.Untuk menghadapi exam,bukan saja kena dapat redha Allah dan ibu bapa,redha kawan2 pun penting juga..Terima kasih atas peringatan.

entry yang ‘pang’ juga pada diri. ana just nak share, harap bermanfaat. ia perkongsian seorang sahabat. :)

Orang Islam mesti ihsan dalam semua yang dibuat, termasuk studynya.

Bukan kerana dapat A 100% kita dapat pahala,
Tapi Allah kurniakan pahala kerana bermujahadah, usaha sehabis upaya dan buat yang terbaik dalam menunaikan perintahnya,
Yang Allah anugerah pahala adlh kerana tawakal kita padaNya,
kerana solat hajat dan doa.
Yang Allah nilai adalah sikap kita yang jaga ukhuwah walaupun stress exam,
Yang Allah sayang adalah orang yang masih itsar walaupun dalam kesempatan.

astaghfirullah~,,, sgt terase, tp betullah, tyme exam ni mmg sgt la mencabar dan teruji la tahap istiqamah kita dlm byk perkara….

setuju~~jzkk trick tracks :-D

mk likes this! ;)

mahu bertanya, apa yang dimaksudkan dengan berlapang dada?

“…..maafkanlah mereka dan berlapang dadalah, sesungguhnya Allah senang kepada orang-orang yang berbuat kebajikan terhadap orang yang melakukan kesalahan kepadanya”. (Q.S. Al-Maidah 5:13)

Berlapang dada: Mengosongkan hati kita drpd ‘menghukum’ org yg membuat kesalahan.. ‘Let It Go’ je laa lebih kurang camtu.

Post a comment

D.I.A