Atap Hijau Rss

Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 1: Syukur

2

Posted by corniche | Posted in Akhlak, Cerpen, Miscellaneous | Posted on 09-11-2009

Ada satu kisah ni pasal seorang budak yang tak reti bersyukur. Nama budak tu Ahmad. Sebelum exam, dia banyak main. Tak serius. Study tu ada la dua-tiga saat. Lepas tu bila dah buat exam, baru dia cuak gila-gila. Tak lain tak bukan mesti susah nak jawab. Arakian kerana takutkan gagal, Ahmad pun berdoa la bersungguh-sungguh.


“Ya Allah, jangan la bagi aku fail.. tak dapat first class honor pun tak pe. asalkan pass. tolongla aku.. Ameen2!”

Macam tu lah semangatnya dia berdoa.

Nak jadikan cerita, result diorang pun keluar. Dan subjek yang ahmad main-main tu dia dapat 69%! Wah.. itu sudah bagus. Tapi…

“Arghh..slack betullah. Satu je lagi dah nak first class! Ruginyeee..” Ahmad tak puas hati.


Tengok, tak reti bersyukur kan? haih…


***

Kisah Ahmad ni cuma salah satu contoh babak-babak manusia dalam pentas dunia. Antara sedar ataupun tidak, kadang-kadang kita juga tak terlepas dari bersikap macam Ahmad itu. Kadang-kadang kita tak sedar diuntung; nikmat dan pemberian Allah melimpah ruah, tapi masih merasakan semua itu tak mencukupi.

‘Jangan kufur nikmat yang diberi percuma.’ pesan Too Phat dalam lagu Alhamdulillah.

Persoalannya, mengapa kita harus bersyukur?

Di dalam Al-Quran Al Kareem sendiri, ada suruhan dari Allah swt terhadap hambanya supaya bersyukur. Dalam surah Ibrahim, ayat 7;

[14:7] Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

Allah swt telah pun mengurniakan kita bermacam jenis nikmat, yang mana di antaranya adalah nikmat pancaindra iaitu melihat, mendengar dan merasa. Maka sesungguhnya apabila manusia bersyukur, ia adalah untuk kemaslahatan dirinya sendiri, dan barang siapa yang kufur yakni yang tidak bersyukur, maka yang rugi adalah dirinya sendiri. Dia sedikit pun tidak merugikan Allah, sebagaimana yang bersyukur tidak menguntungkan-Nya, kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada apapun. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman, ayat 12;

[31:12] Dan sungguh, telah Kami Berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, “Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’

Seterusnya, bagaimana pula caranya untuk kita bersyukur?

Pertama. Bersyukurlah dengan hati.
Dengan menyedari sepenuhnya yang nikmat yang diperolehi adalah anugerah dari Allah swt, bersyukur dengan hati membuatkan manusia untuk menerima anugerah itu dengan hati yang senang tanpa mempertikaikan sedikit pun walau sebesar mana pun nikmat yang diterima itu.
Kemudian, syukurlah dengan lisan.
Bersyukur dengan lisan adalah dengan mengakui anugerah yang diterima dengan ucapan ‘Alhamdulillah’,  segala pujian hanya untuk Allah. Kerana Dia lah yang Maha Sempurna dan layak menerima segala pujian.
Dan akhirnya, bersyukurlah dengan perbuatan.
Dengan mengenal Allah, seseorang akan kagum dan patuh kepada-Nya, dan dengan mengenal dan mengetahui fungsi anugerah-Nya, seseorang akan memiliki pengetahuan yang benar lalu atas dorongan kesyukuran itu, ia akan melakukan amal yang sesuai dengan pengetahuannya, sehingga amal yang lahir adalah amal yang tepat..

***

Ahmad terduduk sejenak, merenung cermin di dinding bilik. Baru sahaja surah Luqman di habiskan bacaannya malam itu. Di antara ayat-ayat di dalam surah itu, ayat ke-12 sangat memberi tamparan padanya. Tamparan yang menyedarkannya dari satu lamunan dunia yang panjang. Terasa begitu kesal kerana selama ini dia tersasar dan lalai dari mensyukuri yang Maha Kuasa. Wajahnya diraup sebelum tangan kembali menadah..
Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaikkan Kejadianku, Maka Baikkanlah juga Akhlakku..”

Ameen

No related posts.

Comments (2)

hmmm…manusia mmg ssh nk bsyukur kn?!… bila blk msia,komen “panas la..etc etc” …tp bila dh smpai kt ireland yg sjuk,komen psl hujan lak…padahal Allah dh turunkn hujan tu as hujan rahmat… (hmm,pringatan utk diri sniri jgak yg kdg2 terlepas ckp,mengeluh psl climate..)

assalamualaikum wbt…

a good entry i wud say….i like the lyric of the song, i mean ‘alhamdulillah’ so much..mcm keseluruh lg tuh dah cukup menceritakan ttg syukur..hihihi..manusia paling payah utk bersyukur adalah ketika nikmat Allah melimpah ruah dgn banyaknya..lg banyak nikmat yg Allah bg lg tamak haloba manusia..juga manusia paling payah bersyukur bila ditimpa kesusahan..selalu menyalahkan Allah kenapa bg kesusahan..sekiranya kita mampu bersyukur ketika sgt senang, pasti kita akan mampu bersyukur ketika sgt susah..and vice versa..so maksudnya, kena bersyukur dalam semua keadaan..hihih

target Nur Islam..makan nasik sampai habis setiap kali..jgn membazir..kalo x nmpak sgt x bersyukur..huhuhu

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau