Posted by jundullah perkasa | Posted in Tazkiyatun nafs | Posted on 20-11-2009
Nikmat Tuhan tidak pernah putus-putus,
Bagaikan air sungai yang mengalir tanpa henti,
Tidak menghiraukan batu-batu yang memecahkannya,
Tidak peduli pada sisa-sisa toksik yang mencemarkannya,
Dan tidak pula berpaling pada suruhan Yang Maha Pencipta..
Dari kegelapan bendalir amnion,
Ku melangkah keluar dari perut ibuku,
Tatkala berada di dalamnya, boleh sahaja anggota badanku menjadi tidak sempurna,
Hanya kerna kurangnya satu enzim dirembeskan,
Tidak lupa kepada ibuku,
Yang bertarung nyawa, menahan kesakitan yang Maha Perit,
Entah mati, entah berdenyut lagi jantungnya,
Yang penting bayi kecil ini lahir dengan selamatnya di dunia ini..
Hari demi hari Yang Maha Kuasa memeliharaku,
Menjaga aku daripada sebarang malapetaka dan bencana,
Yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatanku,
Pabila ku terjatuh, Dia pulihkan lukaku,
Ditambah pula dengan kasih sayang seorang jururawat dan jentera,
Yang bersengakang mata siang dan malam hanya kerna luka yang kecil..
Pernah beberapa kali aku hampir dihempas motokar,
Akan tetapi Yang Maha Pengasih memberikan daya untuk pemandu itu menekan brek,
Pernah beberapa kali aku hampir mati lemas,
Akan tetapi Yang Maha Pengasih menurunkan Pak Mail, untuk menyelamatkanku,
Pernah beberapa kali aku hampir dibaham anjing,
Akan tetapi Yang Maha Mengetahui menjadikan seorang abang yang gagah,
Dan pernah juga aku lupa akan jawaban kepada soalan periksa,
Akan tetapi Yang Maha Bijaksana menyuntik hidayah padaku..
Ya Allah,
Sesungguhnya Nikmat yang Engkau berikan padaku,
Begitu banyak sekali,
Tapi jarang-jarang aku sujud syukur padamu,
Ketika aku asyik melakukan dosa pada-Mu,
Kau masih berikanku keupayaan menikmati sebutir nasi,
Ketika aku lupa menunaikan kewajipanku terhadap-Mu,
Kau tetap menghadiahiku berjuta keselesaan…
Ya Allah,
Aku…Aku…Aku…
Memang tidak layak mengecapi nikmat abadi melihat wajah-Mu di akhirat kelak,
Memang patut digantikan dengan seorang hamba yang soleh,
Aku memang keji,
Aku memang hina,
Aku memang tidak akan pernah cukup bersyukur pada-Mu…
No related posts.





memang Allah xpernah putus2 bagi nikmat kat kita..tp kita slalu lupa..dan sekecil2 nikmat yg Allah beri itu adalah nikmat oksigen yang kita hirup utk bernafas ni..bygkn lah 1saat je Allah putuskn bkalan O2..masyaAllah..thanx for sharing dis this beatiful poem..