Atap Hijau Rss

Siapa Bear Grylls ni?

3

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Miscellaneous | Posted on 04-11-2009


Siapa Bear Grylls ni?

Beliau merupakan seorang penulis buku dan kebanyakan buku yang beliau hasilkan berkisar mengenai kisah hidupnya. Beliau sangat suka mengembara ke tempat-tempat yang adventurous , contohnya Gunung Everest dan Laut Antlantik.

Beliau ada menulis pengalamannya mendaki Gunung Everest dalam buku Facing Up. Ni dah jadi macam book review tapi harap-harap pembaca dapat mesej yang saya cuba sampaikan. Perjalanan beliau dalam menawan Gunung Everest merupakan suatu penceritaan yang sangat inspiring. Dari beliau kecil sampailah beliau menawan Gunung Everest, semuanya diceritakan dalam buku ini. Apa yang menariknya, beliau mencuba nasib untuk menawan puncak tertinggi tanpa pengalaman yang luas untuk berada di altitud yang ekstrem. 2 tahun sebelumnya, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya kerana kemalangan payung terjun sewaktu bertugas dengan British Special Air Services. What keeps he going during his rehabilitation process was actually the thought that he would climb the everest. Subhanallah, kalau lah kita juga ada semangat macam ni, insyaAllah perjuangan kita dalam menegakkan agama Allah tidak akan luntur kerana apa yang buatkan kita bersemangat adalah kerana janji Allah terhadap hamba-Nya yang menolong agama-Nya.

Lepas baca buku ni, barulah saya sedar bahawa tidak terbayang keadaan gunung Everest yang horror itu tanpa saya sendiri menyaksikannya. Saya rasa begitu takut untuk memikirkan nasib-nasib rakan-rakan beliau yang turut sama menyertai ekspedisi beliau. Kenapa? Sebabnya bila berada di sana, musuh utama beliau adalah cuaca yang sangat ganas. Fatigue, dehydration, and a last-minute illness to stand on top of the mountain. Bila kita kaitkan dengan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda, samalah juga. Kita hanya boleh mendengar tentang cerita penderitaan dan dugaan yang Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda alami, tapi susah untuk kita letakkan diri kita in their shoes jika kita sendiri tidak mengalaminya. Dan pada hemat saya, ada kemanisan yang dikecapi selepas kita semua bersusah-payah untuk mengharungi sesuatu pekerjaan. Kalau tidak, tak mungkin saudara Bear Grylls ni mahu menulis buku untuk menceritakan pengalaman beliau yang sangat berharga untuk dikongsi bersama kita semua. Dalam Al-Quran pun ada sebut:

Maksudnya:

(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (94:4-5)

Motifnya? Janganlah kita berhenti berjuang di tengah jalan jika kita dapati apa yang kita perjuangkan itu tidak selari dengan fitrah kita, tidak menepati kehendak kita. Kalau kita putus asa, kita juga yang rugi. Kalau kita tidak boleh menangani masalah yang pelbagai itu, ingatlah quote ini : Take one thing at a time, deal with it when it comes.

Saya bukanlah seorang yang suka membaca buku tetapi sebab utama saya membaca buku Facing Up ini adalah selepas pensyarah Anatomy saya menyarankan kami semua membacanya. Ada lagi satu buku yang belum dibaca, Facing The Frozen Ocean yang juga ditulis oleh beliau. Haa..bila ada kesempatan untuk habiskan baca buku Facing The Frozen Ocean, insyaAllah akan saya kongsikan lagi.

Wallahualam.


Related post(s):
  • HOPE The Series: Siapa Paling Tinggi?
    *Siri Penulisan HOPE ini diadaptasi dari Modul Pengisian Tahajjud Cinta 3 : HOPE, H – Have Faith* “Without faith a man can do nothing; with...

  • Comments (3)

    assalamualaikum wbt..

    hohoho..menarik2..xpenah pulak dengar nama Bear nih..sebelum baca artikel, tgk tajuk igtkan cerita pasal beruang hutan ke aper ker..ruper2nyer namer org..hihih..tebal x buku facing up nih?baper muka surat yer..kalo tebal cam tension gak nk baca..kalo nipis mmg menarik dan tergoda nk baca..heheh

    wsalam wbt.. buku facing up ni tak tebal pun, at least tak tebal cam twilight..insyaAllah boleh habis :)

    wah,baeknye cek trick tracks..selain dr amik ilmu anatomy dr mis James dia btol2 pula bc buku Facing Up ni..tertarik dgn pernyataan” kalau lah kita juga ada semangat macam ni, insyaAllah perjuangan kita dalam menegakkan agama Allah tidak akan luntur kerana apa yang buatkan kita bersemangat adalah kerana janji Allah terhadap hamba-Nya yang menolong agama-Nya.”maka,jika rasa2 mcm nk putus asa tu,byk2kn lah bersabar dan doa padaNya sb Allah lah punca kekuatan.

    Post a comment

    D.I.A