
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).
Situasi satu: Marah
Panas. Sangat panas. Meluap-luap hati Mamat setelah perlawanan bola antara Kelantan dan Negeri Sembilan tamat. Hatinya tambah mendidih melihatkan penyokong ‘hoben jang hoben’ di belakangnya tak putus-putus bersorak atas kemenangan mengalahkan pasukan ‘gomo klate gomo’. Dia tak puas hati. Terus dia bangun dari kerusi untuk menerkam orang di belakangnya. Baru sahaja dia berpaling, tiba-tiba terdengar satu kekecohan di balik stadium.
Api yang marak.
Asap yang berkepul.
Suasana gamat.
Dan Mamat turut terpana…

Kalaulah Mamat tahu, yang Rasulullah saw pernah pesan…
“Laysa as-syadidu bissur’ati, wa la kinna as-syadidu man yamliku nafsahu ‘indal ghadabi.”
Kekuatan itu bukan terletak pada orang yang pandai bergelut, tetapi ia terletak pada orang yang pandai menguasai nafsunya ketika marah. (Riwayat Al-Bukhari)
…mungkinkah Mamat dan mamat-bakar-kerusi tu akan biarkan perkara seperti tadi tetap terjadi..?
Situasi dua: Kehilangan
Siti berlari ke arah Bilik Kecemasan. Dia sendiri baru sahaja menerima jahitan di dahi selepas mengalami kemalangan jalan raya apabila kereta yang dipandu sahabatnya hilang kawalan. Hatinya tidak keruan. Sahabatnya Nurul yang memandu tadi telah mengalami kecederaan yang sangat teruk. Siti mundar mandir di luar bilik bedah itu sehingga akhirnya, seorang doktor yang masih bertopeng muka keluar. Siti memandang penuh mengharap. Namun gelengan kepala dari doktor itu cukup untuk menghancurkan hatinya.
Siti hilang kawalan.
Dia meraung..
Dia meratap..
Dan dia mula menyalahkan takdir atas apa yang berlaku..
Kalaulah Siti ingat, yang Allah swt sangat memuji mereka yang bersabar…

“…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 177)
…menyintai mereka yang bersabar…

“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)
…dan ada bersama orang yang bersabar…

“Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)
Mungkinkah dia masih meraung, meratap dan membiarkan dirinya terus berada dalam kegelapan, setelah Allah campakkan sedikit ujian ke atas dirinya?
Situasi tiga: Masa
Sabar juga melibatkan keadaan dalam membuat sesuatu keputusan. Penantian juga sangat memerlukan kesabaran. Keputusan yang dibuat, contohnya perpindahan, atau mendirikan rumah tangga, apabila ianya tiada penelitian yang rapi dan perbincangan dari pelbagai pihak, hanya akan mendatangkan mudarat pada diri sendiri. Allah juga melarang perbuatan yang tergesa-gesa sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud,

“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka…” (Al-Ahqaf: 35)
Kadang-kadang kita merasakan sesuatu perkara itu perlu diselesaikan secepat mungkin. Contohnya dalam peperiksaan. Semuanya nak kena cepat sebab takut habis masa. Tapi kesannya, banyak kesalahan yang dibuat dalam peperiksaan itu apabila soalan-soalan yang dibuat tidak diteliti dengan betul.
Kalut dan tergesa-gesa itu penyakit. Ubatnya adalah sabar.
Iktibar kisah Rasulullah s.a.w
Ada banyak kisah tentang Rasulullah yang boleh diambil pengajaran apabila menyentuh tentang sabar. Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik-baik qudwah (contoh) bagi seluruh manusia di muka bumi. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat.
Ada satu masa, Rasulullah s.a.w mempunyai seorang jiran berbangsa Yahudi. Perempuan tua itu sangat bencikan Rasulullah s.a.w. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mensabotaj baginda; Rasulullah dicampak najis, dibiarkan duri di tengah jalan baginda, dan berbagai lagi. Namun, tidak pernah sekali pun perbuatan itu dibalas olehnya. Baginda tetap dan terus bersabar walaupun diperlakukan sebegitu rupa. Hinggalah satu hari, tiada najis yang dicampakkan kepadanya. Tiada duri yang menghalang jalannya. Perkara ini berlanjutan hingga beberapa hari hingga menimbulkan rasa pelik pada baginda. Ke manakah perempuan tua itu pergi? Sudah bosankan dengan perbuatannya selama ini?
Lalu Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk menziarahi perempuan tua itu. Setibanya baginda di rumah jirannya itu, baginda mendapati yang perempuan tua itu terlantar sakit di biliknya. Maha suci Allah, betapa mulianya hati Rasulullah s.a.w kerana setelah selama ini diperlakukan dengan hina, apa yang beliau balas adalah dengan menjaga perempuan itu. Makan minumnya diuruskan, sehinggalah perempuan tua itu beransur pulih. Betapa kesabaran dan kemuliaan pekerti Rasulullah s.a.w dapat menyentuh hati perempuan tua itu hingga akhirnya, beliau turut memeluk Islam…
“Laysa as-syadidu bissur’ati, wa la kinna as-syadidu man yamliku nafsahu ‘indal ghadabi.”
Kesimpulannya di sini, sedarkah kita sekarang bahawa sabar itu bukan sahaja dapat membendung tercetusnya kejahatan, malah ia dapat membimbing kejahatan ke arah kebaikan?
Masih marah?
Berdukacita?
Tergesa-gesa?
…Fasabrun jameel… (Yusuf:83)
“Bersabarlah. Kerana sesungguhnya sabar itu sangat cantik…”
Nota: Lagi ayat2 quran tentang sabar : Ali Imran: 200, An-Nahl: 127, Al-Anfal: 46, Yunus: 109, Hud: 115. Dalam Qur’an juga terdapat lebih kurang 103 kali perkataan Sabar diulang, menunjukkan pentingnya tuntutan sifat ini di sisi Allah.
Related post(s):Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana yang muram menjadi ceria, yang sepi bertukar gamat. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam...
Ada satu kisah ni pasal seorang budak yang tak reti bersyukur. Nama budak tu Ahmad. Sebelum exam, dia banyak main. Tak serius. Study tu ada...
Segala di dunia ini tak akan ada yang kekal. Harta benda, pangkat darjat, kecantikan… Semuanya sementara. Pernah dengarkah, yang kecantikan itu hanyalah senipis kulit? Kadang-kadang...





Salam wbt.
Subhanallah. A good one.
salam..thanks to the writer for such a good post…
Assalamualaikum wbt…
saya sebagai seorang admin Ataphijau, sangat berbangga dengan penulis2 ataphijau yang baru-baru nih…idea2 mmg segar dan kreatif…best baca..macam santai dan cool jer..tp banyak manfaatnyer..keep up the ggod job yer…
owh insiden mamat-bakar-kerusi itu sangat memalukan..bila kesabaran di penghujung kewarasan begitulah jadinyer..
wallhu’alam
sangat kagum dgn sifat sabar rasulullah.. kalaula kita yg kena macam tu, mau berbakul2 sumpah seranah maki hamun abis kuar. kalo org yg pedajal tu dah takde, agaknye siap buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam..
hehe
hopefully kita bukan la macam tu.. kata ummat nabi kan, sebaiknya cuba la ambik pengajaran dr qudwah kita. mungkin nampak susah. tapi insyaAllah.. jgn kata tak boleh selagi tak cuba!
sifat sabar itu sangat cantekk..dan benda yang cantek,bukan mudah utk mendapatkannya…maka marilah kita berlumba2 menghias diri dengan keindahannya:)