Posted by Saladin Safi | Posted in Akidah, Concern, Dakwah, Miscellaneous | Posted on 10-11-2009

ASAS-ASAS UMAT ISLAM PADA SETIAP MASA DAN TEMPAT
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Maksud Surah al-Nahl (16):90).
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).” (Maksud Surah al-Baqarah (2):256).
“Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam al- Kitab.” (Maksud Surah al-An’am (6):38)
“Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus.” (Maksud Surah al-Isra (17):9).
“Dan bermesyawaratlah dengan mereka adalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Maksud Surah Al ‘Imran (3):159)
“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka.” (Maksud Surah al-Syura (42):38).
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Maksud Surah al- Hujurat (42):13).
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya.” (Maksud Surah Fatir (35):19-20).
“Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.” (Maksud Surah Yunus (10):32).
“Allah telah menetapkan, “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.” (Maksud Surah al-Mujadilah (58):21)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjat), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Maksud Surah Ali ‘Imran (3):139)
Umat Islam memiliki tiang-tiang yang mempunyai ketetapan yang kukuh, yang bersumberkan bimbingan Islam; al-Qur’an yang mulia dan al-Sunnah yang suci, serta sejarah salafus salih. Mereka berpegang teguh padanya dan mengikuti jalannya:
Antara tiang yang menjadi kayu ukur untuk segala perkara dan pemikiran baharu ialah:
1. Alam berserta isinya ialah makhluk (ciptaan); dan tiada pencipta selain Allah.
2. Ibadah seluruh makhluk khususnya malaikat, jin dan manusia hanya tertentu kepada Allah, sama ada ia benda pejal mahupun hidup.
3. Beriman kepada rukun iman (yang enam) merupakan syarat diterima semua amalan di sisi Allah S.W.T., dan juga syarat untuk diselamatkan daripada api neraka serta memasuki syurga pada hari kiamat.
4. Islam merupakan penutup seluruh agama dan risalah, Allah tidak akan menerima manusia selain orang yang memeluk Islam.
5. Manusia ialah khalifah di bumi dan juga sebagai tuannya, segala apa yang ada di alam ditundukkan (oleh Allah) untuk kepentingan manusia.
6. Rasa kemanusiaan pada manusia merupakan hal terpenting dan paling tinggi nilainya di alam ini, tiada yang dapat menandinginya samada kedudukan makhluk atau sesuatu apa pun sama ada yang abstrak mahupun yang kukuh sifatnya.
7. Semua manusia berasal daripada satu sumber. Mereka semua sama dari sudut kemanusiaan. Tiada keutamaan dan perbezaan antara mereka dari sudut fizikal melainkan keistimewaan hanya dengan ketaqwaan dan ilmu.
8. Ibadah kepada Allah merupakan tugas manusia dalam kehidupan, pada seluruh gerak-gerinya setiap saat, malam mahupun siang.
9. Islam ialah manhaj yang sempurna bagi kehidupan, tiada pemisahan antara agama dengan kehidupan duniawi dan juga tiada pemisahan antara ilmu dengan agama dan juga tiada perbezaan antara akhlak dengan agama.
10. Wanita dan lelaki adalah sama dalam soal hak dan kewajipan, kecuali apa yang ditentukan oleh syari’at dalam perkara yang berkaitan dengan fizikal dan kepentingan masing-masing serta kemudahan untuk melaksanakannya dalam kehidupan ini.
11. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencipta manusia dengan sebaik-baik bentuk, memuliakannya antara makhluk yang ada dan menjadikan fitrahnya cenderung kepada kebaikan. Allah menundukkan segala yang ada di langit dan bumi untuk manusia lalu memberi amanah kepada mereka untuk menjadi khalifah di bumi ini. Selain itu, mereka dituntut supaya berpegang teguh pada kebenaran, menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran tanpa rasa takut akan celaan orang yang mencela dalam menegakkannya pada jalan Allah.
12. Menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman, seperti firman Allah dalam Surah al-Nahl (16):90.
13. “Kebebasan merupakan hak setiap Muslim dan bukan Muslim, iaitu bagi semua manusia. Seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2):256. Islam menamai orang yang berdiam diri terhadap hak seorang Muslim sebagai syaitan yang bisu. Umar R.A. pernah berkata, “Tidak ada kebaikan pada kalian jika kalian tidak mengatakannya dan tiada kebaikan pada kami jika kami tidak mendengarnya.”
14. “Sifat universal Islam” Islam merupakan peraturan yang mencakupi seluruh aspek kehidupan, seperti firman Allah dalam Surah al’An’am (6):38, juga seperti firman Allah dalam Surah al-Isra (17):9. Maka tiada pemisahan antara agama dengan ilmu, juga antara agama dengan politik sebagaimana juga tiada pemisahan antara agama dengan ekonomi.
15. “Peraturan Islam diasaskan pada musyawarah, sebagai dasar hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Seperti firman Allah dalam Surah Al ‘Imran (3):159, dan juga seperti firman Allah dalam Surah al-Syura (42):38.
16. Islam menjamin kesamaan manusia dalam soal asal-usul, tempat kembali, hidup dan mati, juga berhubung dengan hak dan kewajipan. Tiada perbezaan antara manusia kecuali dengan taqwa, seperti firman Allah dalam Surah al-Hujurat (42):13.
17. “Peraturan Islam merupakan peraturan manusia dan menyeluruh. Dalam Islam tidak diharuskan bagi sesiapa pun untuk taksub atau fanatic terhadap warna kulit, bangsa dan sukunya, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bukan termasuk golongan kami orang yang menyeru kepada fanatic” ‘Umar ibn al-Khattab berkata, “Kenapa kamu memperhamba manusia, padahal ibu-ibu mereka telah melahirkan mereka sebagai orang yang merdeka.”
18. “Islam memuliakan kaum wanita sama seperti kaum lelaki dan menegakkan kehidupan bagi kedua-duanya, menghapuskan kezaliman yang menimpa kaum wanita di kalangan pelbagai bangsa di muka bumi ini. Islam juga memberikan hak-hak individu, kemasyarakatan dan ekonomi serta yang lain kepada kaum wanita kecuali hal-hal yang tidak selaras dengan bentuk fizikal dan fitrahnya.
19. Islam mewajibkan usaha mencari ilmu, memberikan dorongan kepada ‘ulama’ dan memberikan bekalan berupa akal dan orang yang pintar. Seperti firman Allah dalam Surah Fatir (35):19-20. Antara asas tersebut juga, Islam memelihara kepentingan individu dan masyarakat tanpa wujud perbuatan jahat dan permusuhan antara satu pihak dengan yang lain. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya bagi dirimu ada hak, bagi Tuhanmu ada hak, bagi tetamumu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya… berikanlah hak kepada setiap yang berhak.
20. Selain itu, termasuk juga dalam tiang tersebut ialah agama Islam merupakan suatu kebenaran dan yang lain sama ada merupakan agama mahupun pemikiran ialah kebatilan dan kesesatan. Seperti firman Allah dalam Surah Yunus (10):32. Allah S.W.T. telah menjadikan kalimah Islam ini tinggi dan kalimah orang-orang kafir rendah dan juga telah menjadikan kemenangan sebagai sekutu bagi kaum Muslimin yang jujur, seperti firman Allah dalam Surah al-Mujadilah (58):21, juga seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran (3):139.
ISLAM DAN ASAS PERBEZAAN Firman Allah S.W.T.: “Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.”(Maksud...
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu Surah...
SIKAP TOLERANSI ISLAM KEPADA BUKAN MUSLIM Firman Allah S.W.T.: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu...
‘Assalamualaikum sedare,cukup-cukup la wat keje macam nih sedare,tak baik’ ‘takper2.aku muda lagi..umur aku baru 17.sweet 17 la katakan.nanti dah tua aku bertaubat la’ ‘eh sedare...
Aku kelu, Aku marah, Aku pelik, Aku geram, Telatah manusia yang makin tak masuk akal, berkopiah putih, berserban, berbaju melayu, baru sahaja menemui Illahi,...





