Posted by Saladin Safi | Posted in Akhlak, Akidah, Concern, Sosial, Tazkiyatun nafs | Posted on 24-11-2009

Firman Allah S.W.T.:
![]()
“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang yang beriman.” (Maksud Surah al-Baqarah (2):212).
![]()
“Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami dengan serta-merta mereka mentertawakannya.” (Maksud Surah al-Zukhruf (43):47).
![]()
“Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba itu, tiada dating seorang rasulpun kepada mereka melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya.” (Maksud Surah Yasin (36):30).

“Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman.” (Maksud Surah al-Taubah (9):65-66).

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Maksud Surah al-Hujurat (49):11).

“(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedahkan) selain sekadar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih.” (Surah al-Taubah (9):79).

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain.” (Maksud Surah al- An’am (6):68).
Antara usaha musuh-musuh Islam yang paling berbahaya yang dilancarkan oleh mereka terhadap kaum Muslimin ialah memperolok-olokkan agama Islam dan menghina kaum Muslimin. Demikian juga dengan mengaburi dasar-dasar Islam serta menampilkannya dengan penampilan yang buruk.
Fenomena yang bahaya ini memasuki ruang penghancuran prinsip-prinsip keimanan, menyerang kaedah-kaedah agama dan berperanan dalam menjauhkan umat Islam daripada akidahnya. Sekaligus ia turut melemahkan kedudukannya dan melenyapkan sumber kemuliaannya.
Fenomena ini tersebar di negeri umat Islam kerana kelemahan iman dan jauhya mereka daripada ajaran Islam. Selain factor kelalaian mereka terhadap tipu daya musuh, ditambah pula dengan hilangnya keinginan untuk membela kehormatan Islam.
Fenomena memperolok-olokkan agama dan penganutnya merupakan salah satu sifat asas orang kafir dan munafik. Mereka menghalang manusia daripada jalan Allah dengan cara sedemikian. Seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak boleh mempunyai sifat yang demikian atau menyebarkannya di kalangan umat Islam.
Seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2):212.
Seperti firman Allah dalam kisah Musa dalam Surah al-Zukhruf (43):47. Sesiapa yang mempunyai sifat ini, maka alangkah ruginya ia! Seperti firman Allah dalam Surah Yasin (36):30.
Sesungguhnya ‘ulama’ bersikap keras terhadap orang yang memperolok-olokkan sesuatu tentang agama Islam, atau yang berkenaan dengan Rasul-Nya atau sesuatu yang berkaitan dengan solat, al-Qur’an ataupun Sunnah. Seperti firman Allah dalam Surah al-Taubah (9):65-66. ‘Ulama’ telah mengatakan bahawa tiada perbezaan dalam hal ini antara orang yang Cuma bermain-main dengan yang serius, kecuali orang yang dipaksa. Justeru itu, seseorang Muslim perlu berhati-hati daripada terjerumus dalam perkara ini.
Salah satu kelalaian sebahagian orang ialah ia mulai turut mempopularkan fenomena ini. Antara mereka ada yang mengejek dan menghina sesame Muslim kerana kecacatan fizikalnya, padahal ini merupakan dosa besar serta haram bagi kaum Muslimin untuk melakukannya. Seperti firman Allah dalam Surah al-Hujurat (49):11.
Antara mereka, sama ada disebabkan ketiadaan pengetahuan atau kerana sengaja, mengejek ibadah seseorang atau ketaqwaan seorang yang salih. Contohnya ialah mengejek solat yang lama atau janggutnya yang panjang atau kerana tidak seiring dengan mereka berhubung dengan kewajipan dakwah atau amar ma’ruf dan nahi munkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). Atau mengejek terhadap ilmu syar’ienya dan pemiliknya, tidak menghormati, bahkan mencelanya. Seperti firman Allah dalam Surah al-Taubah (9):79.
Cara untuk mengatasi fenomena yang menyedihkan ini telah dihuraikan oleh ‘ulama’. Mereka juga telah menjelaskan bahawa orang yang ditimpa musibah ini, harus bertaubat dengan ikhlas serta membebaskan diri daripada perbuatan seperti ini serta bertekad untuk tidak mengulanginya dan kemudian menyesali apa yang telah dilakukan.
Sebagai langkah berhati-hati agar tidak terjerumus dalam jurang murtad, maka sebaik-baiknya ia membaharui Islam dan memperbanyak istighfar (memohon keampunan kepada Allah) serta beramal salih, seperti haji, umrah, sedekah, mencintai Allah, Rasul-Nya dan juga orang yang beriman.
‘Ulama’ telah menasihatkan agar majlis-majlis yang di dalamnya wujud unsure-unsur memperolok-olokkan ayat-ayat Allah S.W.T. dijauhi. Seperti firman Allah dalam Surah al- An’am (6):68.
Related post(s):Politik itu seumpama BARA. Jika digenggam terlalu erat ia akan melecurkan tangan, tetapi jangan pula ditiup untuk memadamkannya, kerana semakin ditiup semakin marak ia...




salam wbt
nice2! smoga kita x tergolong dlm golongan yg mengejek sesama manusia dan agama Islam..ameen
~ Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra, pembantu Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW, beliau bersabda : Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. ~
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sangat penting untuk merujuk ilmu sebelum mempersendakan atau memberi komen terhadap sesuatu ibadah..takut-takut nanti kita pula yang sesat.
YA ALLAH AMPUNI LAH SEGALA DOSA-DOSA UMAT ISLAM YANG MASIH HIDUP MAHU PUN SUDAH MENIGGAL DUNIA”DAN SEMBAHYANG LAH KAMU SEBELUM KAMU DI SEMBAHYANGKAN””