
Assalamualaikum wbt..
Semasa usrah tadi, saya begitu tertarik dengan perkongsian sahabat kita mengenai tokoh wanita yang beliau sangat kagumi, iaitu Mother Theresa.
Antara sebab mengapa beliau mengagumi Mother Theresa ini adalah disebabkan simplicity beliau dan sifat beliau yang sangat penyayang. Antara quote beliau yang begitu menyentuh hati saya adalah “No matter who says what, you should accept it with a smile and do your own work.” Hal ini berkaitan dengan pendirian tegas beliau yang menentang aktiviti pengguguran anak dalam kandungan dan kes penceraian. Beliau tidak mudah terkesan dengan tohmahan dan cercaan masyarakat yang mencemuh beliau kerana kerja-kerja kebajikannya. Menjadi norma bagi segelintir masyarakat yang tidak betah duduk kerana ada pihak-pihak yang berusaha melakukan kebaikan. Ada sahaja yang akan dilakukan bagi mematahkan semangat sahabat-sahabat yang berjuang untuk mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sindiran yang terang-terangan ditujukan kepada sahabat-sahabat kita ini kadang-kadang boleh menggugat kekuatan sahabat-sahabat kita untuk terus berjuang (mungkin saya sahaja yang rasa sebegini). Tapi apa yang kita cari sebenarnya? Redha Allah atau redha manusia?
Haa.. itulah sebenarnya yang saya nak kupas kali ini. Saje je nak start dengan quote Mother Theresa sebab saya rasa perkongsian ilmu itu sangat digalakkan. Walaupun beliau bukan Muslim, tidak bermakna apa yang beliau katakan itu salah. Mungkin kita boleh mencontohi beliau dan berazam untuk menjadi seorang yang lebih baik dari beliau. Berbalik kepada soal mencari keredhaan.. Mana yang kita nak cari sebenarnya? Redha Allah atau redha manusia? Saya bagi contoh la (bukan untuk mengaibkan ye) .. Ada seorang hamba Allah ni, kelas bermula jam 9 pagi, solat Subuh pukul 6 pagi tak bangun , tak buat pun. Tapi bila jam 8.40 pagi, kelam-kabut bangun mandi dan terus pergi kelas. Tak pelik ke? Kelas boleh pergi, tapi solat yang terang-terangan disebut dalam Al-Quran tentang kewajipan melaksanakannya tu boleh pula dipandang sebelah mata. Nak cari redha lecturer (keberkatan katanya..) tapi redha Allah terhadap kita dalam menunaikan kewajipan sebagai hambanya bagaimana? Suka untuk saya kongsikan puisi yang ditulis oleh Mother Theresa, tajuknya Anyway.
People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.
Dalam rangkap terakhir puisi beliau disebutkan, di pengakhiran hidup kita, segalanya adalah antara kita dan pencipta kita sendiri, tidak melibatkan orang lain pun.
Bila rakan-rakan sudah dijadikan tempat bergantung….
Siapakah yang lebih sempurna untuk dicari keredhaannya? Allah yang Maha Sempurna dan Maha Kekal, ataupun manusia yang serba kekurangan ni ???!!
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia.”
Fikir-fikirkanlah.
Kepada sahabat-sahabat yang disayangi, teruskanlah berjuang. Marilah kita sama-sama berusaha mencari keredhaan Allah, tapi hubungan kita dengan manusia juga perlu dijaga. (Pesanan untuk diri sendiri)..
Related post(s):
MANUSIA DAN TEORI MATERIALISTIK Firman Allah S.W.T.: “Kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup dan sekali-kali...
Belajar Bukan Untuk Periksa… “Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri…” Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan...
Kisah 1: Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya… Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. ...




owh…bagus betul entry ini…ish nampaknya penulis2 atap hijau semakin hari menghasilkan artikel-artikel yang sungguh berkualiti..syabas bete…hihihih
anyway, saperkah mother teresa nih yer..nama cam familiar, tp x sure…bleh citer sket saper die..hehehe..
owh saya sgt berkenan dengan sajak anyway tuh..wohohoho…sgt menarik
Salam wbt
sedikit perkongsian tentang Mother Theresa ni.. beliau dilahirkan di Macedonia pada tahun 1910, seorang yang sangat menggemari kerja-kerja kebajikan untuk orang-orang di dalam kesusahan. Umur 18 tahun, berpindah ke India because she found that she can help more helpless people there.
Pernah menubuhkan “Home for Dying”, kira macam rumah perlidungan for those yang sakit menunggu ajal tapi takde family untuk menjaga. Beliau dikecam hebat juga disebabkan penubuhan rumah ini sebab ada yang kata dia takde qualification utk treat mereka2 yang sakit ni..ada yang kata sebab orang masuk rumah “Home for Dying” tu la lagi ramai orang mati.. tapi biasala .. mulut orang, ade je yang tak kena.
Sebab tu ada quote from Mother Theresa yang berbunyi “No matter who says what, you should accept it with a smile and do your own work.”
beliau juga pernah cakap – “In this life, we cannot do great things.We can only do small things with great love.” Tak kisah la kan kalau apa yang kita buat tu macam tak memberi impak yang membesar kepada sesuatu perkara, but what matter most is our effort to do something.
Mother Theresa ni pun pernah menang Nobel Peace Prize in 1979.
Ni sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan melalui perkongsian sahabat saya dalam usrah semalam. Hope this helps.
nice one=)
a very good reminder for me=)