Atap Hijau Rss

Wang Ehsan, Royalti dan Penangkapan Dr. Asri

4

Posted by Abdullah | Posted in Penulisan, Politik | Posted on 06-11-2009

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, hari ini ‘weekend’ muncul kembali setelah hari minggu yang panjang. Bermacam-macam hal yang timbul dan perlu diuruskan sepanjang beberapa hari yang lalu. Kini, masih belum selesai. Tapi biarlah. Lupakanlah sejenak hal-hal di sekeliling. Lebih menarik kalau difikirkan perkara-perkara lain yang lebih menarik misalnya isu-isu di tanahair. Kalau di Malaysia, sepanjang minggu yang lalu, macam-macam jugak yang berlaku dan tak kurang sensasinya. Bermula runtuhnya jambatan 1 Malaysia, penangkapan Dr. Asri, isu wang ehsan dan bermacam-macam lagilah. Seronok juga baca. Sekurang-kurangnya boleh ‘update’ pasal isu semasa dan mematangkan fikiran daripada membuat perkara-perkara yang tak berfaedah.

Saya tak berminat sangat nak tulis pasal jambatan 1 Malaysia yang runtuh tu. Lagipun tak paham sangat dengan konsep 1 Malaysia ni. Tak tau la kalau kawan-kawan yang lain paham. Mungkin ramai lagi yang tak paham. 1 Malaysia tak paham. Haha. Bagaimanapun takziah saya tujukan kepada keluarga mangsa. Harapnya perkara sebegini tak berlaku lagi. Kalau nak pilih kontraktor tu pilihlah yang elok-elok dan bertauliah. Baru jambatan tak runtuh. Haa. Cakap pasal tauliah ni teringat pulak cerita Dr. Asri yang kena tangkap pasal bagi ceramah tanpa tauliah. Saya akan ceritakan kemudian. Nak tulis pasal wang ehsan dulu.

Pelantar Minyak Cakerawala


Pelantar Minyak Cakerawala terletak kira-kira 150 km dari pesisir pantai Kelantan

Dalam sidang parlimen baru-baru ni, Pak Najib ada umumkan pemberian wang ehsan kepada negeri Kelantan. Pemberian wang ehsan ini ekoran daripada tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan menuntut wang royalti tertunggak sejak tahun 2004 sebanyak 1 billion ringgit daripada kerajaan Persekutuan. Wow! Memang banyak tu. Kalau dapat 1 billion memang kaya la Kelantan. Tapi tak tau la. Bergantung kepada pengurusan wang jugak rasanya. Pasal Terengganu, Sarawak  dan Sabah dah lama dah pun duk dapat duit royalti tu. Lagi banyak dari jumlah tuntutan negeri Kelantan. Tapi negeri-negeri ni masih antara negeri termiskin di Malaysia. Macam mana tu. Tak paham. Kalau kat Terengganu, dulu depa dapat royalti, tapi sekarang dapat wang ehsan. Bila Pas memerintah Terengganu suatu masa dulu, royalti dah tak diberikan tapi digantikan dengan wang ehsan. Kalau nak bandingkan wang ehsan dengan royalti yang merupakan 5% daripada hasil keluaran minyak di perairan negeri Terengganu, memang x seberapa lah. Itu pun wang ehsan tak dapat pun kat kerajaan negeri Terengganu masa tu. Semuanya disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri tersebut. Patutnya bagilah kat kerajaan negeri yang memerintah masa tu. Barulah senang depa nak rancang pembangunan ka apa ka. Bila dah tukar kerajaan negeri. Buat pulak Masjid Kristal dan Taman Tamaddun Islam. Pakai duit mana tu. Haih. Wang ehsan la kot. Kesian orang Terengganu. Bila dah tukar MB tahun lepas, Mat Said pulak jadi MB, baru la Terengganu dapat balik royalti. Nasib baik Mat Said ni tegas mintak royalti dan Pak lah pulak jadi PM masa tu. Maka kembalilah wang royalti pada Terengganu. Harapnya MB yang agak baru ni dapat la uruskan wang tu elok-elok untuk kebaikan rakyat Terengganu walaupun nampak gayanya kerajaan negeri sekarang macam ada masalah sampai TPM pun kena campur tangan. Mungkin la ni semua orang pun duk ada masalah. UMNO ada masalah. PAS ada masalah. MCA pun ada masalah sampai nak kena buat EGM dua kali.

Balik pada cerita kat Kelantan. Harap orang Kelantan tau la pasal hal ni. Pasal semua ni untuk kebaikan saudara-mara hangpa jugak nanti yang tinggal kat Kelantan tu. Ekoran pengumuman oleh PM baru-baru ni, Kelantan akan diberikan wang ehsan bermula tahun 2010. Jumlahnya tak pasti lagi keran kena buat kira-kira dulu. Nik Aziz bersyukurlah dengan pengumuman tersebut tapi sedkit kecewa pasal apa tak bagi royalti. Patutnya bagi royalti la. Dan ramai jugak la pemimpin Pas di Kelantan yang tak berpuas hati dengan pengumuman tersebut. Mereka kata mesti bagi royalti pasal pelantar-pelantar minyak tertentu seperti Cakerawala dan Bunga Raya memang terletak dalam perairan Kelantan. Ini telah dibuktikan dengan Ekspedisi Misi Royalti beberapa bulan yang lalu yang diketuai Dato’ Husam Musa menerokai pelantar-pelantar minyak tersebut dengan menaiki bot. Hanya 150 km dari pesisir pantai Kelantan. Tak jauh mana pun. Tapi lain la pulak jawab PM. Dia kata Kelantan memang sepatutnya tak dapat apa-apa pun. Wang ehsan ni pun diberikan pasal ada beberapa pelantar minyak yang boleh dipertimbangkan. Tak paham la dengan penjelasan PM. Macam konsep 1 Malaysia jugak. Dia juga kata kedudukan sumber petroleum mestilah dalam lingkungan 3 batu nautika dari perairan negeri untuk mendapat royalti. Tapi kalau tengok balik Akta Petroleum 1974, tak daklah pulak disebutkan syarat-syarat macam ni. Dan kalau betullah kena macam tu, kena 3 batu nautika jugak, patutnya Sabah, Sarawak dan Terengganu pun mana boleh dapat royalti. Depa punya pelantar-pelantar minyak lagi la jauh. Haih. Konfius-konfius. Masa dalam parlimen hari tu, ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak diam menyepi. Barangkali depa pun takut royalti kena tukar jadi wang ehsan implikasi daripada penjelasan PM tersebut. Haha.

Sudahlah dengan isu royalti tu. Ubah topik pulak pasal penangkapan Dr. Asri. Terkejut jugak bila dengar dia kena tangkap. Pasal apakah? Rupa-rupanya pasal dia mengajar tanpa tauliah kat rumah seorang ahli perniagaan yang saya pun dah tak berapa ingat di mana tapi yang pasti di Selangor lah. Masa tu beberapa pemimpin PR pun ada sekali antaranya Zuraidah Kamaruddin (PKR) dan Saari Sungib (PAS). Masa tu lebih kurang tengah malam Ahad, tak semena-mena JAIS pun menyerbu kediaman di mana Dr. Asri memberi kuliah. JAIS pun ada bawak polis bersama mereka masa tu. Ramai la jugak dalam 50 orang. Macam la nak tangkap penjenayah ka apa. Dah la tak dak waran tangkap. Akhirnya Dr. Asri pun  kena tahan la kat balai polis. Keesokkan harinya dia dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk didakwa tapi seorang pegawai JAIS pun tak muncul. Maka tak jadi lah dakwa dan Dr. Asri dibebaskan dengan jaminan bon peribadi. JAIS kata minggu depa baru nak dakwa. Takpa kita tengok la macam mana nanti.

Masa kat mahkamah hari Isnin tu, ramai lah yang datang memberi sokongan kepada Dr. Asri. Apa yang menariknya Marina Mahathir dan pengarah Sisters in Islam, Zainah Anwar juga hadir memberikan sokongan. PM pun mempertikaikan penangkapan tersebut termasuklah orang-orang kerajaan sendiri. Mungkinkah ada tangan-tangan ajaib yang merancang penangkapan tersebut atas sebab-sebab tertentu? Cukupkah sekadar alasan mengajar tanpa tauliah membolehkan seorang bekas Mufti ditangkap? Konfius-konfius. Dr. Asri juga merupakan seorang pensyarah di USM dan mempunyai berberapa orang pelajar di bawah seliaannya. Apakah ini tidak cukup untuk mengiktiraf beliau sebagai seorang yang berkelayakan untuk memberi kuliah? Malah beliau juga seorang bekas Mufti. Ditanya kepada beliau mengapakah beliau tidak memohon tauliah daripada JAIS, beliau menjawab bahawa sejak beliau menjadi Mufti lagi beliau telah dihalang untuk mengajar di Selangor padahal kesemua mufti dari negeri lain dibenarkan untuk mengajar. Jadi mana mungkin pabila statusnya sekarang sebagai bekas mufti akan diberikan tauliah oleh JAIS. Ada juga yang mengatakan beliau mambawa fahaman Wahabi dan macam-macam lagi menjadi punca penangkapan. Tak pasti la pulak.

Menyoroti zaman Dr. Asri sebagai Mufti negeri Perlis tidak lama dahulu, banyak pandangan dan teguran Dr. Asri telah menimbulkan pelbagai kontroversi di tanah air. Setiap kata dan hujahnya menjadi tumpuan pihak media malah khabarnya kolumnya di Utusan Malaysia iaitu Minda Mufti menjadi kolum kegemaran bekas PM kita iaitu Tun Dr. Mahathir. Dr. Asri sememangnya popular. Malah sehingga kini masih lagi diselubungi kontroversi. Baru-baru ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan 13 NGO Islam telah menghantar memorandom kepada Yang Dipertuan Agong membantah perlantikan Dr. Asri sebagai Yang Dipertua Yadim. Dalam memorandum tu, macam-macamlah depa kata pasal Dr. Asri. Antaranya dikatakan pandangan Dr. Asri sentiasa bertentangan dengan pandangan mufti-mufti negeri lain dan beliau jugak dituduh tidak menurut iktikad ahli sunnah wal jamaah daripada 4 mazhab fiqb. Beliau juga dikatakan sebagai seorang yang terlalu muda dan gagal menghayati budaya adab sopan umat Islam di Malaysia. Apa yang agak mengejutkan saya adalah memorandum tersebut juga disokong oleh Persatuan Ulamak Malaysia, JIM, ABIM, Persatuan Ulamak Kedah, Teras dan Persatuan Alumni Kolej Islam. Namun begitu, ini tidak bermakna mereka menyokong penangkapan Dr. Asri. Malah agak sukar kedengaran pihak tertentu yang menyokong penangkapan tersebut. Ada yang mengatakan penangkapan tersebut adalah suatu penghinaan kepada kebebasan bersuara dan menjadi penghalang kepada budaya percambahan ilmu.

Dalam menangani krisis ini, mungkin JAIS kena kaji balik garis panduan yang diguna pakai dalam memberi tauliah kepada penceramah tertentu. Buat masa ni, dah ada lebih kurang 7 orang ustaz yang antaranya pensyarah di UIA yang gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS tanpa sebarang alasan yang kukuh. Saya rasa perkara ini sangatlah penting supaya JAIS sebagai institusi Islam negeri dipandang lebih tinggi oleh umat Islam. Isu memorandum sudah agak reda apabila kedengaran PGSM memohon maaf kepada Dr. Asri atas memorandum tersebut. Tapi mengejutkan la pulak bila tiba-tiba saja hari ni PGSM dan beberapa NGO yang lain mengeluarkan kenyataan mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong tersebut. Huh. Ingat dah nak selesai rupanya masih lagi berpanjangan. Dr. Asri mungkin akan kemukakan saman terhadap PGSM malah ada ahli PGSM sendiri yang akan saman PGSM kerana tak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Makin ‘complicated’ la pulak.

Lama jugak saya menaip ni. Dah nak dekat sejam setengah dah. Abis je kelas tadi terus je menaip. Dah tak larat nak buat kesimpulan kat sini. Takpalah.  Biar pembaca yang buat kesimpulan sendiri nanti. Pandai-pandai lah pikir sendiri ye. Teringat pulak pasal isu wang ehsan negeri Kelantan tadi, walaupun mungkin ada orang Kelantan yang kecewa pasal tak dapat royalti, harapnya esok Kelantan berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Baru. Rasanya dah 40 tahun kot Kelantan tak menang Piala Malaysia. Tup-tup masuk final pulak esok lawan Negeri Sembilan. Semoga kemenangan nanti dapat mengubat kekecewaan pasal tak dapat royalti. InsyaAllah. Tiba-tiba semangat macam orang Kelantan pulak kat sini. Haha. Orang Negeri Sembilan jangan marah pulak pasal saya sokong Kelantan. Al-maklumlah kat Cork ni ramai orang Kelantan. Ok lah. Have a nice weekend!

Wassalam.

No related posts.

Comments (4)

Assalamualaikum..

sian org kelantan..kedengarannya seperti begitu miskin..barulah org nk bg wang ihsan..mendapat duit atas simpati orang..hohoho..

Allah2.harunya malaysiaku kebelakangan ni.allahummahdinassirotolmustaqim

Alaa..dapat duit ehsan bukan boleh kaya pon.tgk saje laa kat trg dulu.duit ehsan jadi duit pembaziran..belum tentu yang miskin2 dan kesempitan yang dibantu.Apa yang pasti, duit banyak dihabiskan utk bina pagar sekolah..walaupun pagar sekolah tersebut baru je berusia bulan2.Agak2 nya diorg anggap anak2 sekolah ganu ni macam penghuni zoo ke? nak kena pagar2~~Pembaziran!!!

Bila hak itu tidak ditunaikan kepada yang berhak, ada je laa alasan untuk menjustifikasikan kezaliman tersebut.

JAIS ni…bukan nak pi tangkap orang buat maksiat berlambak-lambak kat Malaysia, tapi tangkap orang yang buat kuliah agama pulak…lagipun Dr Asri buat di rumah orang, bukan di Stadium Bukit Jalil pun…

Anyway, takziah to Kelantan sebab kalah Piala Malaysia.Semoga isu wang ehsan tu akan memihak kepada rakyat kelantan.Itu hak mereka!

Post a comment

Ataphijau Facebook Group
youtube AJataphijau