Posted by Umayr | Posted in Ekonomi, Pengumuman | Posted on 25-11-2009
*Pengumuman ini dibawakan khas oleh Unit Ekonomi AtapHijau.com*

Assalamualaikum wbt.
Dalam post yang lepas (Eeee BABI), kita semua telah didedahkan dengan isu riba (interest) dalam akaun bank konvensional yang kita gunakan sekarang terutamanya bank AIB (Allied Irish Bank). Bagi pengguna AIB yang hatinya sudah mula gusar memikirkan akaun masing-masing, ada berita baik untuk anda semua!!
Gambar diatas adalah surat rasmi yang dikeluarkan oleh AIB cawangan UCC yang mengesahkan semua pelajar muslim di CORK (maaf hanya untuk Cork, harap Galway dan Dublin dapat usahakan perkara yang sama) yang sedang menggunakan AIB STUDENT PLUS ACCOUNT (mengandungi interest 0.0025%) bolehlah berpindah ke PERSONAL BANK ACCOUNT (turut mempunyai interest tetapi boleh diberikan pengecualian setelah mendapat tandatangan pengesahan dari pemilik akaun) bagi mengelakkan penerimaan interest.
|
AIB STUDENT PLUS ACCOUNT |
PERSONAL BANK ACCOUNT |
|
Interest 0.0025% No charges & fees Free purchase or sale of foreign notes and purchase of foreign exchange cheques. |
Interest ada( maaf x igt) Account fees 4.50euro every 3 month Transaction fees 0.20 cent per transection. Fees excluded if: One transaction using debit card and one transaction using AIB phone & internet banking in each quartum(3 month)
|
Semua pelajar muslim UCC yang berpindah akaun ke PERSONAL CURRENT ACCOUNT dengan membawa surat yang tertera diatas, anda akan terus dikecualikan daripada sebarang interest, fees & charges yang sepatutnya dikenakan kepada anda dalam PERSONAL BANK ACCOUNT tersebut. Ini bermakna, semua tawaran istimewa yang ada didalam AIB STUDENT PLUS ACCOUNT sebelum ini turut dapat dinikmati dalam PERSONAL BANK ACCOUNT tersebut insyaAllah.
Ketika melakukan penukaran account, harap anda dapat memastikan semula dengan orang yang menguruskan penukaran bahawa:
1. Akaun tersebut bebas dari credit interest
2. Anda berkelayakan untuk Third Level Free Banking Package selama mana anda masih berstatus pelajar.
Diharap dengan adanya surat tersebut, urusan penukaran akaun dapat dipermudahkan. Jika terdapat sebarang masalah bolehlah terus berjumpa dengan Mrs. Audrey Houlihan (manager of AIB UCC) kerana beliau adalah orang yang terlibat dalam perbincangan tentang interest ini.
Bersama Membanteras RIBA’ dari hidup kita!!!
*PERINGATAN: sila print surat diatas dan bawa bersama ketika urusan penukaran. Surat tersebut akan diupload didalam website PPMC insyaAllah.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibahagian komen atau hubungi Exco Biro Kerohanian PPMC.
Related post(s):Assalamualaikum wbt, On behalf of Malaysian Society NUIGalway, I would like to promote Free Palestine Fund Raising Campaign. This is a continous project (Jan 2009-...
“weyh tadi mase aku nak balik dr town, aku nampak pakcik kedai Mubarak(bukan nama sebenar) ni macam bawak daging BABI masuk kedai dia!!!” kata...





alhmdlh…
tahniah diucapkan buat kedua-dua unit ekonomi Atap Hijau dan PPMC…satu krjasama yg bgus…
iAllah kta akan truskan kerjasama yg baek ini…
salam,
maaf terlupa nak inform, bagi mereka yang bukan berstatus pelajar, anda boleh terus memohon pengecualian dari penerimaan credit interest tanpa menggunakan surat diatas, surat diatas khas ditujukan untuk golongan pelajar kerana AIB tidak mahu student kehilangan keistimewaan yang sebelumnya diberikan ketika menggunakan AIB STUDENT PLUS ACCOUNT.
alhamdulillah..alfi syukr & mabrook! akhirnya lepas ni dpt guna internet banking dgn senangnyer. sblum ni pakai bank *tuuut*. takde interest, tapi internet banking leceh. huhu.
again, tahniah krew AJ & PPMC!
assalamualaikum,
tahniah atas usaha kalian
hebat ye keadaan di sana.
mungkin boleh kongsi2 dengan kami di bumi kiwi.
alhamdulillah. Mabruk atas usaha sebegini. mudah2an tmpt2 lain dapat diusahakan perkara yang sama. Semoga ini menjadi contoh kepada pelajar2 di tmpt lain.
Eid Mubarak…
jazakumullah kepada team atap hijau
tadi baru tukar account, took me about 10 minutes. all they asked for was my student id and laser card.
Salam~ orang yg berkenaan berunding dgn manager bank ni…blh tlg detailkan, proses rundingan?
tq.