Atap Hijau Rss

Masa Yang Berharga

2

Posted by T-Classic 1853 | Posted in Motivasi, Tazkirah | Posted on 12-10-2009

As time goes by...

Keadaan yang paling meruncing dalam minda seseorang adalah di saat mendapati diri terlalu banyak masa terluang tanpa diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat dan berguna bagi diri dan orang lain.

Orang seperti ini diibaratkan kereta laju tanpa pemandu di dalamnya yang akan jatuh ke dalam gaung yang curam dan dalam. Ia berpusing ke kiri dan ke kanan tanpa kawalan.

Untuk itu, pabila kita mendapati diri kita ini, diri saya dan anda punyai banyak waktu kosong aktiviti, padatkan jiwa semangat berbudi pada diri. Jangan dimanjakan diri pada waktu bekerja siang mencari rezeki ini.

Pastinya dikebanyakan hari kehidupan kita ini akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jika kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan mula berkhayal akan perkara silam yang segala yang buruk. Dan ini pasti sahaja mengundang ketakutan akan masa hadapan akibat dari buruknya masa lalu.

Nasihatnya jika ada masa terluang, penuhi dengan kerja yang berguna. Jika sebaliknya, ianya seperti perbuatan perlahan-lahan membunuh diri.

Bangunlah dan solatlah, membaca, membersih, mengemas, kemaskan diri dan ruang sekeliling, belajar sesuatu yang baru, mahirkan skil dan baiki sesuatu yang rosak.

Semoga kita menjadi umat yang menjaga masanya!

credit to:

http://fauzanibrahim.wordpress.com/

Related post(s):
  • Masa – Hanya Orang Yang Sibuk Akan Ada Masa?
    “hanya orang yang sibuk yang akan ada masa” ungkapan yang kerap saya dengar sejak kebelakangan ini tambah-tambah lagi bila peperiksaan musim panas dah berakhir....
  • Kebenaran Yang Tersangkut
    Kadang-kala saya terlalu liat untuk menulis sesuatu yang bercorak dan bernada serius. Sebabnya adalah saya bukan sesiapa yang boleh dilabelkan sebagai ‘para intelek’ atau...

  • Comments (2)

    bazli likes this article.hehe..simple but so meaningful..

    ohh..topik usrah ktrg minggu ni! ‘masa yg lapang boleh membunuh jika tak dimanfaatkan’. dengar tu

    Post a comment

    youtube AJataphijau
    Ataphijau Facebook Group