Posted by Umayr | Posted in Akhlak, Cerpen, Ekonomi, Pengumuman | Posted on 13-11-2009

“weyh tadi mase aku nak balik dr town, aku nampak pakcik kedai Mubarak(bukan nama sebenar) ni macam bawak daging BABI masuk kedai dia!!!” kata jeha(bukan nama sebenar)
“serius!!!! (muke terkejut)..Weyh biar betul,ko mmg nampak tu daging BABI ke? Jangan main tuduh je,ramai kot malaysian yang slalu gi beli ayam kat situ.. aku pon slalu beli ayam kat situ…camne ko tau tu BABI??” kata si lijah(bukan nama sebenar juga)
“betol weyh, aku yakin tu daging babi, aku tgk kaki dia, hidung tu x sure ar plak, tapi mmg aku yakin la tu bukan kambing, sah2 la lain bentuk dia kan…”kata jeha
“huuu klu gitu mmg da x boleh beli kat situ la.. sbb kita x tahu, tah2 dia guna pisau sama ke, da jadi was-was dah halal ke tak ayam yang kita dok beli kat situ, next time mmg kne beli kat kedai Aisyah(nama sebenar-promote sket~) la plak, yg tu insyaAllah mmg diyakini halal” kata lijah
“haah, walaupun jauh dan kena panjat bukit sikit, tapi itulah sumber yg kita yakini halal, so kite kena la usaha” kata jeha…..
Hurmmm, rancak betul perbualan seseorang muslim bila timbul isu babi ni, terutamanya dalam bab makan dan minum yang merupakan daily routine kita. Even kalau terbeli baju,kasut atau barangan yg berunsurkan BABI, ade je yang terus buang tanpa mempersoalkan boleh ke tidak untuk memakainya walaupun kos membelinya ada sampai 20-30 euro. Begitulah sensitivity umat islam bila berkait dengan Babi ni.
Firman Allah:

“Sesungguhnya dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah ,daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa yang terpaksa(memakannya),maka tidak ada dosa baginya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
( al-baqarah:173)
Dalil lain tentang pengharaman babi bolehlah rujuk ayat berikut:
Al-maidah:3, Al-an’aam:145, An-Nahl:115
Sepanjang hidup saya menetap di cork ni, alhamdulillah memang semua malaysian(muslim) memang sangat menjaga dari segi makanan halal dan semestinya tak ada la yang makan babi. Sebab tu memang dah jelas dan nyata termaktub dalam al-quran tentang dalil pengharamannya. Tinggal di negara majority non-muslim tidak menjadi penghalang untuk muslim disini berusaha mendapatkan makanan halal.
Bila bercakap tetang haramnya BABI, teringat pula tentang riba’. Riba tu pun haram kan?
Firman Allah:
“Orang-orang yang memakan riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaiton kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba’. Padahal Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. Barang siapa mendapat peringatan dari tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya terserah kepada Allah.Barangsiapa yang mengulanginya, maka mereka itu penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya”
(al-baqarah:275)
Selain daripada itu, dosa riba’ juga merupakan antara dosa yang Allah dan rasulullah sendiri mengisyhtiharkan perang.
Allah s.w.t berfirman:

“Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba’ jika kamu beriman(278)
Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkanlah perang dari Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika kamu bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim(merugikan) dan tidak dizalimi(dirugikan)”(279)
(surah al-Baqarah ayat: 278-279)

Astaghfirullah, betapa besarnya dosa Riba’, sehingga Allah dan Rasulullah sendiri mengisyhtiharkan perang pada mereka yang tidak mahu meninggalkan riba’. Kalau diteliti ayat pengharaman riba’ dan ayat pengharaman babi yang telah dikemukakan, dapat dilihat bahawa dosa terlibat dengan riba umpama lebih berat dari terlibat dengan makan makanan yang haram. Tetapi, realitinya hari ini, tidak ramai umat islam yang benar-benar sensitive dengan isu riba’ sebagaimana mereka sensitive dengan isu babi dan makanan halal. Sekurang-kurangnya, dalam hal babi dan makanan halal, masih terdapat rukhsah(keringanan) diberikan oleh Allah bagi mereka yang berada dalam keadaan darurat. Tapi adakah wujud keringanan dalam riba? Bahkan Allah mengisyhtiharkan perang bagi mereka yang tidak mahu meninggalkannya.
Cuba kita tanya diri masing2 kenapa kita tidak memberatkan hal riba’ ni dalam kehidupan seharian kita? Adakah disebabkan suasana sekeliling kita atau didikan yang kita terima? Dari kecil kita diberitahu bahawa babi itu haram dan haram bagi umat islam untuk memakan daging yang tidak disembelih oleh umat islam. Dan hasilnya, alhamdulillah kita dibesarkan dgn satu kefahaman yang kukuh tentang pengharaman babi sehingga jika ditimbulkan tentang isu babi, perkara ini sampai mampu menggegarkan media contohnya isu penternakan babi di malaysia. Tapi adakan reaksi yang sama akan timbul jika isu riba’ ditimbulkan di Malaysia? Adakan masyarakat islam di Malaysia akan memboikot bank konvensional sepertimana mereka membantah adanya tempat penternakan babi?
Pernah isu riba’ ini ditimbulkan dikalangan muslim dia cork. Jom kita ubah sikit cerita sketsa babi di awal tadi kepada cerita riba’ pula…kita tgk realiti apa yg berlaku…
“weyh, aritu aku gi PUISI 08, Ustaz Zaharuddin ade menerangkan tentang riba dalam bank konvensional.” Kata jeha
“bank konvensional? Ape tuh?” kata lijah
“ bank yang kita guna kat ireland ni la. Yang bukan islamic bank.contohnya mcm AIB, BOI yang kita pakai skang” Kata jeha
“tapi kat sini mana ade islamic bank, takkan la kita nak keluar dari AIB dan BOI kot? Susahlah gitu” kata lijah
“ owh tapi aku da check da, BOI tak ada interest weyh. Tapi AIB ada 0.025%. so by right, kita semua patut berhenti guna AIB. Sebab dalam tu ade interest. Interest tu la ribanya, kita semua tahu riba’ tu haram. Sekarang kita kiranya ade option untuk berubah ke bank yang tak ada interest which is BOI, so nak tak nak, dah jadi kewajipan kita untuk tukar ke BOI” kata jeha
“alaaa susahla gitu, dah la BOI tu tak user friendly, internet banking dia pun complicated. Lagipon, 0.025% je. Bukan aku nak ambil pon, nanti aku asingkanla interest tu, bagi pada badan kebajikan” kata lijah….
*dialog diatas hanya sebagai contoh, maaf kalau adanya terasa. Just nak tunjuk reality muslim sekarang bila bercakap tentang isu riba’
hurmm berfikir sejenak…tadi bila bila ckp je ternampak babi kat kedai ayam tu. Terus si lijah decide untuk tukar kedai tempat dia beli ayam tu, tak kira la walau jauh macam mana sekalipun kedai ayam yang ditanggung halal dan tidak bercampur dengan unsur-unsur haram itu.
Mungkin kita semua tidak rasa riba’ tu cukup haram untuk dibenci dan dihindari. Jadi, saya rasa kita sendiri patut didik rasa benci dan jijik pada najis riba’ sepertimana kita agak geli dengan babi. Memandangkan hukum memakan babi dan riba kedua-duanya diharamkan oleh Allah. Cuba kita bayangkan riba itu seperti babi… kalau inginkan gambaran yang lebih jelas, bolehlah kita beri contoh bank yang kita guna di cork ni sendiri. Bayangkan setiap interest yang dimasukkan dalam account statement kita tu umpama bahagian2 jasad babi yang selama ini kita sendiri pun tak nak sentuh dengan kulit kita. Bayangkan ….
0.025% kaki babi dalam bulan january
0.025% hidung babi dalam bulan februari
0.025% ekor babi yang macam spring tu untuk bulan march
Dan seterusnya… akhirnya lengkaplah seekor babi berwarna pink yang comel dalam account anda…. kalau kita geli daging babi diletakkan ditepi ayam halal kita kerana dikhuatiri bercampur, kenapa kita tak rasa jijik bahagian2 riba(interest) yang tercampur baur dalam duit kita dalam bank? Memangla tidak nampak secara lahiriah interest tu bercampur. Tapi kalau kita betul2 fikir, betapa riba’ itu haram, sepatutnya kita mempunyai rasa yang sama pada interest yang masuk dalam account kita. Sama2lah kita fikirkan wahai kawan-kawanku sekalian.
Sanggupkah kita biarkan hidup kita, anak-anak kita, cucu cicit kita terus dibesarkan dengan perkara yang jelas haram dan dibenci oleh Allah. Mungkin inilah masanya untuk kita semua mendidik diri kita tentang kotor dan jijiknya riba’ disisi islam. So ape tindakan kita sekarang???…
Bismillahirrahmanirrahim… Saban hari di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, ramai yang menaikkan status tidak sabar untuk pulang, atau sudah kegembiraan tiba di tanah...





say NO to vavi. say NO NO NO to riba’!
Subhanallah..support MK..say NO to vavi. Say No No No to riba..hehehe..
btw umayr, tulisan anda ini sgt bagus..*clap2*..i mean it’s creative and fun to read..keep up the good work..
mcm nk tulis banyak lg ayat2 pujian tp kang panjang berjela..so just know it a good one and so beristiqamah lah..good job..
salam. analogy yg bgs. org islam skrg yg sedar pasal kepentingan islam ataupun tidak, yg berjuang utk tegakkan islam ataupun tidak; ramai yg samanya bila dtg pd riba – lupa dan alpa. why interest is not accepted even if it’s offered by the bank itself is because islam forbids unjust even if the bank wants it. let me clarify, the interest rate is fixed and even if the bank lose in their investment, it still has to pay the interest. this unfairness is not tolerated in islam. if the interest rate is based on the bank’s gain, then it is allowed. another thing is, the bank is not obliged to give any interest or bonus if it doesn’t want to as we are saving our money in it just for the sake of saving and not investing. in investments, the risks are shared by the bank and its investors. in fact, if you save in a bank, you’re supposed to pay the bank for your money that it is taking care of for you. learn more about economics and you’ll see how just the islamic economics is. i challenge you to bring sth within islam that is unjust that i or some other true muslim scholars can’t explain or clarify (not in my mind to liken myself to true muslim scholars). i challenge you if you can.
orang hanya terkesan pada benda yang nampak…kena sebarluaskan lagi ilmu ekonomi Islam ni…tak sedar ramai orang Islam dapat dosa percuma kerana mengamalkan riba’
Alhamdulillah, satu artikel yang sangat bagus. Mesej yang jelas dan seharusnya mudah untuk difahami oleh semua orang.
Aah, hari tuh pun k.Asma’ ada cakap yang BOI ni interest-free, So sebenarnya ‘by right’ kita ada ‘option’ atau pilihan untuk amalkan kewangan bebas riba’. Memang BOI agak leceh dr segi internet banking, tapi kena juga usaha. Sebab nak menggapai syurga tuh bukan dengan bergoyang kaki dan tangan.
Mari sama-sama berpindah kepada BOI..If kita sepakat berpindah kepada BOI ramai2, insyaallah kita secara tak langsung berjaya memberikan tekanan kepada AIB untuk menyediakan akaun bebas riba’ kepada orang2 minoriti seperti kita. Rules of bussiness kalo nak berjaya, kenalah la sediakan product if dah ada demand. Betul ke?hahaha.. rules orang yang minat bisnes, tapi tak pernah belajar bisnes..reka2 sendiri je.
btol2…bagus sesangat bila sentuh benda ekonomi ni guna perbandingan vavi…biar nmpk riba sm jijik bahkn lebih teruk dr vavi tu…xboleh la senang2 nk kate bagi duit interest kt bdn @ tabung kebajikan harta..xde nas pon ckp camtu,cuma zakat la yg boleh sucikn harta…riba tu in d 1st place kena kita perangi..ingat org yg mkn riba tu sbnrny buat kubu nk perangi Allah dan RasulNya..na’uzubillah
[...] post yang lepas (Eeee BABI), kita semua telah didedahkan dengan isu riba (interest) dalam akaun bank konvensional yang kita [...]
Umat seharusnya jelas dgn option of saving in non-riba based a/c,such as current a/c. They can manage it by placing cash that is required for their daily needs in the a/c. The balance(long term saving) can be placed in islamic bank in Malaysia. this would also make them wiser in speanding.Suddenly they will find they have some extra fund for future needs.tq
One need to understand that they have option available in Malaysian Islamic Bank. The bank will use the fund to generate income ,which will benefit muslim economy.They will then share the profit with the depositor as an investor. However we(student) should understand that by depositing our excess fund in Malaysian it help us to manage our spending. Should there any urgent needs they can draw them.Financial planning and management is very important in making us a better and smarter person.