Atap Hijau Rss

Tahajjud Cinta Bersama Atap Hijau

3

Posted by Nur Islam | Posted in Miscellaneous | Posted on 23-10-2009

AtapHijau.com membawakan kepada anda

” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau

sebuah program Qiyamullail membina Iman

Tarikh : 23 October 2009 (Jumaat)

Masa : 10.00 malam

Tempat : The Chimes, Wilton, Cork

” Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Surah Al-Isra’ : Ayat 79)

Maniskan sepertiga malam anda dengan iman dan takwa. Semua Muslimin dijemput hadir

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah didada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Related post(s):
  • Tahajjud Cinta
    AtapHijau.com membawakan kepada anda ” Tahajjud Cinta Bersama AtapHijau “ sebuah program Qiyamullail membina Iman Tarikh : 11 December 2009 (Jumaat) Masa : 10.00 malam Tempat...
  • Tahajjud Cinta
      ATAPHIJAU.COM DENGAN KERJASAMA PPMC MEMBAWAKAN KEPADA ANDA TAHAJJUD CINTA Sebuah Program Qiyammullail membina iman MUSLIMIN Tarikh : 8 Januari 2009 (Jumaat) Masa :...
  • Tahajjud Cinta : L.O.V.E
    OMBAK CINTA TERAGUNG AKAN MENGALUNKAN HATI ANDA DENGAN GETARAN CINTA YANG KUDUS DAN SUCI MEMBUAI HATI MENUSUK SUKMA MENDAMBA KASIH PADA ILAHI NANTIKAN FEBRUARI...
  • UPDATE Tahajjud Cinta : HOPE
    VIDEO PROMO HOPE 1 VIDEO PROMO HOPE 2 ...
  • Atap Hijau Performance at FOSIS Grand Dinner
    Islam Channel will be showing the Ireland Grand Dinner on Sunday March21st @ 6pm. Dont have tv at home? why not we watch it...

  • Comments (3)

    Terima Kasih diucapkan kepada semua muslimin yg hadir memeriahkan program Tahajjud Cinta bersama AtapHijau..semoga amalan secara berjemaah ini dapat membuka jalan kita ke Pintu Syurga…Terima Kasih juga kepada tukang masak, tukang bagi pengisian, tukang bancuh air, dan segala tukang..hihihi..

    maaf kerana tak dapat hadir pada padi qiyamullail nya .. dengar citer ramai yang hadir .. alhamdulillah …

    i mean pagi qiyamullail

    Post a comment

    D.I.A