Atap Hijau Rss

Ish, Masamnya Muka Kau : Bahagian 2

3

Posted by Nur Islam | Posted in Akhlak, Motivasi | Posted on 26-11-2009

Lautan emosi itu sangat luas dan dalam. Jika kita ingin menyelam melihat ciptaan Tuhan, kita memerlukan emosi, tanpa emosi, kita tidak akan mampu menghayati setiap ciptaan-Nya yang Maha Agung, namun jangan sampai kita lemas dalam lautan yang penuh gelora itu, kerana jika kita hanyut dan lemas, ia akan membunuh jiwa dan rasa. Namun jika kita berasa lemas dan tercungap-cungap untuk melepaskan diri, percayalah Tali Allah sentiasa tergantung di langit untuk kita capai dan bertaut padanya untuk menyelamatkan diri.

Dalam artikel bahagian pertama, Ish, Masamnya Muka Kau : Bahagian 1, kita telah membincangkan bahana bermuka masam dan bagaimana ia ditegah oleh Allah. Namun, manusia itu sangat lemah dan mudah lupa. Kadangkala kita tidak mampu untuk melakukannya. Namun kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk berubah. Maka, tatkala kita berada dalam keadaan yang teruk namun perlu menghadiri perjumpaan, perbincangan, usrah dan sebagainya maka ada beberapa langkah yang saya sarankan supaya kita boleh amalkan.

  • 1. Berniat dan Berimaginasi.

Kedengarannya seperti sangat cliché dan sangat biasa. Namun pada niat itu terletak dan bermula segala-galanya. Mari kita lihat niat dari sudut yang berbeza. Kita tengok apa yang menanti kita di penghujung jalan yang berteraskan niat yang betul di permulaan. Niatkan perjumpaan kita hanya kerana Allah dan sebagai usaha dakwah. Dengan niat yang elok maka tanamkan dalam hati dan minda bahawa apa yang dilakukan ini hanya untuk Allah. Kemudian bayangkan kelebihan dan pahala yang menanti kita di pengakhiran nanti. Bayangkan syurga abadi yang menanti kita di penghujung pertemuan itu. Bayangkan betapa besarnya ganjaran yang akan Allah berikan kepada kita. The thought of rewards from Allah is enough to make us happy and leave all the trouble behind the door. Kita tidak akan dapat membayangkan ganjaran pahala dan syurga yang menanti kita sekiranya kita tidak membetulkan niat di permulaan perlakuan kita. Maka, berniatlah dan berimaginasilah dengan ganjaran yang Allah telah tentukan untuk penghuni syurga. Niat dan imaginasi ini akan membantu kita membina sebuah paradigm bahawa kebahagian yang kita cari sebenarnya bermula di dunia. Allah mencipta pahala dan syurga untuk memotivasikan manusia untuk sentiasa melakukan kebaikan terutama dalam keadaan yang sangat sukar dan mencabar. Maka untuk itu, kita perlu menggunaka nikmat Allah itu, sebagai cara untuk kita memotivasi diri agar kita terus bersemangat dan tsabat di jalan ini. Bayangkan ketenangan dan kegembiraan di syurga yang tiada hentinya melalui ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang mengkisahkan tentang perihal syurga. Serap kedamaian dan ketenangan syurga dan resap ia kedalam diri anda, insyaallah ia mampu member ketenangan kepada kita. Kita selalu berniat di permulaan kerana Allah tapi kita jaranag membayangkan apa yg menanti kita sesudah itu. Maka mulakan dengan niat yang bersih kerana Allah dan yakinlah bahawa syurga itu bakal menjadi rumah abadi kita di syurga. Saya sertakan beberapa Hadith buat kita semua tentang gambaran syurga supaya kita boleh menghayatinya

Abu Hurairah r.a. berkata:  Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga!  Jawabnya yang bermaksud:

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

Ibn Abbas r.a. berkata:  Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za’faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya:  Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

Dalam riwayat lain:  Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Dari Al’amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.


  • 2. Senyum kepada diri anda.

Sebelum melangkah masuk ke pintu tempat perjumpaan tersebut, senyumlah kepada diri anda sendiri terlebih dahulu. Anda tidak akan mampu tersenyum kepada orang lain sekiranya anda tidak mampu tersenyum kepada diri anda. Senyum boleh membuatkan diri anda berasa sangat tenang. Maka senyumlah pada diri anda terlebih dahulu sebelum memberi senyuman kepada orang lain. Selalunya apabila letih dan tertekan, kita akan membuat muka masam. Berubahlah. Apabila anda tertekan, letih dan sedih, kerapkan memberi senyuman pada diri anda sendiri. Lagi hebat tekanan dan dugaan, lagi banyak anda perlu senyum pada diri anda. Seperti Sabda Rasulullah, Senyum itu Sedekah. Mulakan dengan menyedekahkan diri anda sebuah senyuman. Diri anda sangat layak menerima sebuah sedekah senyuman tatkala anda bersedih hati, tertekan dan gusar. Tatkala diri anda sedih tertekan dan gusar anda sebenarnya menjadi seorang peminta sedekah. Meminta sedekah untuk digembirakan dan dibahagiakan. Maka, selayaknya peminta sedekah itu dilayan dan dipenuhi kehendaknya. Kita biasa dan selalu mendengar hadis berkenaan senyum itu sedekah tetapi sejauh mana kita memahami akan kedua-dua konsep tersebut dan bagaimana ia saling melengkapi. Konsep sedekah itu sendiri adalah untuk memenuhi dan menampung keperluan pada bahagian yang tidak mencukupi. Tatkala kita bersedih dan emosi tidak menentu, kekurangan berlaku pada emosi dan hati kita. Kekurangan juga mungkin berlaku pada minda dan pemikiran kita. Maka gunakan konsep sedekah untuk menampung kekurangan itu. Selain hati dan minda, kita semua dianugerahi dengan physical yang elok dan cantik.  

Sabda Rasulullah S.A.W


“Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari yang terbit padanya…..” 

Rasulullah menerangkan pada hadith ini mengenai perkara sadaqah atas diri sendiri, iaitu tiap-tiap anggota dari manusia menjadi sedaqah atasnya setiap hari terbit matahar.

(petikan buku Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahannya oleh Mustafa Abdul Rahman)


Gunakan fizikal yang sihat sebagai cara bersedekah kepada kekurangan hati dan fikiran. Maka menggunakan senyuman sebagai satu cara fizikal adalah cara bersedekah yang terbaik. Mudah dan senang dilakukan. Senyuman anda akan menampung kedukaan hati anda. Maka kerapkanlah menyedekahkan diri anda sebuah senyuman tatkala keadaan emosi tidak menentu. Orang selalu berkata tersenyum dalam kepahitan dan kesengsaraan adalah perkara yang sangat sukar untuk dilakukan, namun ia boleh menjadi penawar hati yang mujarab. 

Setelah anda mampu tersenyum pada diri sendiri, maka berilah senyuman anda pada orang sekeliling anda. Sekarang mari kita lihat konsep sedekah dalam senyuman dari sudut yang berbeza pula.They say smile is contagious. You smile, they smile, and you smile. Senyuman anda akan membuatkan orang sekeliling anda tersenyum dan gembira. Apabila orang sekeliling anda tersenyum, maka anda akan seronok dan puas melihat senyuman dipamer diwajah mereka dan anda secara tidak langsung akan senyum untuk kali kedua. Lihat, jika anda senyum, maka 2 kali senyuman yang anda terima untuk diri anda. Anda sedekahkan sebuah senyuman untuk sahabat anda, Allah gandakan kelebihan dan ketenangan 2 kali ganda kepada anda. That’s the power of a smile that we always neglect. Ini sangat bertepatan dengan konsep sedekah. What you give away, you get more in return. Ganjaran sedekah adalah sesuatu yang berganda. Sedekah tidak akan mengurangkan sesuatu sebaliknya menambah dan memperbanyakkan sesuatu. Konsep sedekah dalam senyum adalah sangat jelas jika kita memahami system positive feedback.  Senyuman mempunyai system Positive Feedback, sekiranya anda merupakan pelajar perubatan dan biology anda mesti jelas dengan konsep ini. Begitulah kitaran sebuah senyuman yang menjadi berganda-ganda. Sekali tersenyum, kita akan semakin mudah dan gembira untuk tersenyum.


  • 3. Leave your problem behind the door.

Satu kesilapan yang sentiasa saya (kita) lakukan adalah apabila kita membawa masalah kita kemana sahaja kita pergi. Seperti status YM seorang sahabat, dia berkata sepertinya ada sebuah batu di atas kepala dan perlu membawanya kemana sahaja. Ia adalah kesilapan yang sering kita lakukan secara tidak sedar. Apabila kita membawa masalah kita kemana sahaja kita pergi, kita tidak mampu untuk focus dalam perkara yang kita sedang lakukan dan akan dipengaruhi emosi dan masalah tersebut. Masalah tersebut akan menyekat kita, menghalang kita dan membantutkan kita. Kita mampu untuk mengangkat batu di atas kepala itu dan letak di tepi sementara. Sepertinya status YM seorang sahabat yang lain pula dia berkata, take one step at a time, deal it when it comes. Itu adalah perkara yang sangat tepat untuk dilakukan. Cuba anda bayangkan seorang Perdana Menteri yang mentadbir sebuah Negara. Agak-agak anda berapa banyak masalah dan dugaan yang dia alami setiap hari? Tidak terhitung masalah yang perlu difikirkan setiap hari. Namun bagaimana dia masih mampu tersenyum dan bersemangat tatkala member ucapan dan ceramah di hadapan rakyat. Adakah ianya hanya kepura-puraan? Sudah pasti tidak. Ianya adalah hasil dari kemampuan pemimpin tersebut untuk take one step at a time, deal it when it comes. Dalam satu ceramah yang saya hadiri bebrapa minggu lepas, penceramah ada menyebutkan, tinggalkan masalah di tempat kerja di pintu rumah dan tinggalkan masalah di dalam rumah di pintu bilik tidur. Jika kita mampu untuk berbuat demikian maka barulah kita mampu untuk menikmati hidup dengan lebih gembira dan tenang. Dugaan dan ujian akan sentiasa mendatangi kita dari segenap sudut, namun yang penting adalah untuk kita tidak membiarkannya mempengaruhi aspek lain dalam kehidupan kita. Asingkan perkara peribadi dan perkara yang bersangkutan dengan kerja. Maka dengan itu barulah kita boleh menjalani kehidupan peribadi dengan lebih gembira dan bermutu, dan juga menjalankan amanah kerja dengan lebih effektif dan professional.


Kita sebenarnya bertindak tidak adil dan zalim kepada sahabat kita sekiranya apabila kita mempunyai masalah, kemudian kita mencebikkan muka kepada mereka. Tidak adil kepada kita untuk melepaskan kesedihan, tekanaan kita kepada sahabat kita. 

  • 4. Be your normal self.

Apabila kita moody dan sedih, tingkah laku dan pertuturan kita akan menjadi asing bagi orang sekeliling kita. Bagi mereka yang sudah biasa dengan perangai kita pasti akan dapat merasakan perbuahan pada emosi kita sekiranya kita berkelakuan sedih dan tertekan. Maka, atas dasar itu anda perlu berpelakuan dan bercakap seperti diri anda dalam kehidupan seharian anda sebelum ini. Jika sahabat mengenali anda sebagai seorang yang periang, maka anda perlu berpewatakan periang pada saat itu. Jika anda seorang peramah, anda perlu bertegur sapa dengan semua orang seperti yang anda selalu lakukan. Menjadi diri anda seperti yang anda selalu lakukan akan membantu anda menangani tekanan dan rasa sedih. Apabila kita berlagak dan berpelakuan seperti biasa, kita memberitahu diri kita bahawa kehidupan kita adalah seperti biasa, tiada perkara yang menyedihkan yang melanda dan juga tiada perkara yang membuatkan kita marah atau kecewa. Kadangkala sangat sukar untuk kita menjadi diri kita sendiri. Tatkala dilanda pelbagai ujian dan cabaran, kita semakin hilang identity dan siapa diri kita yang sebenar sehingga kita tiba di satu ketika dimana kita sendiri tidak mengenali siapa pagi kita yang sebenar.


  • 5. Let the positive energy and vibes of others influence you.

Apabila kita berada didalam persekitaran dan suasana yang gembira atau penuh dengan semangat, kita jangan menjadi orang yang menjatuhkan semangat orang lain, dan membuat kegembiraan orang lain menjadi risau dan sedih. Sebaliknya, bantu diri anda untuk keluar dari kepompong kesedihan itu dengan membiarkan diri anda untuk dipengaruhi oleh mood yang positif dari persekitaran anda. Kebiasaannya apabila kita bersedih, tertekan dan kecewa, kita akan membina satu selaput “protective mechanism” di sekeliling kita untuk mengelakkan kita dari terus terluka dan kecewa. Kita membuat satu protective mechanism untuk menghalang sebarang anasir yang cuba mengeruhkan keadaan. Maka sebab itu, apabial kita bersedih dan kecewa, kita akan berdiam diri, bermuka masa, dan mengelakkan diri untuk bergaul dan sentiasa ingin mengasingkan diri. “Protective mechanism” adalah perkara yang normal. Namun, ia juga boleh menyebabkan diri kita menjadi tersisih apabila kita berada dalam sesuatu perjumpaan dan perbincangan. Anda perlu membiarkan positive energy di persekitaran anda untuk menumbusi selaput itu. Jangan membiarkan diri anda terus berada dalam kepompong kesedihan itu. Ambil contoh rama-rama. Untuk dia terbang diudara dan mempamerkan warna-warni pada sayapnya, dan menonjolkan kecantikkannya, dia perlu menembusi kepompong yang selalu melindungi dirinya. Kepompong itu akan selalu melindungi dirinya dari bahaya dan akan memberinya makanan dan zat yang diperlukan, tetapi lama-kelamaan kepompong itu akan menjadi selaput yang akan membinasakan dirinya kerana dia tidak mampu untuk terbang bebas diudara. Begitu juga emosi. Jika kita cuba melindunginya dalam satu kepompong, ia akan menjadi terkongkong dan tidak mampu untuk bebas. Kepompong yang menyeliputi emosi kita akan menghalang rasa sedih dan tekanan itu untuk keluar sebaliknya ia akan memendam perasaan tersebut yang lama-lama akan menjadi berbukit. Apabila tiba masa, ia akan meletup.Kebaaa Boooom. Letupan-letupan emosi ini sebenarnya bermula dari kepompong yang kita bina untuk melindungi diri (’Protective mechanism’) pada awalnya, namun akhirnya ia akan membinasakan diri anda.


Maka sebab itu, apabila kita sedih, tertekan dan marah kita perlu membiarkan diri kita dipengaruhi oleh tenaga-tenaga positif dari persekitaran kita. Apabila, orang sekeliling kita ketawa, maka kita ikut turut ketawa. Tetapi jangan sampai terbahak-bahak. Apabila mereka, bersemangat kita juga ikut semangat mereka, apabila mereka berbincang kita turut sama memberi pandangan, apabila mereka bergurau, kita turut sama bergurau, apabila mereka bertanya, kita beri jawapan sedaya mungkin. Apabila kita memberi ruang kepada persekitaran kita untuk mempengaruhi kita, maka kita akan mengeluarkan diri kita dari kepompong tersebut. 

Begitulah sedikit sebanyak langkah-langkah yang diharapkan dapat membantu kita semua, terutama penulis sendiri yang selalu dipengaruhi emosi. Semoga Allah membantu menyuluh jalan yang benar buat kita semua.

Related post(s):
  • Ish, Masamnya Muka Kau! : Bahagian 1
    Apabila penat, letih, marah, sedih, tertekan dan pelbagai rasa buruk menjengah hati, kita akan bermuka masam. Menunjukkan muka tidak berdaya dan muka keletihan. Sudah...

  • Comments (3)

    salam thanks. dah lame tak membaca atau kurang mengendahkan perihal syurga dan fadhoilul amal. its such a long time since ive heard all those and in turn be motivated to practise even more. such a long time. such a long time.

    faimee..fadhoiul amal tuh apakah????saya tidak tahu..hohohoh…

    klbhn2 amalan

    Post a comment

    PPMC
    PPIMI
    puisi
    FUIYO